Showing posts with label PR KECIL. Show all posts
Showing posts with label PR KECIL. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

tahniah !! Perjuangan Tok Guru diteruskan #PRKKualaBesut ? #demirakyat



KK nak ucapkan tahniah kepada Ulama PAS ini. walau sudah "bersara" tetapi masih meruskan kerja "pelik" lagi menyesatkan. Keluar PAS kena laknat !!!!! Tapi bersubahat dengan DAP yang sudah terang-terang anti Islam dan PKR yang jelas mengamalkan leberalisma dan pluralisma tak di laknat ke ?

Inilah keunikan dan keistimewaan PAS sebagai sebuah parti politik melayu yang menggunakan label Islam. Sumpah saiful ditolak, tapi sumpah politik diterima.  Memang unik dengan "parti Ajaran Sesat" PAS, apa sahaja perkara yang menguntung mereka semua "halal" sampaikan "kalimah Allah" depa nak jual.... andai sokong kaum bukan islam memihak kepada mereka. 

Azlan, 48, yang merupakan ahli perniagaan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam PRK tersebut.

KENAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 KENA BAI'AH ? 

Calon PAS telah diminta berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama. Tetapi, pada malam ini calon PAS di PRK Kuala Besut diminta untuk berbaiah di khalayak umum.


SIAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 ? 

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya tak nak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Kalau tak caye..cer tengok video ni...



"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

KK : Itulah PAS kalau korang nak tau......keluar PAS kena laknat. Baiah dalam konteks politik PAS ini insya-Allah tidak akan membawa kesan atau diredhai Aalah. Ianya adalah satu kezaliman

Saturday, 13 July 2013

@AzminAli PKR pertikai kelulusan akademik calon PAS #PRKKualaBesut #demirakyat


Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Azmin dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon

Berita di BH bertajuk, "PKR tak puas hati kelulusan calon PAS" itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon.

"Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen," kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut, semalam.

Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir diketahui puncanya.

Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar.

Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu.

Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3.

"Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.

"Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut,"lapornya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, " katanya.


AIDC

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 4 July 2013

#PRKBesut : Ulama Vs Ulama boleh disaksikan di Pilihanraya Kecil Besut. #pasca13 #BLACK505


Alasan  serta cadangan yang dikrmukan Si khalifah Guan Eng agar PAS memboikotkan PRK Kuala Besut sebagai "Tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU-13 yang lepas" tidak diendahkan malahan, kerusi panas itu menjadi rebutan dan buruan "pelahap" PAS bersama PKR. Masing mempunyai agenda sendiri untuk meletakan calon mereka. 

Azmin juga tidak menolak kemungkinan PKR akan meletakkan calonnya di kerusi tersebut yang merupakan PRK kali pertama akan diadakan selepas pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selepas satu mesyuarat bersama Majlis Pimpinan PR diadakan dalam masa terdekat.

"Saya yakin kali ini ianya akan menonjolkan satu wakil yang mewakili PR daripada parti yang akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan PR. [ sinar harian ]


mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut.

Azan juga berkata, beliau yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu.

Kenyataan Azan itu turut disokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bahawa, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, fakta yang dikemukakan Azmin itu adalah tidak benar kerana PKR tidak pernah bertanding bagi kerusi Kuala Besut.

"Fakta Azmin tu tidak betul, PKR tidak pernah bertanding di Kuala Besut bila-bila sebelum ini.

"Pada tahun 1999 yang menang adalah calon PAS iaitu (Datuk) Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura PAS)
[ 
harakahdaily ]

PRK Kuala Besut Bakal Saksikan Pertembungan Sengit Antara Ulama.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Terengganu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ulama.

Ini kerana kedua-dua parti, Umno dan PAS akan menurunkan calon yang ada latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dikuasai oleh pengundi Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

PRK Kuala Besut: Calon ramalan BNMenurut sumber, Umno mungkin meletakkan Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun.

Sebelum bertugas di Dungun, Nik Zulhaiza merupakan pegawai hal ehwal agama di Besut.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Syariah di Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Sementara itu PAS dijangka mencalonkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut.

Wan Azhar, 53, dikenali sebagai calon 'heavyweight' PAS di Terengganu dan berasal dari Kuala Besut. Namun, beliau tewas kepada calon Umno, Muhammad Pehimi Jusoh di Jertih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, parti itu masih belum memutuskan mengenai calon walaupun empat nama dikemukakan kepada kepimpinan parti.

"Kita tidak kekurangan calon. Yakinlah, mereka semuanya sihat," kata Idris yang merujuk kepada kritikan terhadap Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A.Rahman Mokhtar yang meninggal dunia baru-baru ini selepas memenangi PRU-13.

Idris menegaskan calon Umno mestilah seseorang yang boleh diterima oleh ahli parti di negeri itu.
Malah, katanya, calon itu juga haruslah anak jati negeri itu yang disenangi rakyat.

"Kita juga akan menyemak latar belakang calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis untuk memastikan calon mempunyai rekod bersih," kata Idris.

Difahamkan seorang lagi calon berpotensi diturunkan Umno adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf yang berasal dari sebuah keluarga yang menyokong Umno dan kini berkhidmat sebagai pegawai kanan di Majlis Perbandaran Dungun.

PAS juga mempertimbangkan seorang lagi calon iaitu ulama muda, Ridhuan Mohd Nor yang tewas kepada Idris di kerusi Parlimen Besut pada PRU-13 yang lalu.

Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Terengganu, Datuk Wan Albakri Mohd Nor menasihati parti itu supaya berpegang teguh kepada kriteria calon boleh menang.

"Kita berada dalam bahaya iaitu bakal berdepan keadaan DUN tergantung kerana Umno tidak pernah cakap serupa bikin apabila membabitkan pemilihan calon pada PRU-13," katanya.

Sekiranya Barisan Nasional yang memenangi 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi, gagal mempertahankan Kuala Besut, keputusan 16-16 akan mencetuskan dilema mengenai keadaan DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat untuk memutuskan mengenai tarikh PRK di Kuala Besut.

Thursday, 27 June 2013

#PRK DUN KUALA BESUT tentukan hidup mati Barisan Nasional di Terangganu. #PRU13 #BLACK505


GAMBAR HIASAN

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.
"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.
"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.
"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya.
Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.
Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi.
Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri.
Beliau berkata, apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman berkata BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung.
"Kuala Besut diketahui adalah kubu kuat Umno, tetapi kita tidak akan mengambil ini sebagai perkara yang mudah.
"Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi, oleh itu kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya ketika dihubungi.
Razif berkata calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.

SUMBER