Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

UPDATE !! KES LELAKI ROSAKAN PATUNG DEWA TOKONG DI KUALA KETIL, KEDAH @UMonline @PDRMsia


Seorang pemuda yang telah memecahkan patung dewa di Kuil Kim Seng , Kuala Ketil di tangkap. Gambar { klik Disini }

Lelaki Amuk Di Kuil, Tokong Pesakit Mental - 

Polis KULIM: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengamuk dan merosakkan patung di sebuah kuil di Kuala Ketil dan sebuah kuil serta dua tokong di Pekan Sungai Karangan, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer pada Jumaat adalah pesakit mental.


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 31 tahun itu pernah ditahan polis beberapa tahun lalu kerana melakukan perkara sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kulim, Baling dan Kuala Muda agar tidak mempercayai khabar angin atau membuat spekulasi mengenai insiden di kuil dan tokong itu.

Lelaki yang merupakan pesakit mental itu mengamuk dan merosakkan beberapa patung di empat rumah ibadat itu dari kira-kira 1 tengah hari hingga 5 petang, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati kerosakan yang dialami kuil dan tokong berkenaan tidak serius.

Ahmad berkata polis telah menempatkan anggota Pasukan Gempur Ringan (LSF)dan Cawangan Khas di lokasi sensitif di daerah Kulim, Baling dan Kuala Muda bagi mengawal dan memastikan tidak berlaku insiden tidak baik. 

- BERNAMA

Tuesday, 17 September 2013

Majlis "MengKRISTIANisasikan PAS" Kecoh ? "#DEMIRAKYAT #DAP #OhMalaysiaku #rakyatnews @abby_abadi112 @khalidismath





Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.

Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.

Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.

Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark.

Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.

Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. 

Saturday, 5 January 2013

2 Maut selepas makan kerang.


Fenomena air merah: 2 mati di Sabah

KOTA KINABALU - Dua kematian dilaporkan dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah sejak keadaan itu dikesan dua bulan lepas.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Rayner Stuel Galid berkata kedua-dua kematian dilaporkan di Sepanggar, Rabu lepas.

Beliau berkata sampel air laut yang diambil di perairan Sepanggar mencatatkan bacaan toksin yang tinggi mencapai 6,000 unit mouse (MU).

"Ini menunjukkan tahap pencemaran air merah di perairan berkenaan amat tinggi kerana bacaan yang mencapai 400 MU sudah cukup bertoksin dan membahayakan," katanya.

Rayner berkata pencemaran air merah dikesan di perairan Papar, Putatan, Tasik Sitompok di Kuala Penyu di sini dan Tuaran.

Katanya, orang ramai yang memakan hidupan laut yang dicemari toksin berkenaan boleh mengalami keracunan 'paralytic shellfish poisoning' (PSP) dan jika tahap toksinnya tinggi boleh menyebabkan lumpuh serta kematian.

"Fenomena ini dijangka berterusan sehingga Mei depan dan jabatan akan terus memantau dan memberikan maklumat dari semasa ke semasa untuk keselamatan orang ramai," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan kerang, siput dan ikan kecil sementara ikan laut dalam, sotong dan ketam boleh dimakan tetapi perlu dibuang insang dan dibersihkan dengan baik. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 27 September 2012

RIBUT di Baling, Kedah : Hampir 50 buah rmah alami kerosakan


BALING - Lebih 50 buah rumah di beberapa kawasan perumahan dan kampung di daerah Baling rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku, pada pukul 1.30 petang tadi.
Antara kawasan terlibat ialah 15 buah rumah di kawasan perumahan Taman Batu Pekaka dan lebih 20 buah rumah, di Taman Seri Gading Kuala Ketil di sini.
Turut dilanda ribut itu, lebih 20 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dan DUN Kupang antaranya, di kampung Rambong Batu 7, Sekolah Dalam Wang dan Becah Tok Bulan dengan kebanyakannya rosak teruk di bahagian bumbung.
Seorang mangsa ribut, Esah Ismail, 57, dari kampung Sekolah Dalam Wang berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang meninjau lantai yang basah di tingkat atas sebelum tiba-tiba ribut kuat menerbangkan bumbung rumahnya.
"Saya menjerit kuat bila ribut menerbangkan bumbung rumah dan menjatuhkan bumbung itu tidak jauh dari rumah kami," katanya di sini hari ini.

Menurut Esah, ketika kejadian beliau tinggal bersama seorang anak dan tiga orang cucu dan bersyukur kerana tiada yang cedera.

Seorang lagi mangsa ribut di Kuala ketil, Ibrahim Saud, 44, memberitahu semua bumbung dan pelbagai perkakas eletrik dalam rumahnya rosak kerana ditimpa hujan lebat ketika ribut berlaku.
Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Ketil, Khairul Azhar Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain ketika ditemui Bernama berkata, pihak mereka sedang membuat bancian kerosakan akibat bencana ribut itu. - Bernama



Thursday, 13 September 2012

Kes Apa Ni...... hijau Putih?

Hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan ke atas ‘Koden’ 
kerana kesalahan merogol murid tahun lima

Koden Rogol Anak Rakan Baik Sendiri

Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama ‘Koden’ merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.

Sebelum ini, Koden, 33, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa yang baru pulang dari mengaji al-Quran di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, kira-kira jam 8.30 malam, 5 Mei 2010.

Tertuduh telah mengumpan RM2 kepada mangsa yang masih mentah itu sebelum bertindak menanggalkan pakaian dan menyandarkan badan mangsa di batang pokok pisang lalu merogolnya.

Mangsa memaklumkan tertuduh sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu sejak dia dalam tahun tiga lagi, dan setiap kali melakukan perbuatan itu, tertuduh akan memberi sejumlah wang kepadanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 23 Mei 2010 selepas ditanya sebelum bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh, 24 Mei 2010.

Susulan laporan dibuat, ‘Koden’ yang juga rakan baik kepada arwah ayah mangsa dan tinggal berhampiran rumah mangsa ditahan sepasukan polis di hadapan Pondok Polis Padang Kubu, Kemaman keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.

-SinarHarian