Akhirnya terjawab !!! Kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang tersangatlah tinggi yang ada pada Leman belacak memang menjadi senjata PAS. Dari penjual minyak ANU sehinggalah dilantik menjadi badan pemikir PAS.. menyebabkan leman Belacak mengeluarkan kenyataan ini.
fitnah dari Leman,
Akaun FB nya boleh klik SINI
Teori Pesawat MH370 Meletup Di Udara Ditolak
Teori Pesawat MH370
Meletup Di Udara DitolakKUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara
ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika
Syarikat (AS) hari ini.
Pegawai itu dipetik
sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan
#MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di
seluruh dunia.
Sementara
itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu
kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu
milik warganegara Itali dan Austria.
Ketika
anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan
selepas
lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori
yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan
terdapat
unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang
kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang
tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa
mencari
semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan
kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di
sini.
Sementara
itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin
Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada
pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum
dijumpai.
Pesawat
Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam
selepas
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi
menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Sehingga
ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38
rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin
dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri
itu
menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika
mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan
itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan
terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan
KLIA.
"Saya
masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali
dan
Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut
laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan
secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN
turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa
tahun
lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria
mengesahkan
tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara
itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia,
Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran
perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu
ia dilaporkan hilang.
Sehingga
8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan
operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat
dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan
pesawat MH370. - Bernama
Bagaimanakah si leman Belacak ni... boleh pikiaq sampai tahap bodoh piang........ni memang tak sia-sia PAS Sik memiliki makhluk ni....
KK : Apalah leman ni... dah tak pinjam DVD ke....
No comments:
Post a Comment