Showing posts with label prk kualabesut. Show all posts
Showing posts with label prk kualabesut. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

#BarisanNasional Menang di semua Peti UNDI #PRKKualaBesut #rakyatnews #1Malaysia #NajibMyPM


Alhamdulilah keputusan tidak rasmi, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut.

Dengan izin Allah S.W.T dan turut dibantu jentera dari pelbagai peringkat membenarkan kemenangan Barisan Nasional.

Keberkatan bulan Ramadhan, akhirnya calon BN di PRK DUN Kuala Besut menang dengan majoriti 2592 undi.PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi manakala calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

1 Malaysia.. Rakyat didahulukan Isyaallah Janji Ditepati.

KK : Taniah !! Kepada semua jentera...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERKINI !! Dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiada Insiden yang tidak diingini. #PRKKualaBesut #TolakPR #demirakyat

Seramai 16,534 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mula menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baru bermula pukul 8 pagi Rabu.
Sebanyak lapan pusat mengundi disediakan di DUN Kuala Besut.
Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.
Keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam ini.
Sumber dari portal : mStar Online
BERIKUT adalah perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil Kuala Besut pada Rabu:
Penyokong kedua-dua parti hadir memberikan sokongan.
9:00 pagi: Sehingga pukul 9 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 2,406 atau 15 peratus.
8:50 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Tengku Zaihan menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi.
Kehadirannya di sambut laungan takbir oleh penyokong PAS.
8:20 pagi: Tengku Zaihan dilihat keluar daripada pusat mengundi selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.
8:05 pagi: Che Long menjadi pengundi kedua di saluran dua pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
Che Long menunjukkan jarinya yang dicelup dengan dakwat kekal selepas selesai mengundi.
8:00 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut ditemani isteri.
8:00 pagi: Semua lapan pusat mengundi di DUN Kuala Besut dibuka.
Polis mula kelihatan di pusat mengundi.
7.30 pagi: Penyokong calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mula hadir di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.
6:30 pagi: Anggota keselamatan mula mengawasi kawasan pusat mengundi.

Sunday, 21 July 2013

#PRKKualaBesut : TIDAK mendapat RESTU Keluarga sebagai Calon PRK ? #fb #TolakPR #demirakyat

Pendedahan ahli keluarga, sepupu kepada calon Pas Besut, Azlan @ Endut atau dikenali sebagai Che Long. Ahli Keluarga tidak bersetuju beliau menjadi calon pas, tetapi atas desakan Pas dan pergolakan dalaman Pas Besut, beliau menjadi alat politik Husam Musa yang sekian tenggelam dalam arena politik PAS sendiri. ikuti pendedahan ekslusif. Taipingmali


Kenapa Che Long dilantik menjadi calon PAS PRK Kuala Besut ?

Che Long ini merupakan anak emas Husam Musa maka tidak peliklah Che long yang kini merupakan bendahari Pas Kawasan Besut dipilih menjadi calon Pas dalam PRK Kuala Besut ini. Malah lebih menarik lagi dimaklumkan juga bahawa dulu Che Long pernah ditangkap kerana kes dadah.

Sumber tersebut juga menyatakan bahawa walaupun ahli akar umbi Pas mahukan Pas meletakkan calon berlatar belakangkan agama, namun oleh kerana Che Long merupakan klik dan anak emas Husam Musa maka Husam menamakan Che Long sebagai calon Pas di PRK ini.

Ketika Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri kelantan, Che Long dikatakan mendapat banyak projek dan kontrak daripada kerajaan dan sekarang ini Che Long mampu untuk hidup mewah. Sebagai seorang kontraktor kelas A yang berjaya maka Che Long sememangnya layak untuk hidup mewah.

Namun setelah Husam Musa tidak lagi berada di dalam kabinet kerajaan Kelantan, peluang Che Long untuk mendapat kontrak-kontrak besar amat sukar sekarang. Jadi untuk membantu Che Long yang telah berkorban dan membantu politik Husam. Meletakkan Che Long sebagai calon Pas di Kuala Besut adalah langkah terbaik bagi Husam membantu kroninya itu. Semasa kempen PRu 13 yang lalu Che Long telah membawa lebih kurang 100 orang jenteranya untuk mambantu jentera kempen Husam di Putrajaya.

Endut@ Azlan Yusof mengakui pernah menjadi ahli Umno dan memegang jawatan di peringkat pemuda cawangan dalam parti itu ketika zaman muda, sebelum membuat keputusan menyertai Pas pada 1997 hingga kini.

Saturday, 20 July 2013

[VIDEO] Pengambilan "pil" berlebihan Calon PAS #PRKKualaBesut tidak dapat berucap. #fb #TolakPR #demirakyat


Ada KES Dadah ??? 


Gara-gara disifatkan oleh kepimpinan Pas sebagai 'kurang cerdik', calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Endut @ Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dilaporkan telah diarahkan oleh pimpinan Pas supaya tidak kerap bercakap atau membuat ucapan dihadapan umum kerana Pas sendiri tidak begitu yakin dengan apa yang sudah ditampilkan oleh Che Long setakat hari ini.



Menurut sumber dalaman Pas, cakap-cakap mengenai Che Long yang tidak punyai bakat kepimpinan itu makin hangat diperkatakan sesama mereka, sehinggakan pihak parti terpaksa tidak membenarkan beliau berucap bersama-sama mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Che Long yang hadir berbaju hijau dan berkasut putih itu sekadar menjadi hadirin tanpa diberikan kesempatan walaupun seminit untuk beliau membuat ucapan, pada awal kontroversi ketidaklayakkan Che Long menjadi seorang pemimpin, beliau masih lagi diberi peluang selama 3 minit untuk membuat ucapan sebelum dikurangkan kepada 2 minit. ( sila rujuk ceramah beliau kebelakangan ini.) Namun malam tadi beliau langsung tidak diberikan ruang lagi...
beca selanjut Klik Disini -

Friday, 19 July 2013

Fatwa terbaru di #PRKKualaBesut dikeluarkan @LemanRLAWAK . #fb #TolakPR #demirakyat


"Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," 




lAWAK-LAWAK !!! KK ingat ingatkan leman cerdik sangat rupanya "haprak" juga... orang Padang Terap kenai sangat hang ni sapa.. masuk raja lawak pun kena tendang awal. Lepas raja lawak hari tu, hang mana ada kerja. Dok rumah memotong saja. 

Ooohhhh satu lagi.. Bukan ker hang dok canang orang Kampung  nak p sambung belajar ka Mesir... Rupanya hang cuba kelentong dan bohong orang Padang Terap jerla ... Sudah la leman Lintah.. Kami semua cukup mengenali hang, Dunia ni kecik jer..mana hang p kami tau.. Cisshhhh.. Cakap nak p Mesir sambung belajar..Rupanya p Tabur Fitnah kan Kuala Besut...

KK : Leman... leman... apa kelentong yang kau pakai pun tak... sampai ada orang yang "percaya" kat hang ni.... 



Sunday, 14 July 2013

tahniah !! Perjuangan Tok Guru diteruskan #PRKKualaBesut ? #demirakyat



KK nak ucapkan tahniah kepada Ulama PAS ini. walau sudah "bersara" tetapi masih meruskan kerja "pelik" lagi menyesatkan. Keluar PAS kena laknat !!!!! Tapi bersubahat dengan DAP yang sudah terang-terang anti Islam dan PKR yang jelas mengamalkan leberalisma dan pluralisma tak di laknat ke ?

Inilah keunikan dan keistimewaan PAS sebagai sebuah parti politik melayu yang menggunakan label Islam. Sumpah saiful ditolak, tapi sumpah politik diterima.  Memang unik dengan "parti Ajaran Sesat" PAS, apa sahaja perkara yang menguntung mereka semua "halal" sampaikan "kalimah Allah" depa nak jual.... andai sokong kaum bukan islam memihak kepada mereka. 

Azlan, 48, yang merupakan ahli perniagaan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam PRK tersebut.

KENAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 KENA BAI'AH ? 

Calon PAS telah diminta berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama. Tetapi, pada malam ini calon PAS di PRK Kuala Besut diminta untuk berbaiah di khalayak umum.


SIAPA CALON PAS PRK KUALA BESUT N 01 ? 

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya tak nak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Kalau tak caye..cer tengok video ni...



"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

KK : Itulah PAS kalau korang nak tau......keluar PAS kena laknat. Baiah dalam konteks politik PAS ini insya-Allah tidak akan membawa kesan atau diredhai Aalah. Ianya adalah satu kezaliman

Saturday, 13 July 2013

@AzminAli PKR pertikai kelulusan akademik calon PAS #PRKKualaBesut #demirakyat


Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Azmin dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon

Berita di BH bertajuk, "PKR tak puas hati kelulusan calon PAS" itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon.

"Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen," kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut, semalam.

Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir diketahui puncanya.

Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar.

Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu.

Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3.

"Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.

"Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut,"lapornya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, " katanya.


AIDC

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 12 July 2013

Panas !!! Calon ADUN #PRKKualaBesut ADA [ video panas ] #TolakPR

 

Jadi apa cerita sekarang dengan calon PAS untuk PRK Kuala Besut Azlan Endut@Che Long yang awal-awal lagi sudah umum bahawa kalau dia menang dalam PRK kali ini, dia akan upah orang lain untuk menjalankan tugasnya sebagai ADUN.

Tambah pening kepala, Azlan menyerahkan bulat-bulat tugas berkenaan kepada orang lain, bukan sebab urusan rasmi sebagai ADUN, tapi demi untuk menjaga kepentingan perniagaannya yang sedia ada sekarang.


Untuk makluman, Azlan adalah kontraktor kelas A yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan di Kelantan.


Jadi persoalannya disini sekarang, apa motif PAS meletakkan orang ini sebagai calon bila mana dia sudah awal-awal lagi memberi komitmen untuk 'tidak berkhidmat' kepada rakyat? Nampak jelas dia hanya berminat menjadi ADUN untuk mencari projek saja, bukan nak berkhidmat!! sambung baca klik  Pas PRK #KualaBesut -