Thursday, 6 February 2014

CARI PASAL !! T-TEAM KESAL TINDAKAN PEMAIN PERTAHANAN IRFAN GHANI. #JDTVST-TEAM@KhairyKj @ASTROARENA@BeritaSukan



Pengurusan pasukan T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

 Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan. Kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu. Klik : (Video) Petugas media diugut

Menurut Syahrizan, sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa. Selain itu, pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

Semalam, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian berkenaan tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team. Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT.

 jdt vs t-team

Berikut ada petikan kenyataan kepada media dari Irfan:

Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu tidak sepatutnya dihentikan.  Ini kerana tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, kata pemain T-Team, Irfan Abd Ghani, 25.  Irfan berkata, sewaktu di bilik persalinan beliau tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan tertinggi JDT.

“Hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan (T-Team), Azlan Johar membuat keputusan supaya kami menghentikan permainan dan balik,” katanya kepada pemberita selepas memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Menurutnya, Azlan berkata, jika mereka meneruskan permainan dan menang sekalipun, mereka takkan dapat balik ke Terengganu. Keselamatan pasukan itu tidak terjejas sedikit pun ketika itu, kata Irfan yang masih mempunyai kontrak bermain setahun bersama T-Team dan tidak diturunkan pada perlawanan itu. Katanya, keputusan untuk tidak meneruskan permainan bukan dibuat ketua jurulatih, Azraai Khor.

Pemain pertahanan yang berasal dari Johor itu menafikan beliau membuat kenyataan itu kerana membuat perjanjian dengan JDT.

“Tidak, saya tidak berjumpa dengan mana-mana pihak JDT. Saya lakukan ini kerana tidak mahu terbabit dalam pembohongan,” katanya yang sanggup menerima apa jua tindakan termasuk dibuang daripada pasukan kerana menegakkan kebenaran.


No comments:

Post a Comment