Wednesday 19 March 2014

MISTERI #MH370 : KUMPULAN ENAM LELAKI DICURIGAI !! SIAPA MEREKA ? #PRAYFORMH370


Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 pada minggu lalu, tumpuan dunia kini terarah kepada Malaysia sehinggakan semua aspek termasuk keselamatan di lapangan terbang turut dijadikan isu.

Tidak semena-mena ada kumpulan mengaku pakar mengenai penerbangan atau pesawat.
Ada pula yang mengaku menjadi penganalisis kapal terbang, dengan mudah mencatit data pesawat yang mendarat dan berlepas.


Siapa penganalisis kapal terbang dan mereka mengumpul data untuk siapa?


Apakah tujuan mereka?

Semalam dua orang lelaki 'Mat Saleh' mengaku sebagai penganalisis kapal terbang dengan mudah mengumpul data pesawat-pesawat berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT).

Hari ini sekumpulan enam lagi 'Mat Saleh' dari United Kingdom turut melakukan perkara yang sama. Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, aktiviti tersebut mencurigakan apabila mereka menggunakan teropong, kamera dan mencatitkan data di dalam fail khas disediakan.

Ketika beberapa pegawai keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bertanya mengenai aktiviti itu, mereka hanya memberitahu perkara tersebut merupakan hobi.

Mereka yang berusia 60-an datang dari Singapura pada pukul 6.55 pagi dan akan berlepas pulang ke destinasi sama pada pukul 7.30 malam pada hari ini. Bertindak di atas aduan orang ramai, pegawai-pegawai keselamatan MAHB mengarahkan kumpulan enam orang tersebut beredar dari anjung tinjau.


Diharap selepas ini, kawalan keselamatan di lapangan terbang dapat dipertingkatkan selepas ini bagi memastikan tiada lagi aktiviti mencurigakan berlaku sewenang-wenangnya di KLIA. Sumber

No comments:

Post a Comment