MIMPI
MH370 (mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi..)
Assalamualaikum..
Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat
gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama
adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak
Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau
orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah
1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima
perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar
pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya
makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar
jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus
lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum
tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan
seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku /
apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya
melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang
satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur.
Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada
pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu
adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua
kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya
berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan
kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya
kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari
ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing.
Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari
dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari
simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu
masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat
duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya
berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan
pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng
kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah
kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba,
saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara
mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada
apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang
stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You
don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your
country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan
saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di
awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu
namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke
depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian,
ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal
terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor
pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam
ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang
dari pandangan.
Pesawat
yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya
masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup.
Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di
permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang
ganas.
Saya
tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air
mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung
saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya
berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua
penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan
keselamatan mereka.. Amin.
Sumber : Darul Manzil
Sumber : Darul Manzil
No comments:
Post a Comment