Friday 17 May 2013

Cakap tak serupa bikin, PAS gagal 'tarbiayah" penyokongnya.#black505 #PascaPRU13


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

Pelikan bila cakap lain buat pula lain, Itulah manusia "munafik" seharusnya jika benar bagai cakapkan maka seharusnya pemimpin PAS menasihatkan ahli-ahli agar tidak menyertai himpunan yang dianjurkan Anwar. Malahan ada juga pemimpin yang hadir 'terkinja-kinja" bersyarah membantah keputusan PRU13, Padahal sebelumnya sudah 'angkat sumpah" sebagai YB di kawasan yang dimenanginya. ini munafik namanya.

Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah

KOTA BHARU 17 Mei - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengangap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah.

"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.

"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia.

"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan
amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment