Mohd Saiful Bukhari Azlan |
'
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat melahirkan rasa syukur terhadap
keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Ketua Pembangkang itu bersalah di atas
tuduhan meliwatnya pada 2008.
Beliau menyifatkan keputusan
tersebut sebagai satu kebenaran yang amat penting dan bermakna untuk dirinya
dan keluarga.
"Benar janji Allah, Yang
Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6
tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah pada Jumaat
yang memihak pada saya.
"Saya dan keluarga
menghormati keputusan Mahkamah pada Jumaat. Kebenaran ini penting dan amat
bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga
kehadapan.
"Saya berdoa semoga Allah
SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya,"
katanya dalam entri bertajuk 'Benar Janji Allah' di laman blognya,
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Saiful turut mengucapkan terima
kasih kepada pihak yang bersama beliau selama ini.
"Allah sahaja mampu
membalasnya. Akan terus Istiqamah. Kepada Allah saya berserah," katanya.
Pada petang Jumaat, Mahkamah
Rayuan di Putrajaya menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas
didapati bersalah meliwat Saiful, enam tahun lalu.
No comments:
Post a Comment