Showing posts with label saveSelangor. Show all posts
Showing posts with label saveSelangor. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

KISAH MALANG SEORANG WANITA DIMALUKAN DI KHALAYAK UMUM.



Kisah ini berlaku dan akan terus berlaku akibat sikap tamak dan pentingkan diri sendiri. Tak kiralah siapapun malahan keluarga sendiri di "lacur" demi kepentingan politik kotor.

sumber video


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din malam Sabtu mengesahkan kenyataan Presiden PAS bahawa Datin Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor.

Hat ni la... Presiden PAS
Keputusan Pas untuk menolak cadangan PKR melantik Datin Seri Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor kekal bila Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang pagi tadi menyatakan  Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

” Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana tiada pengalaman mentadbir kerajaan dan dikhuatiri setiap keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang terjadi sebelum ini. Bagi seorang wanita seharusnya menjadi  pendamping kepada suaminya mengikut ajaran Islam dan begitu banyak kelemahan Wan Azizah terserlah ketika menjadi wakil rakyat. Malah menurut Presiden PAS itu, tugas-tugas  Menteri Besar  adalah penting kerana ia turut menjadi penasihat Agama Islam kepada DYMM Tuanku dan tidak boleh digalas oleh seorang wanita. Beliau turut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS berkaitan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar borang permohonan menyertai PAS semalam “.

 ” Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pendirian yang tetap dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada Majlis Syura Ulama.  PKR tidak boleh menggunakan kuasanya bagi memutuskan siapa yang layak menjadi MB Selangor sepertimana yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini. Presiden PAS turut berpendirian bahawa telah mempunyai calon dikalangan pemimpin PAS Selangor yang layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan PAS memiliki 15 kerusi DUN tetapi Anwar Ibrahim masih tetap meletakan Wan Azizah”.

Mengulas spekulasi Calon MB Selangor dari kalangan pemimpin PAS,    “Senarai nama calon akan diputuskan melalui Majlis Syura Ulama dalam masa terdekat. Keputusan Anwar Ibrahim juga bersifat peribadi dan beliau mengakui telah menerima kunjungan daripada Anwar Ibrahim pada hari Isnin lalu tetapi tetap menolak hasrat supaya Wakil Rakyat PAS Selangor menandatangani Akuan Bersumpah berhubung isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesal dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut politik bermula dari pemilihan PKR hingga berlakunya pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim”.

” Kesal selaku pemimpin yang lama setiap keputusan  Anwar Ibrahim dipengaruhi  oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang dilihat sebagai budak hingusan dan banyak mendatangkan masalah kepada Pimpinan Pakatan Rakyat. Kedua-dua mereka ini merupakan mentor kepada Anwar Ibrahim termasuk memulakan Langkah Kajang lalu yang turut memusnahkan kesepatakan Pakatan Rakyat yang terjalin selama ini “. jelas Hadi Awang ketika menjawab pertanyaan dari media Harakah.

Saturday, 15 February 2014

@Khalid_Ibrahim DERHAKA KEPADA @AnwarIbrahim #PRK #Kajang


Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan

Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian. Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.

Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor. Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor. Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan. "Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.

Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri. Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria. Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.

Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible. Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.

Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid ada seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama. Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.

Baru-baru ini orang di sekeliling Abdul Khalid mengkritik cadangan Anwar untuk melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor.

Anwar menyatakan cadangan itu ketika berceramah di Kajang pada Rabu lalu. Ia dilihat sebagai keputusan yang bertentangan dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat memandangkan kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib, sebagai bekas pemimpin Umno.
Anwar dan Mat Taib pernah berada dalam pasukan yang sama pada 1996 ketika pemilihan Umno.

Wednesday, 17 July 2013

Tragedi Bulan #ramadhan : Gelek waktu Tarawih #rakyatnews #demirakyat

Foto
GELAGAT dua artis wanita berpakaian
seksi pada mini konsert terbabit.
Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.
Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.
Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.
Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan.
sumber : mymetro
menitik air mata org2 umno yg jadi pengasas bandar shah alam. 

Shah alam tu dibina dengan harapan supaya org2 melayu dapat tinggal dibandar. sbb tu dirancang begitu rapi sehingga 100thn pun tak akan jem jalanrayanya. jalan lebar2, ada universiti utk org2 melayu, ada kompleks pkns utk org2 melayu, dan lain2 bangunan dibina dgn mengambil kira kepentingan org2 melayu.

shah alam tu dibina dgn air mata org2 melayu....

tapi diranapkan sekelipmata oleh DAP....RASIS.
KK : harap-harap rakyat di negeri Selangor membuka mata dan memperbaiki kesilapan.  inilah habuan yang mereka.. kerana membenarkan di perintah PR yang ditunjangi DAP. Yang menaranapkan Kesejahteraan Selangor.

Wednesday, 29 May 2013

Tahniah !! Rakyat di Negeri Selangor harus bersyukur di ditadbir #PR . @anwaribrahim #Black505 #blackout505 #IniKaliLah


PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Caj tempat letak kereta MBSA dinaikkan 60sen sejam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata kenaikan itu wajar dilakukan memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenalkan sejak 1998 dan kadar baharu itu akan berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa dan status Shah Alam sebagai bandar raya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata MBSA juga akan mengadakan program kutipan kompaun tempat letak kereta yang menawarkan potongan 80 peratus, bermula 10 Julai hingga 7 Ogos depan, iaitu sepanjang bulan Ramadan.

Katanya, tunggakan kompaun letak kereta kini berjumlah RM9 juta dengan tiga kawasan mencatat jumlah tertinggi iaitu Seksyen 9, Seksyen 13 dan Seksyen 25.-

Bernama


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 12 December 2012

JOM !!!!! rakyat Selangor serbu........? Projek Terbaik @Khalid_Ibrahim!



Tahniah !!!! satu lagi projek terbaik untuk Rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan yang amat terbaik demi kesejahteraan anda. Apa lagi... Jom kita serbu...

kelab malam sengaja dibuka di Shah Alam kawasan

majoriti Melayu.


Pelik Pakatan mentadbir negeri makin jelas arahnya kepada kemungkaran.

Monday, 10 December 2012

@GobindSinghDeo Hentam @Khalid_Ibrahim apa kes ni ? #selangorku



isu perobohan sebuah kuil di Sepang, tidak boleh diterima_Gobind Sing [DAP]


Sikap berdiam diri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu perobohan sebuah kuil di Sepang baru-baru ini, tidak boleh diterima, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata Khalid sepatutnya membuat kenyataan bagi meredakan keadaan sekaligus menutup ruang kepada seteru politiknya, BN daripada terus membuat kritikan dan kutukan kepada kepimpinan kerajaan negeri.
"(Langkah) berdiam diri oleh menteri besar dalam situasi seperti ini, pada fikiran saya jelas tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungiAntarapos semalam berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada pelbagai desakan untuk membina semula kuil yang dirobohkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bulan lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerana negeri akan akur pada desakan ratusan penganut Hindu yang menuntutnya memohon maaf dan membina semula kuil itu.
Desakan itu dibuat ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Jumaat lalu.
Xavier kemudiannya menjelaskan undang-undang MPS melarang pembinaan sebarang struktur tambahan dalam kawasan rumah atau tanah persendirian tanpa kelulusan.
"Kita tidak boleh bina semula kuil yang sudah diroboh itu. Ini kerana dalam undang-undang PBT, apa-apa bangunan tambahan perlu mendapatkan kelulusan pembinaan terlebih dahulu.
"Kita (kerajaan negeri) mahu bagi kuasa penuh kepada PBT untuk menjalankan tugas mereka," kata beliau.

 

Pada 20 November lalu, seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat pemujaan Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya, di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.
Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihanraya umum pada tahun 2008.
Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak beribadat kaum India yang ketiga dirobohkan dibawah Pakatan Rakyat.

Sumber - antarapos.com

Friday, 30 November 2012

Allhamdulilah @Khalid_Ibrahim sudah mula bersuara "isu air" percuma. #Selangorku


Jika PR tidak diberikan mandat untuk memerintah Selangor selepas PRU-13, semua kenyataan itu bakal tinggal hanya sebagai omongan kosong. Air pecuma bak dicurahkan ke longkang.


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kemudian mencabar rakyat Selangor supaya menyaman beliau jika tidak mendapat bekalan air percuma.





Dalam PRU-12, negeri Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, PR. Ramai antara penduduk negeri itu bertepuk-sorak kegembiraan kerana diperintah oleh kerajaan negeri diterajui oleh pemimpin parti pembangkang. 


Namun kegembiraan itu tidak kekal lama.

Janji membekalkan subsidi 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada SEMUA rakyat negeri Selangor, seperti dicatatkan dalam manifesto 2008 belum ditunaikan sepenuhnya.

sumber : Mazidul

Saturday, 27 October 2012

@Khalid_Ibrahim memang 'kaki putar' terbaik.


Aset PKNS: MB Terus Dicabar

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat.

"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor yang dikhuatiri merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera.

Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Rosnah berkata sebagai bekas ahli korporat, Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka.

"Tan Sri Abdul Khalid tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah.

Katanya, PKNS sepatutnya berusaha menambah pegangan aset miliknya dan bukan mengurangkannya dengan cara menjual (hartanya) kepada pihak lain. BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 9 September 2012

Geran BAS jelajah Merdeka Rakyat nama MB selangor Pun ada...apa cer ni ?



 
 hehhhh.... Khalid Gagap Apa cer ni,, Cer cita sikit Apa u punya nama ada dalam itu Geran Bas Jelajah Merdeka rakyat. Tapi yang best Khalid gagap batu Bas tersebut di sewa Khas... Tak kan kiri kanan depan belakang pun kamu rembat.

Mengeai pekara Ungku Salleh Ungku Jamal, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, meminta serta memohon  MB Selangor untuk membuat kenyataan dengan tanpa bermain politik serata mengelirukan rakyat negeri selangor berhubung perkara terbabit.


Pihaknya mendesak agar PENTADBIRAN negeri Selangor LEBIH TELUS.....