Perdana Menteri
sanggup dikecam demi menjaga kepentingan Ekonomi negara dalam rasionalisasi
subsidi .
Saya
utamakan kepentingan negara mengatasi populariti sendiri - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha
menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi
akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara
pendapatan tinggi.
Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog
Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri,
tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia.
Najib berkata kepimpinan adalah
membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan
merencatkan pembangunan Malaysia.
"Saya memilih untuk menjaga
kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan
saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya,"
katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).
Pengukuhan ekonomi akan memastikan
negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara
berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri
Kewangan.
ini termasuk pelaksanaan pembaharuan
subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api,
selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi
membantu mereka yang sangat memerlukannya.
Najib yang mengambil peluang ini
untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara
terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi
bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing.
"Jika ekonomi mahu terus
berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak
produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur
pada masa depan.
"GST (yang akan diperkenal pada
April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan.
Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk
pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan
kesihatan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata
semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu
Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi.
Najib berkata beliau tidak memandang
ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal
GST.
"Saya memikirkan secara mendalam
mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan
kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan
masa depan," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata ini dilakukan
berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan
destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi.
Najib bagaimanapun berkata kerajaan
mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar
apabila diperlukan.
"Mentadbir adalah untuk membuat
keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan
bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,"
katanya.
Sambil menyatakan bahawa memang mudah
untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat
dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah
melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA
luahan Perdana Menteri, turut dikongsikan oleh @MPKotaBelud yang begitu aktif dan begitu perihatin terhadap dasar-dasar kerajaan untuk di sampaikan di alam Maya.. berbanding pak menteri yang lain...
kk : Amat malang sekali jika apa yang diperjuangkan dan dikorban oleh PM tetapi tiada inisiatif oleh menteri-menteri yang lain..
No comments:
Post a Comment