Saturday 1 March 2014

UPDATE !! KES LELAKI ROSAKAN PATUNG DEWA TOKONG DI KUALA KETIL, KEDAH @UMonline @PDRMsia


Seorang pemuda yang telah memecahkan patung dewa di Kuil Kim Seng , Kuala Ketil di tangkap. Gambar { klik Disini }

Lelaki Amuk Di Kuil, Tokong Pesakit Mental - 

Polis KULIM: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengamuk dan merosakkan patung di sebuah kuil di Kuala Ketil dan sebuah kuil serta dua tokong di Pekan Sungai Karangan, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer pada Jumaat adalah pesakit mental.


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 31 tahun itu pernah ditahan polis beberapa tahun lalu kerana melakukan perkara sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kulim, Baling dan Kuala Muda agar tidak mempercayai khabar angin atau membuat spekulasi mengenai insiden di kuil dan tokong itu.

Lelaki yang merupakan pesakit mental itu mengamuk dan merosakkan beberapa patung di empat rumah ibadat itu dari kira-kira 1 tengah hari hingga 5 petang, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati kerosakan yang dialami kuil dan tokong berkenaan tidak serius.

Ahmad berkata polis telah menempatkan anggota Pasukan Gempur Ringan (LSF)dan Cawangan Khas di lokasi sensitif di daerah Kulim, Baling dan Kuala Muda bagi mengawal dan memastikan tidak berlaku insiden tidak baik. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment