Showing posts with label artisnasional BNYCteam. Show all posts
Showing posts with label artisnasional BNYCteam. Show all posts

Monday, 11 February 2013

[Gambar] Terkini Persembahan @psy_oppa #CNY di Pulau Pinang. #gangnamMalaysia @najibrazak


Penyanyi popular Korea Selatan, PSY memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Gangnam Style sempena program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang, ketika ini.


Hampir 100,000 penduduk Pulau Pinang berbilang bangsa memenuhi padang Sekolah Tinggi Han Chiang di sini untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang.

Sambung baca di PSY Mulakan Persembahan di Pulau Pinang #CNY #Oppgangnam #GangnamMalaysia | POLITIK HARIAN http://t.co/3ooOYtUw


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@psy_oppa tiba di Pulau Pinang 7 pagi tadi. @Shilaamzah #CNY #gangnamMalaysia @najibrazak


GEORGETOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy tiba dengan jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kira-kira jam 7 pagi.

Sebaik pesawat itu mendarat di bahagian selatan lapangan terbang, lebih tiga kenderaan menghampiri pesawat untuk mengambil penyanyi terbabit.

Park Jae-sang yang lebih dikenali Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style kemudian meninggalkan LTAPP dengan kumpulan kenderaan diiringi polis bermotosikal kira-kira jam 7.20 pagi.

Beliau tiba beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini.
Difahamkan, Psy akan ke sebuah hotel sebelum menaiki sebuah bas bersama penarinya serta penyanyi tempatan Shila Amzah diiringi pengawal keselamatan ke lokasi persembahan.

Mereka dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada jam 11.45 pagi di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Beritaharian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyanyi @Shilaamzah akan berkongsi pentas bersama @psy_oppa di #CNY Pulau pinang. #gangnamMalaysia @najibrazak


Shila yang dilaporkan hilang akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.



GEORGETOWN - Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.

Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan.

"Apabila membaca laporan akhbar berkenaan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga membuatkan dia (Shila) menghilangkan diri selama enam hari, pihak kami menerima banyak panggilan yang bertanya tentang kehadirannya pada majlis rumah terbuka esok.

"Bagaimanapun, apabila saya menghubungi pengurusnya tadi, beliau memaklumkan Shila akan hadir dan membuat persembahan khas untuk pengunjung khasnya rakyat negeri Pulau Pinang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan hadir.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan sendiri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal.

Sinar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 10 February 2013

@NajibRazak At Tea Party With Penang Chinese Community Leaders.@psy_oppa #CNY #gangnamMalaysia


GEORGE TOWN, Feb 10  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak began a two-day visit to Penang Sunday by attending a tea party with Chinese community leaders.

Najib's arrival at the hotel at 5.15pm was met by a group of teenagers shouting 'Hidup Perdana Menteri', '1Malaysia' and 'Barisan Nasional' (BN).

He spent about one hour atthe tea party with the Chinese community leaders.

Also present were Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Penang BN chairman Teng Chang Yeow and Penang Umno chief Datuk Zainal Abidin Osman.

Sunday night, he is scheduled to attend a Chinese New Year dinner with the media at G Hotel in Persiaran Gurney and and celebrate the birthday of Prophet Muhammad at Masjid Kapitan Keling.

The Prime Minister also savoured the popular Penang nasi kandar at Kedai Nasi Kandar Beratur located near the mosque -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Welcome !! #PSY Tiba Di Pulau Pinang Awal Pagi Isnin. #CNY2013


GEORGE TOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.

Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.