Kisah "panas"
berkenaan dengan anggota kumpulan sepahtu... saja nak "up" sikit kumpulan SEPAHTU.. lupakan sejenak berkenaan politik, nak post kisah Jep Sepahtu... Mungkin ramai peminat kumpulan dah baca kisah ini tetapi KK nak hangat kan kembali..al maklumlah "final" MLM dah lekat dah...
Mohd Nadzri Zainal Abidin
atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu
ketika dahulu.
Menurut Jep, dia dan dua
teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa
mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
Segenggam duit syiling
pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula
melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.
Lawak hambar bersama dua
anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling
mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
“Saya pernah hampir
berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor.
Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah
sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,”
kata Jep.
Dia yang ditemui wartawan
kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program
popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala
Lumpur kemudian melanjutkan cerita.
“Ketika mula-mula bergelar
artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan.
Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga
mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas
seharian berlapar.
“Alhamdulillah, proses itu
perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya
tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”
Tambah Jep lagi,
realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar
dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi
penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.
“Takdir mungkin mengubah
angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai
pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.
“Saya mahu jadi pemain bola
sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi
pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.
Dia kemudian memulakan
sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.
“Kerjaya saya di Kuala
Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun
di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya
berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya
dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim
ketiga.
“Apabila ditawarkan
menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang,
tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya
beberapa tahun ke belakang.
Berbicara mengenai
keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima
kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak
yang sebelum ini hampir dipandang sepi.
Malah kata Jep, untuk
berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali
membuat persembahan.
“Pelawak boleh kekal lama
asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan
perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.
“Pengetahuan mengikut
peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi
Jep. kredit to Mazeer
No comments:
Post a Comment