Showing posts with label #info. Show all posts
Showing posts with label #info. Show all posts

Monday, 1 October 2012

Borang BR1M 2.O Mula akan diedar Bulan Ini.

KK beharap tak kan ada lagi yang berbunyi, duit kerajaan bagi hasil lebihan dari rasuah, Duit haram yang di berikan oleh kerajaan adalah haram... tp kalau xnak haram yang dapat RM500 kena derma masuk RM100 dalam tabung PAS dulu baru jadi halal...lu pk lahhhhhhhhh KK nak tido dulu....


KUALA LUMPUR, 1 Okt – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai. 

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satuhingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudahtersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak InsuransMalaysia 2012 di sini, Isnin. 

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. 

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang. 

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlumendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula. 

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajardiperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. “Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucarbuku RM250. 

Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambilmenyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belumbekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut. 

sumber: bn

Monday, 24 September 2012

Permohonan Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan 2013



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun  pada 1 Januari  2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA)  atau Institusi  Pengajian Tinggi  Swasta    (IPTS)    tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

KEUTAMAAN

  1. Calon yang memiliki  Ijazah Sarjana  Muda dengan  PNGK 2.75  ke atas.
  2. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  3. Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  4. Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon  yang bersedia  dilatih di  mana-mana  kampus  IPG, KPM dan  bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara. 

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma  dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  2. Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC)  atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Calon yang diisytihar bankrap.
  4. Calon yang  dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  5. Calon yang pernah  mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  6. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS)

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF


TARIKH TUTUP PERMOHONAN  :   3 OKTOBER 2012 (RABU),  JAM : 11.59 MALAM

Nota: Kepada semua yang berminat dan telah memohon, semoga berjaya!


Friday, 7 September 2012

Mayat Isteri Yang Suka Berzina Di Serang Lintah!


Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ia hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.


Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.



Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.


Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.


Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.


Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.


Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.


Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.


Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.


Pelajar perempuan satu kelas telah di dapati hamil secara serentak!




Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja perempuan yang belum genap umur 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara serentak.



Peristiwa yang mengejutkan ini bermula sebaik sahaja musim cuti panas berakhir. Ketika mereka kembali ke sekolah, ternyata diketahui 17 pelajar hamil secara serentak. Uniknya mereka tidak hanya dari satu sekolah, tetapi juga satu kelas yang sama. Di sekolah tersebut, memang setiap kali berakhir musim cuti akan diadakan ujian kehamilan.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui siapakah ayah bagi bayi-bayi yang berada di dalam kandungan itu. Ini kerana sekiranya umur lelaki yang menghamilkan pelajar-pelajar ini telah lebih dari 20 tahun, kemungkinan bakal dikenakan hukuman penjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Berdasarkan siasatan pihak sekolah, ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil serentak, bahkan bukan hanya 17 pelajar ini sahaja tetapi juga pelajar-pelajar yang lain juga. Yang lebih mengejutkan, pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku berasa kecewa kerana gagal hamil.

Wednesday, 5 September 2012

GEMPAR : Mayat Hidup kat Kuala Ketil !!!! Subhanallah!!



Gempar bila mayat yang tergantung tibatiba hilang... jom baca selanjutnya di :-


Tq kepada rakan aku yang sudi berikan gambar nie. Kejadian nie berlaku kalau tak silap hari raya ketiga. Lelaki berusia lewat 2an ni wargenegara Myanmar dipercayai membunuh diri di kawasan mana aku tak dapat maklumat. Tapi yang pasti Kat Kuala Ketil. Yang aku dengar kt area kilang, tapi kilang mana pun taku tak thu deh!!.
APa yang menarik???..dengar citer, bomba bertempeliaran lari sebab mayat yang tergantung 2 tiba-tiba hilang bila pasukan bomba cuba nk turunkan mayat lelaki 2. Mayat 2 dikatakan terjatuh, then pasukan penyelamat pun cuba check kat bawah..tapiiiiiiiii…mayat 2 hilang!!!!.sumpah scary wei!!!..tapi semua nie orang citer la…aku xdapat maklumat lengkap sebab aku ngah cuti raya lagi.
orang Myanmar dan India memang terkenal dengan bunuh diri terutama bab cinta..kat india memang orang selalu bunuh diri sebab cinta. Disebabkan love story  hindustan mmg hebat sebab dia sanggup mati kerana cinta…adoyai..harap2 Malaysia bulan macam 2 lakan…



Monday, 27 August 2012

BABY KE BABI...............!!!! ?

CUBA KORANG TENGOK NAMA BEDAK NI............



Baby ke babi??

Botol apa tue?


Hah, tue laa botol bedak keluaran dari siam, maklumlah perlis nie dekat dengan siam . Tapi Baby ke Babi ??


Read more: kat sini der...

Wednesday, 15 August 2012

TUDIA....!!!! EHHH [Video]: AWANG HITAM BUAT APA KAT AIRPORT.


Kebanyakkan lapangan terbang di seluruh dunia menggunakan alatan yang canggih dan moden dalam proses mengisi semula minyak kapal terbang sebelum berlepas ke sesuatu destinasi..Namun, di Afrika, terdapat cara lama yang digunakan oleh pihak pentadbir lapangan terbang di sana..Nak tahu macam mana, meh usha video kat bawah ni.. 



Video: