Malam Mencekam Kisah ini bermula ketika
2008, Banyak yang mengikuti kisah ini.. jadikan "kes" ini tauladan buat pemimpin lain...
4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa
dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.
Pergerakan Pemuda UMNO
Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memulakan
siasatan berhubung dakwaan kes penyelewengan pelaburan balak oleh Kerajaan PAS
di Papua New Guinea.
Ketuanya, Datuk Shaiful
Hazizy Zainol Abidin berkata siasatan itu perlu dibuat supaya rakyat Kedah
mengetahui intipati berkaitan salah guna kuasa yang berlaku semasa zaman
pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.
Menurutnya, perjumpaan
dengan SPRM itu bagi menyahut cabaran Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar
supaya kerajaan negeri sekarang, pimpinan Barisan Nasional dan UMNO mencari
sebarang salah laku kuasa semasa Kedah diperintah Pas.
"Pada 2012, Pemuda
Gerakan Kedah telah membuat laporan berkaitan isu balak ini tetapi sehingga
sekarang masih dalam siasatan, jadi kita minta SPRM ambil tindakan segera
berkenaan isu balak di Papua New Guinea yang telah mengalami kerugian sebanyak
RM13.49 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat SPRM di sini hari ini.
Beliau berkata pada 12 Okt
2008, Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan
Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham
dengan MAS Incorporated (Papua New Guinea) Ltd (MAS) dengan membeli 70 peratus
saham dalam syarikat tersebut.
Pada 18 Okt 2012, Pemuda
Gerakan Kedah telah meminta menteri besar ketika itu (Azizan) memberi
penjelasan berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang
mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah
Tan Keng Liang berkata berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (2011),
kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan perladangan yang
didaftarkan di negara itu.
"Mahfuz berkata tiada
sebarang salah laku pada zaman pemerintahan Pas tetapi di sini kita dapat melihat
dengan jelas bahawa mereka telah menyalah guna tadbir urus kerana tidak
melakukan perbincangan sebelum membuat pelaburan balak itu," kata Shaiful
Hazizy.-
Ini baru permuluaan edisi londeh !! kita tak aibkan sapa-sapa tetapi si Mahpus been yang lontar kita tangkap... so kepada mahpus n geng.. stanby...
No comments:
Post a Comment