Showing posts with label PemimpinPRtaksedardiri. Show all posts
Showing posts with label PemimpinPRtaksedardiri. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

"Pak Lah menjemput @n_izzah melancarkan bukunya " #1Malaysia #rakyatnews @Armand_PJU @tunfaisal @Khairykj #awakening


Penerbitan buku ini sudah pasti akan mengingatkan kita kembali kepada era Pak Lah. Nama-nama seperti Khairy Jamaluddin, Kalimullah dan pelbagai insiden negatif yang berlaku di sepanjang pentadbiran Pak Lah sudah pasti akan digali dan dibongkar sekali lagi.

Penulisan dan penerbitan buku ini adalah agenda mereka yang menentang kerajaan sekarang dan mereka yang memusuhi DR M dan DSN.

Info@Kebenaran

Salam Sahabat2, Musuh Kita Bukan Sesama Kita Tetapi Agenda Tersirat Pihak Yg Tak Bertanggungjawab.

Kepada teman2 yang mendapat mesej berantai berhubung Pak Lah menjemput Izzah melancarkan bukunya, disini ada sedikit penjelasan. Harap disebarkan :

1) Buku tersebut bukan buku yang Pak Lah tulis

2) Ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

3) Memang Pak Lah subject penulis, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

4) Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit

Jangan Kita Terperangkap Mainan Politik Musuh Parti. Ingat Pak Lah Adalah Pemimpin Kita....

Mohon dipanjangkan. Terima kasih.

-Armand Lawan Musuh Parti Bukan Sesama Kita-

KK : Bukan Pak Lah yang menulis buku ini. Andainya dia sendiri yang menulis, kenapa perlu Nurul Izzah yang melancarkannya?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 12 July 2013

‘Majlis Buka Puasa dan Makan Malam’ #PRKKualaBesut #fb #TolakPR


Terbuka untuk untuk ahli sahaja. Sila Teka Islam Mana Yang Akan Hadir?


Kita tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan 'kuncu-kuncunya' ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka. Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.

Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.

Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan 'Majlis Buka Puasa dan Makan Malam' dengan tema Ops Scorpene. Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket. Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma. Antara 'acara' menarik ialah 'penampilan khas saksi kes scorpene'.
Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata. Ia tidak pernah menjadi 'kes' di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas, sejak dari awal lagi. Oleh itu, menyebutnya sebagai 'kes' juga merupakan satu penipuan.

Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar, polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais, mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene. Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Dato' Seri Najib.

Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah. Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan 'dengar cakap' serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati. Ini membuktikan semua 'saksi' yang disebut tidak punya kredibiliti.

Oleh itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi 'saksi' dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan. Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah, maka mana datangnya lagi 'saksi' lain? Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh 'saksi' yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak ?

Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel, Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM. Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu? Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka?

Seperti yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros. Dan kita juga tahu bahawa tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai 'derma' orang ramai.

Kerana itulah, SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma. Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.

Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan. Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM. Bayangkan, bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk 'pertukaran rejim' telah dengan biadapnya menggunakan nama 'Ramadhan' dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.

- Beruang Biru

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 29 May 2013

Panas !!! Finas jangan jadi ejen #DAP . #Black505 #blackout505 #IniKaliLah #Tandaputra


Itu tajuk yang KK letak untuk 'menyedarkan' pihak tertentu yang sanggup 'membudukan' filem tempatan. Sebuah Filem yang sepatutnya menyatukan dan membongkarkan 'kisah' dan dalang disebalik peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kepada pihak Finas, nak tunggu apa lagi. Mungkinkah ada 'dalang' yang sengaja melewatkan penayangan filem tersebut.

Finas patut benarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada umum - Shabery

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan menerusi filem kenegaraan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.

"Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," katanya dalam laman sosial Facebook beliau Rabu.

Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 Nov lepas.

Bagaimanapun, Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan ada babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat.

Filem yang menelan belanja RM4 juta itu dibintangi Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah.-

AgendaDaily.

KK : Dengan penayangan 'Tanda Putera' ini dapat memberi kesedaran serta gambaran sebenar peristiwa 13 Mei kepada generasi muda yang semakin alpa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 17 May 2013

Cakap tak serupa bikin, PAS gagal 'tarbiayah" penyokongnya.#black505 #PascaPRU13


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

Pelikan bila cakap lain buat pula lain, Itulah manusia "munafik" seharusnya jika benar bagai cakapkan maka seharusnya pemimpin PAS menasihatkan ahli-ahli agar tidak menyertai himpunan yang dianjurkan Anwar. Malahan ada juga pemimpin yang hadir 'terkinja-kinja" bersyarah membantah keputusan PRU13, Padahal sebelumnya sudah 'angkat sumpah" sebagai YB di kawasan yang dimenanginya. ini munafik namanya.

Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah

KOTA BHARU 17 Mei - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia.

"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan
amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi. - UTUSAN ONLINE