Tuesday 7 May 2013

#PRU13 : Pemilik Blog, @PapaGomo & @king_jason_ori Ditahan @PDRMsia.

Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jason ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Selasa.

"Kami tidak akan berehat sehingga mereka yang menyebarkan penipuan dan menyiarkan mesej berbaur perkauman ditahan...kami percaya lebih ramai akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Perdana.

Menurut Syed Ismail, kedua-dua suspek akan direman pada Rabu.

Beliau berkata, Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.

Sementara itu, polis turut menyiarkan tweet bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi elemen hasutan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.

Sumber : Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment