Sedang hangat menjadi "virus" dalam media sosial ialah mengenai kemunculan BOMOH. Apa tidak sehingga "gaya Bebas" bomoh berkenaan beraksi menjadi gaya ikutan.
gaya orang Baqling |
Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai Raja Bomoh Sedunia VIP,
menjelma di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG
BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa
sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah
menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya
kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita
dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak
akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai
dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat
kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.
JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh
dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan
dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan
adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam
untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman
web rasmi JAKIM.
Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita.
Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan
pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari
negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan
buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh
berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.
Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23
November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah
bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat
serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula
menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan
tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah
saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.
Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat
dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah
bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur
yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.
Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya
umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang
jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah
boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik- tempat
bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia
melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita
sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa.
Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat
ini atas izinNya jua.
Sekian,
terima kasih.
BERKHIDMAT
UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya
Yang Menurut Perintah’
DATO’
HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12
Mac 2014
No comments:
Post a Comment