Showing posts with label HimpunanOrangMudaKedah. Show all posts
Showing posts with label HimpunanOrangMudaKedah. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Panas !! Pemain Bola jadi pelakon tampung " pendapatan " #HanyaDiKedah @ASTROARENA. #JohorDT #kelantan

Gempar !! KK merujuk berita di portal tempatan berhubung dengan pemain bola sepak tempatan mula menceburi bidang lakonan. pehhh Akmal Rizal.. dah jadi pelakon... Tahniah akmal Rizal...
 

Bintang Bola Sepak Akmal Rizal Jadi Pelakon
Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperluaskan lagi kerjayanya apabila menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.
Akmal, 32, berkata, sebagai permulaan, dia bersetuju melakukan penampilan khas menerusi drama berjudul Klon untuk siaran RTM bagi membawa watak sebagai tenaga pengajar bola sepak.
"Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka.
"Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini dan sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti," katanya.
Tambah Akmal, walaupun hanya dua hari penggambaran, ia cukup bermakna untuk dia menimba pengalaman bekerja sebagai pelakon yang sememangnya berbeza berbanding beraksi di padang bola.
Bagaimanapun, Akmal masih belum bersedia untuk bergelar pelakon sepenuh masa memandangkan dia masih lagi mempunyai komitmen dalam sukan bola sepak.
"Memang rasa seronok apabila berlakon, kepuasannya sangat berbeza dan saya senang dengan kerja-kerja seperti ini walaupun banyak masa yang akan digunakan.
"Malah ia mencabar diri kita dalam melihat sejauh mana kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.
Klon yang turut dibintangi pelakon Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite itu diarahkan oleh Mazri Mustafa dan masih menjalani penggambaran sehingga 26 Jun ini.
Akmal merupakan antara bekas pemain bola sepak negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa selain pernah beraksi di kelab bola sepak Perancis sebelum ini.
Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, dia kini bersama pasukan Kedah untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

Thursday, 31 January 2013

Gempar !!! @NajibRazak Janji Litar Lumba di #HimpunanOrangMudaKedah jika BN tawan Kedah pada #pru13 #TukarKedah #BNPilihanOrgMuda #BNYjobsFair13



Peluang Orang muda di kedah untuk melakukan perubahan serta membantu Barisan Nasional kembali memerintah Negeri Kedah amatlah di harapkan. Keperinhatinan PM terhadap golongan muda serta belia sentiasa ada didalam setiap agenda pembangunan negara.  

Pada PRU13 nanti, PM mengharapkan golongan muda dapat menggunalan kebijaksanaan serta kewarasan akal untuk melakukan perubahan di Kedah dengan membenarkan BN kembali menerajui kerjaan negeri serta mengekalkan Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.




PM Janji Bina Litar Lumba Di Kedah
ALOR SETAR: Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina.
"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang," katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini Khamis.
Beliau berkata ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus pra-perkahwinan.
"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti.
"Banyak lagi hendak dibuat...tunggu manifesto yang akan kita lancarkan khusus untuk Kedah. kita akan tunjuk kepada rakyat. Masa dah tiba...lima tahun dah cukup, masa perubahan sudah sampai," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mendengar suara orang muda dan di bawah kerajaan BN, hari esok akan lebih baik.
Katanya kerajaan BN mempunyai dasar yang serasi dengan golongan muda dan dasar transformasi kerajaan adalah untuk menyediakan legasi dan peninggalan untuk orang muda.
Najib berkata kerajaan BN tidak menyuruh orang muda melakukan perkara yang merosakkan negara.
"Saya baru balik dari bumi Gaza, Palestin. Saya boleh lihat keruntuhan sebuah negara tetapi dilakukan oleh musuh mereka. Jangan pula kita rosakkan negara kita sendiri. Kita akan jadi negara maju dalam masa tujuh tahun akan datang. Inilah janji kita," katanya.
Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah Badrul Hisham Hashim.
Menerusi Program Himpunan Orang Muda itu yang bermula hari ini sehingga Sabtu, beberapa program diatur seperti BN Youth Job Fair melibatkan 83 syarikat yang menawarkan lebih 4,500 pekerjaan, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta gerai niaga. BERNAMA

Peluang Orang Muda rampas Kedah #BNPilihanOrgMuda dan #BNYjobsFair13

Embedded image permalink

Lebih 30k anak Muda Kedah menyatakan sokongan ke PM !!




Ayohhhhh !!!! Pemuda dan Pemudi kita serbu BN Youth Job Fair yang BERMULA ESOK (31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013). Jom !!! Temujanji kita di sana. Pelbagai acara dan program menarik disusun untuk kepuasan anda.
Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Karnival Kerjaya, yang di inspirasikan oleh Pegerakan Pemuda Barisan Nasional. Keperihatinan sayap pemuda BN kepada golongan Belia dan pemuda mencetuskan ilham menganjurkan satu Karnival Kerjaya 
sebagai salah satu platform terbaik untuk mencari kerja. 

Wednesday, 30 January 2013

Gempar !!! Peluang terbaik Untuk mereka yang inginkan 'tranformasi' untuk berjaya #BNYJobsfair13 @McTheoryCroniez @tunfaisal @khairykj #DEMIRAKYAT.

Mulanya di sini !!!!

Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Karnival Kerjaya, yang di inspirasikan oleh Pegerakan Pemuda Barisan Nasional. Keperihatinan sayap pemuda BN kepada golongan Belia dan pemuda mencetuskan ilham menganjurkan satu Karnival Kerjaya
sebagai salah satu platform terbaik untuk mencari kerja.

BN Youth Job Fair menawarkan peluang pekerjaan selain bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran kerja.Karnival kerjaya ini diadakan bersempena satu himpunan bersejarah Anak Muda Kedah bersama PM 1 Malaysia, Dato' Sri Najib Razak.

Tambahan pula, lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan. jawatan kosong dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena penganjuran sebagai platform mencari maklumat pekerjaan berbanding hanya mencarinya di dalam Internet.

"Ia bukan satu kunjungan yang sia-sia bagi anda semua. Banyak ilmu dan maklumat yang boleh di perolehi.
Ayohhhhh !!!! Pemuda dan Pemudi kita serbu BN Youth Job Fair yang BERMULA ESOK (31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013). Jom !!! Temujanji kita di sana. Pelbagai acara dan program menarik disusun untuk kepuasan anda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.