Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, 13 September 2013

Gempar !! Tanjung Piai Johor, mungkin ‘hilang’. #1Malaysia #rakyatnews


Jajaran pantai sekitar Tanjung Piai, di sini, diancam hakisan teruk berikutan kawasan perairan berhampiran yang menjadi laluan kapal dagang dari Selat Melaka ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Singapura.

Adun Kukup, Suhaimi Yusof berkata, hakisan pantai sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan terdapat kawasan pokok di jajaran pantai mulai pupus.

Menurutnya, akibatnya, Tanjung Piai sebagai Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia tidak mustahil akan hilang akibat hakisan semakin parah.  

"Hakisan pantai sememangnya tidak dapat dielak, malah kesannya sudah boleh dijangka apabila kawasan di sekitar Tanjung Piai ini dibangunkan dengan projek mega.

"Cadangan pembinaan benteng penahan hakisan perlu dilaksanakan segera. Perkara ini sudah dipanjangkan ke peringkat negeri bagi tindakan susulan.

"Langkah tersebut penting bagi memastikan Tanjung Piai yang terkenal sebagai kawasan penghujung benua Asia tidak akan 'hilang'," katanya ketika mengadakan tinjauan ke lokasi, semalam.

Suhaimi berkata, peruntukan sebanyak RM30 juta diperlukan bagi pembinaan benteng kekal di sepanjang kawasan pantai di Tanjung Piai yang mempunyai jajaran pantai kira-kira lima kilometer.

Katanya, buat masa ini belum ada rumah atau kebun penduduk yang rosak akibat hakisan pantai kerana tali air menjadi pemisah antara kawasan kampung dengan pantai.

Beliau memberitahu, langkah sama telah dilakukan kerajaan dengan membina benteng batu kekal di kawasan Taman Awam Pontian dan meninggikan benteng di Rambah sekali gus berjaya mengatasi masalah hakisan.

"Masalah hakisan di sini mendapat perhatian serius penduduk tempatan yang sebahagiannya bekerja sebagai nelayan pesisir pantai.

"Golongan nelayan melihat perubahan besar yang berlaku di sini dan meminta kerajaan mengambil segera membina tembok untuk mengatasi hakisan.

"Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga telah membina benteng batu di kawasan berhampiran jeti di Kampung Perpat Timbul.

"Pembinaan benteng tersebut yang siap pada pertengahan tahun dijangka dapat mengurangkan hakisan berhampiran kawasan jeti," katanya.

Sementara itu, penduduk, Mansor Maidin berkata, kira-kira 20 meter kawasan daratan terhakis dalam tempoh setahun.

"Tindakan segera membina tembok kekal perlu dilakukan bagi memastikan penduduk kampung tidak menjadi mangsa banjir kilat akibat pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.

"Tanaman seperti kelapa sawit dan pisang juga akan rosak dan merugikan penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada pekebun.

"Penduduk amat berharap agar kerajaan membina benteng kekal untuk memperlahankan hakisan pantai dan mengurangkan risiko terjadinya banjir kilat di sini," katanya.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















Saturday, 29 June 2013

'Musang King' vs 'Raja Kunyit' yang mana pilihan dihati.

hee hee gambar hiasan

Durian yang menjadi bualan hangat sekarang ini ialah 'musangking'. 'Raja kunyit' tak kurang hebat juga menjadi pilihan hati penggemar 'raja' buah ini. 'Raja buah' menjadi buruan peminat durian di Malaysia ketika ini.

Apakah ciri -ciri durian 'musang king' dan 'Raja kunyit' ? Apa Cara untuk Kenal kedua-dua 'Raja buah' ini. Supaya kita tidak tertipu membeli durian biasa dengan harga 'musang king' atau 'raja kunyit'.

Apa-apa pun, kepada penjual Jujurlah ketika berurus niaga. Jangan cuba untuk menipu. Bagilah info sebenar. Penggemar atau kita sebagai pembeli, kalau tak pandai cuba tanya serta ajak mereka yang berpengalaman dan tahu ciri-ciri 'Raja buah' itu.

KK memang penggemar dan suka makan durian. Tapi bebera nak tahu juga ciri-ciri kedua 'raja buah' itu. KK tahu makan jer.... Heheh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 11 September 2012

Makna sebuah bendera


Ketika rakyat Malaysia bersemangat patriotik menyambut Hari Merdeka ke 55, kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Pertama, insiden Himpunan Janji Bersih, di Dataran Merdeka, 30 Ogos 2012. Kedua, individu yang mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang. Ketiga, insiden memijak gambar Perdana Menteri (PM). Keempat, insiden menunjukkan punggung ke atas gambar PM. Kesemua perbuatan tersebut, sengaja dizahirkan untuk menanamkan politik kebencian.
Pada saya, jika terlalu marahpun kepada PM, buatlah pada hari lain. Malah, jika tidak tahan kerana terlalu geram, mereka boleh rebus, bakar, pijak gambar PM di tempat tertutup seperti di rumah, tidak siapa tahu. Kenapa perlu dilakukan untuk mencari publisiti murahan pada hari bersejarah ini? Apa tujuan kita sebenar? Kita sengaja mahu menyakitkan hati dan mencabar kewibawaan PM serta pihak berkuasa. Apabila dikenakan tindakan nanti, maka bercananglah ultra kiasu menunjukkan inilah hero. Wal hal sebenarnya, mereka ini pengkhianat yang tidak sepatutnya tinggal di bumi bertuah.
Maka tidak hairanlah, pemimpin pembangkang, seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzil, presiden Ikatan dan Menteri Besar Kelantan, tidak dapat menerima hakikat ini. Kecuali pemimpin ultra kiasu Melayu, yang ghairah untuk ke Putrajaya sahaja berkata bahawa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya tidak salah. Saya harap rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam, sedar betapa liciknya pengkhianat ini yang sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu untuk menjahamankan negara tercinta ini.
Ada wartawan menyifatkan tindakan ini sebagai memualkan. Pada saya tidak, tetapi sudah  sampai ke peringkat biadab dan kurang ajar. Akal tidak dapat menerima sebagai manusia bertamadun. Kecuali kepada mereka yang suka melakukan perbuatan yang tidak bertamadun. Di negara lain, sudah lama pelaku berkenaan dihumban ke dalam penjara.
Ultra kiasu berhujah dan mencabar polis dengan berkata, sejak bila mengibar bendera selain dari bendera Malaysia satu kesalahan? Tunjukkan peruntukan perlembagaan? Kenapa tarian punggung di rumah Ambiga tidak dikenakan tindakan? Begitu pemijakan gambar ketua ultra kiasu di Pulau Pinang? Sama dengan kes-kes rasuah yang tidak disiasat dan lain-lain lagi. 
Perlu saya tegaskan, insiden ini berbeza dengan isu yang diperkatakan. Saya tidak hairan jika mereka memijak gambar ultra kiasu. Siapalah mereka jika nak dibandingkan dengan Perdana Menteri. Perkataan ‘Perdana’ itu sudah membawa makna begitu besar berbanding nama ultra kiasu yang hanya memimpin sebuah negeri. Begitu juga memimpin Majlis Peguam.
Persoalan saya, kenapa perlu kibarkan bendera sang saka Malaya? Apa kaitan dengan kemerdekaan, sedangkan saban tahun kita mengibarkan jalur gemilang. Bendera tidak pernah melakukan kesalahan kepada manusia. Bendera adalah bendera, lambang kedaulatan sesebuah negara. Maksud jalur gemilang begitu bermakna sekali berbanding sang saka Malaya.
Dalam peperangan, bendera adalah elemen yang utama. Menang atau kalah, benderalah yang menjadi tandanya. Bendera akan diangkat dan dipacak jika mencapai kemenangan. Bendera putih akan dinaikkan jika kalah sebagai tanda menyerah.
Ultra kiasu Cina sudah tentu amat maklum tentang perkara ini kerana dalam sejarah raja China, raja cukup sinonim dengan bendera. Perintah Raja adalah melalui bendera, selain cop mohor. Bila bendera disampaikan, bermakna perintah raja mesti dijalankan. Apabila bendera itu diserahkan kepada panglima, maka bermulalah panggilan perang.
Begitu juga dalam Islam. Mari kita imbau peristiwa perang Muktah (nama kampung di Sham) yang terjadi padaJamadilawwal, 8 hijrah (629 Masihi). Satu peperangan paling amat tragis dan bersejarah, ketika Rasulullah SAW masih hidup. Dalam peperangan ini, tentera Islam seramai 3000 orang berhadapan dengan tentera musuh sejumlah 200,000 orang. Zaid bin Harithah dilantik oleh Baginda sebagai panglima perang. Baginda menitipkan pesan, jika Zaid terbunuh, penggantinya adalah Jaafar bin Abi Talib. Jika Jaafar terbunuh,  penggantinya adalah Abdullah bin Rawahah
Ketika mahu bertolak ke medan perang, Rasulullah SAW menyerahkan bendera kepada Zaid. Berbekalkan semangat jihad, Zaid  memegang bendera dan bertarung hebat sehingga gugur syahid. Lalu, Jaafar datang mengambil bendera, bagi memastikan kesinambungan perjuangan. Bendera tidak boleh tersungkur dalam peperangan kerana bendera adalah pembakar semangat. Jaafar terus bertarung sehingga putus tangan kanannya. Bendera tetap dipegang, beralih ke tangan kirinya.
Malangnya tangan kiri Jaafar juga putus, maka bendera dipeluk erat dengan kedua lengan dan digigit kemas. Ketika Jaafar terbunuh, melalui 90 tusukan lembing dan panah, bendera masih diangkat dan didaulatkan. Sehinggalah seorang tentera Rum mencantas tubuh Jaafar mengakibatkan terbelah dua. Lantas, bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang turut gugur syahid. Kemudian, bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam. Seterusnya, Thabit menyerahkan bendera kepada Khalid al-Walid. Khalid menyambar bendera sebagai penerusan sebuah perjuangan di medan jihad.
Dipendekkan cerita, ketangkasan panglima-panglima Islam menyelamatkan bendera yang sama tanpa ditukar telah membakar semangat dan memberi kemenangan kepada Islam dengan izin Allah SWT. Bukanlah bermakna, bendera itu yang menyelamatkan Islam, tetapi bendera sebagai lambang kehebatan dan pembakar semangat mencapai kemenangan dalam peperangan. Begitulah hebatnya nama sebuah bendera.
Namun, bendera bukanlah segala-galanya. Tidak ada gunanya kita terlalu berbangga dengan bendera, mengibarnya di sana sini, tetapi dari segi pengamalan dan kerja seharian, kitalah perasuah, pengkhianat dan sebagainya. Penghormatan terhadap bendera bukan berhenti setakat kibaran, tetapi mesti disertai roh jihad dan perjuangan. Sama juga tidak ada erti bendera ditulis kalimah syahadah seperti bendera Arab Saudi, jika mereka  terus mengikut telunjuk Amerika._  (Sinar Harian 10.9.12)