Showing posts with label AWAKENING. Show all posts
Showing posts with label AWAKENING. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Dr Mahathir Jawab Tuduhan 'PM Pemboros' Dilemparkan 'Awakening'. #rakyatnews #1Malaysia @MukhrizMahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

"Saya harap beliau tidak kisah dengan penjelasan saya atas apa yang menulis oleh penemuduga berkenaan," katanya.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dalam keadaan baik untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.


"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya. Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













Saturday, 10 August 2013

"Pak Lah menjemput @n_izzah melancarkan bukunya " #1Malaysia #rakyatnews @Armand_PJU @tunfaisal @Khairykj #awakening


Penerbitan buku ini sudah pasti akan mengingatkan kita kembali kepada era Pak Lah. Nama-nama seperti Khairy Jamaluddin, Kalimullah dan pelbagai insiden negatif yang berlaku di sepanjang pentadbiran Pak Lah sudah pasti akan digali dan dibongkar sekali lagi.

Penulisan dan penerbitan buku ini adalah agenda mereka yang menentang kerajaan sekarang dan mereka yang memusuhi DR M dan DSN.

Info@Kebenaran

Salam Sahabat2, Musuh Kita Bukan Sesama Kita Tetapi Agenda Tersirat Pihak Yg Tak Bertanggungjawab.

Kepada teman2 yang mendapat mesej berantai berhubung Pak Lah menjemput Izzah melancarkan bukunya, disini ada sedikit penjelasan. Harap disebarkan :

1) Buku tersebut bukan buku yang Pak Lah tulis

2) Ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

3) Memang Pak Lah subject penulis, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

4) Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit

Jangan Kita Terperangkap Mainan Politik Musuh Parti. Ingat Pak Lah Adalah Pemimpin Kita....

Mohon dipanjangkan. Terima kasih.

-Armand Lawan Musuh Parti Bukan Sesama Kita-

KK : Bukan Pak Lah yang menulis buku ini. Andainya dia sendiri yang menulis, kenapa perlu Nurul Izzah yang melancarkannya?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.