Wednesday 29 May 2013

Tahniah !! Rakyat di Negeri Selangor harus bersyukur di ditadbir #PR . @anwaribrahim #Black505 #blackout505 #IniKaliLah


PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Caj tempat letak kereta MBSA dinaikkan 60sen sejam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.-

Bernama


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment