Showing posts with label AHLI PARLIMEN PR. Show all posts
Showing posts with label AHLI PARLIMEN PR. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Kepala kita sudahpun dipijak. Masihkah tidak sedar?



Orang kita kelihatan semakin tak endah. Perbincangan dan perbahasan dalam parlimen juga macam bebudak berkelahi saja. Bodoh benau kelihatannya. Tak setaraf langsung dengan taraf pendidikan seorang wakil rakyat.


Apa sudah jadi dengan Parlimen?



Saya masih ingat lagi ketika menjadi pelajar suatu masa dahulu, malah sehingga kini, untuk memasuki kawasan parlimen, dikenakan syarat-syarat yang begitu ketat. Jika lelaki, pakaiannya adalah lounge suit dan bertali leher, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher, baju batik lengan panjang, baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, seluar panjang berwarna gelap (slack) dana berkasut kulit.

Manakala, untuk wanita pula, berbaju kurung atau kebaya labuh/blouse berlengan panjang, skirt panjang di bawah paras lutut, bersari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain, seluar panjang (slack), atau lain-lain pakaian yang kemas dan sopan serta berkasut.

Pakaian yang tidak dibenarkan adalah, baju tanpa lengan, jaket, seluar jeans, pakaian ketat dan menjolok mata, berselipar/kasut sukan, berbaju berkolar bulat dan  baju T.

Pada ketika itu, sesiapa sahaja yang mahu memasuki kawasan parlimen, pemeriksaan dilakukan dengan ketat. Kami akan ‘dihalau’ balik jika tidak berpakaian dengan elok.

Kini tidak lagi. Sejak BN tidak mendapat dua pertiga majoriti, etika pakaian sudah tidak dititikberatkan. Parlimen sudah menjadi pasar. Tidak mustahil nanti ada yang datang dengan berseluar pendek atau mungkin tidak berseluar.

Peraturan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pergilah ke mana-manapun, boleh dikatakan semua parlimen negara di dunia ini, ada etika berpakaian tersendiri mengikut cara dan budaya masing-masing. Tradisi ini adalah sebagai salah satu cara menghormati kedudukan parlimen yang mulia.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pakaian seorang ahli parlimen yang perasan dirinya cantik dan menarik perhatian, berpakaian seperti nyonya pasar. Malangnya, speaker dewan tidak mengindahan teguran ahli parlimen terhadap wanita tersebut.

Malah wanita malang tersebut turut mengadakan posing bagi menunjukkan betapa cantiknya dengan baju berwarna-warni. Naik muntah saya. Ingatan saya kepada speaker, jika etika pakaian tidak penting, lain kali tidak perlulah speaker memakai pakaian dewan yang ditetapkan. Pakai sahaja topi dan pakaian koboi.

Peraturan tetap peraturan, tidak kira hari apa sekalipun. Apatah lagi ketika hari terakhir dewan bersidang. Kemuliaan dewan mesti dijaga. Hatta dalam majlis perkahwinan sekalipun ada kod etikanya.  

Begitu juga etika berpakaian ke pejabat kerajaan dan swasta.  Kita tidak boleh berpakaian sewenang-wenangnya, termasuk pelanggan. Jika ada yang tidak tahu etika berpakaian, kita perlu ajar, agar mereka tidak jadi kurang ajar.

Adik saya, seorang peguam mengatakan, di mahkamah, sekiranya seseorang peguam dan anak guamnya tidak berpakaian mengikut etika, peguam tersebut akan dihalau oleh hakim. Ini bermakna, etika berpakaian adalah suatu perkara yang besar walaupun pada kita mungkin perkara kecil.

Apa jua alasan yang diberikan harus mencerminkan daya keintelektualan ahli parlimen. Tidak semestinya memakai pakaian putih hitam itu menandakan kesedihan dan kematian. Jika begitu keadaan di mahkamah, hakim dan peguam, semua berpakaian sedemikian, bermakna menunggu masa untuk mati.

Sebagai seorang pelajar jurusan sains politik, ingin saya memberikan sedikit nasihat kepada sidang ahli parlimen yang mulia.

Pertama, parlimen adalah institusi tertinggi negara dan berdaulat. Rakyat sedang melihat kamu semua di parlimen. Jagalah akhlak dan tingkah laku. Mana perlu bertegas, kita kena bertegas, tidak kira masa dan tempat. Tidak kira kumpulan dan fahaman politik mana. Sikap berlembut kita tidak akan menjadikan mereka hormat atau menyokong kita. Mereka semua hari ini sengaja mahu mencabar kita. Mereka mahu lihat, sejauh mana kuatnya kita.

Kedua, di negara barat, walaupun mereka bukan Islam, peraturan tetap peraturan, tidak ada kompromi. Sebab itulah mereka dihormati. Bukan macam kita, bila dah terkena, baru terhegeh-hegeh nak bertegas seperti pemeriksaan imigresen hasil insiden kehilangan MH370. Belajarlah dari Singapura, walaupun saya meluat menggunakan contoh negara ini. Tetapi ketegasan mereka telah menyebabkan mereka merasai kemanisan hari ini. Kita pula, terbalik. Tegas tidak kena tempat, lembut tidak kena masa. 

Ketiga, kaduk sudah naik junjung. Kepala kita sudahpun dipijak. Masihkah tidak sedar? Boleh dikatakan apa jua perkara berkaitan dengan Islam akan ditentang dan dicabar. Apakah kita masih tidak sedar atau sengaja memejamkan mata? Nasihat saya, jangan jadi pemimpin jika tidak berani bertegas.

Saban hari membaca berita, sudah naik muak. Kita asyik mengalah. Banyak keputusan mahkamah tidak menyebelahi Islam. Ini tidak termasuk pesta berhibur dan minum arak sehingga ada yang mati sia-sia. Apakah kita sudah tidak mengenal dosa dan pahala? Syurga dan neraka?

Jika kita tidak menyelamatkan agama Islam dan umatnya, nak harapkan siapa lagi? Semuanya bermula dengan ketegasan kita di parlimen. Justeru, jangan biarkan parlimen dinodai. Jika ada yang tidak mahu mengikut peraturan dan mencabar parlimen, tunggu apa lagi, ajar secukupnya. Jika tidak, mereka akan menjadi kurang ajar. 

(Sinar Harian 14.1.2014)


Bukan menghina tapi dengan hati yang penuh kerisauan apa akan terjadi dengan nasib Malaysia akan depan.

Sunday, 2 June 2013

@MusaHajiAman beri kata dua kepada @n_izzah & Ahli Parlimen @MyKinabatangan. #black505 #SudahKalahSudah


Kecoh !!! Apabila Nurul Izzah dihalang memasuki Negeri Sabah. Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti.Ketegasan pihak berkuasa Sabah untuk menghalang 'anasir' yang berhajat merosakan perpaduan dan tolenrasi kaum di negeri itu amatlah dipuji. Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal.

Dalam pada itu juga, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Kinabatangan yang mempoersoalkan "keawajaran" Nur Izzah untuk memasuki Sabah ini jawapanya.


‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’ – Musa Aman


Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”
“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.

Beliau berkata, bertentangan dengan apa yang disebarkan di media sosial, larangan ke atas Nurul Izzah tidak bermotifkan politik.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang lain telah datang dan bergerak bebas di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya. Mereka menyebarkan resipi lama yang sama dengan pembohongan, penipuan dan fitnah untuk menipu rakyat. Kami tidak menghalang mereka," katanya.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka yang enggan menerima keputusan itu. Ia adalah kes tidak gentleman. Dia mahu menggusarkan orang ramai untuk perhimpunan di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hati," katanya.

Musa berkata, Sabah dan rakyatnya tidak memerlukan propaganda yang tidak berkesudahan oleh pembangkang bagi menghasut kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

"Cukup cukuplah. Kita perlu ke hadapan. Pembangkang telah berpolitik untuk 5 tahun yang lepas. Kita tak akan ke mana-mana dengan lebih banyak politiking dalam lima akan datang.
"Ada tugas yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu berkembang dan kebajikan rakyat harus dijaga," katanya. mstar

KK : Sudah cukup sudah.... Jangan nak menganggu-gugat serta merosakan perpaduan penduduk Sabah. Sudah peristiwa Lahad Datu Nurul Izzah dan pemimpin PAKATAN HARAM cakap sandiwara. 

Thursday, 14 March 2013

Isu #LahadDatu : @tianchua mengaku tidak bersalah sebut Perkataan Hasut Isu Lahad Datu. @PDRMsia



Anggota Parlimen dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (tengah) diiring oleh Pegawai Polis selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan empat kenyataan berunsur hasutan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu di Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Khamis. 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.
Empat kenyataan itu ialah:
* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Yusaini Amir pula berhujah tujuan pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah itu juga munasabah.
Yusaini Amir berkata, segala bukti dan keterangan akan dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan dan pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk mengatakan tiada prima facie dalam kes itu.
Mengenai hujahan peguam bahawa Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan berhubung akta hasutan itu akan dimansuhkan, Yusaini Amir berkata akta itu masih berkuatkuasa dan selagi ia sah, akta itu tidak boleh dilanggar.
Sementara itu Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa kerana pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu berbaur politik.
Mohamad Sekeri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan kes.
Mohamad Sekeri berkata, akta hasutan itu masih belum dimansuhkan dan selagi belum dimansuhkan, akta itu masih terpakai.

Thursday, 22 November 2012

Bongkar !!! Sumpah "Mak Lampir" menjadi.



Kritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan.

Mereka acapkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya.
Tetapi pendedahan oleh blog sel13.com ini nampaknya mengundang pertanyaan, adakah pemimpin Pakatan Rakyat yang lain ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah sebegini.
Ia mengenai Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.


Dalam entrynya, penulis blog tersebut mendakwa, sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraidah hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.

Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.
No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00

Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00

Pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut...

No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00

Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.

No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.

Semakan di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.


Kalau apa yang ditimbulkan ini merupakan fitnah politik, kita berharap pihak yang berkenaan agar tidak menggunakan serangan tidak bertanggung jawab sebegini untuk dijadikan modal ‘menyerang’ Zuraida.

Namun pada masa yang sama, Zuraida kenalah tampil memberi penjelasan kerana kita tahu, jarang Zuraida ‘duduk diam’ kalau dikritik.

Lagipun kalau kita sering mengkritik, bersedialah pula untuk menerima kritikan.
Jadi dalam hal ini macam mana YB Zuraidah?

sumber: http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2012/11/banyaknya-kereta-dia.html#ixzz2CpsKAH00