\
Penyanyi veteran Herman Tino sekali lagi "mencabar" anwar Ibrahim.. memang berani sungguh abang Herman ni... Kalau memilih 'pemimpin' dari golongan yang sentiasa melakukan dosa maka 'dosa subahat' akan terpikul dibahu kita.
Lagu tema pilihan raya
kecil DUN Kajang nyanyian Herman Tino berjudul Nyamuk Nakal Lipas Liar akan dimuatnaik di internet tidak lama lagi.
Penyanyi dangdut itu
berkata, ia akan dimuat naik di YouTube.
Menyifatkan dirinya
seperti 'nyamuk nakal', Herman secara ringkas menyatakan bahawa lipas liar itu
merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertanding di
kawasan berkenaan yang dilihat sebagai langkah pertama untuk menjadi Menteri Besar
Selangor.
Sebahagian lirik lagu
berbunyi: "Aku nyamuk yang nakal, engkau lipas yang liar.
"Kajang saksi
engkau menggila.
"Engkau memang
ternama, engkau gila kuasa."
Sambil menegaskan
bahawa dia tidak dibayar oleh sesiapa untuk memecahkan undi, Herman berkata dia
mahu bertanding dalam semangat demokrasi.
"Jika pengundi
melihat saya sebagai mengganggu undi, maka saya tidak akan bertanding,"
katanya.
Penyanyi berusia 60
tahun itu, yang mengungguli carta teratas sekitar 1980-an mencipta
#Herman4Kajang Twitter untuk mengukur reaksi berhubung hasratnya untuk
bertanding kerusi DUN itu.
Herman berkata rakyat
Selangor secara amnya tidak mahu orang luar memimpin pentadbiran negeri.
"Kami mahu
pemimpin yang bijak, bukan pemimpin orang sombong," katanya.
Kerusi Kajang kosong
berikutan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Lee Chin Cheh
hampir lapan bulan selepas pilihan raya umum ke-13.
Ini adalah pilihan
raya keempat pilihan raya yang berlaku disebabkan PKR, yang sebelum ini
mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (2008) dan pemilihan bagi
kerusi DUN Bukit Selambau dan Penanti (kedua-duanya pada tahun 2009).
Barisan Nasional
meletakkan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun manakala calon bebas
lain yang mungkin bertanding ialah Datuk Zaid Ibrahim dan peguam Yuktes Vijay.
Bekas sekutu Anwar,
Datuk S. Nallakaruppan telah memutuskan untuk tidak bertanding tetapi berkempen
untuk BN.
Herman berkata dia
amat menyanjung tinggi Chew.
Herman berkata
isterinya, Noraini Ibnu berkeras menghalangnya daripada bertanding tetapi
anaknya, seorang ahli perniagaan , dan anak perempuannya, seorang peguam,
memberi sokongan.
No comments:
Post a Comment