Kehingan penerbangan MH370 milik MAS sejak Sabtu lalu telah membuka
mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan.
Selain pernah
memaparkan maklumat mengenai kotak hitam, mStar pada Jumaat ingin berkongsi
rakaman kotak hitam dari pesawat Adam Air yang beroperasi di Indonesia.
Adam Air yang
menyediakan penerbangan tambang murah terawal di Indonesia turut
mencatatkan tragedi hitam apabila pesawatnya jenis Boeing 737-400 terhempas
pada 1 Januari 2007.
Ketika kejadian
pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke
Manado.
Pesawat dengan nombor
penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk.
Kehilangan pesawat itu
turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak
hitam merungkai segala yang berlaku.
Ikuti rakaman terakhir
yang direkodkan kotak hitam pesawat berkenaan.
No comments:
Post a Comment