Saturday, 15 March 2014

MISTERI #MH370: SIAPA DALANG SEBENARNYA AKAN DIKETAHUI ? #PRAYFORMH370


Sementara yang bersalah mesti menerima hukuman setimpal kesalahan mereka. Apa pun, pihak berwajib perlu menoktahkan segera kemelut pencarian ini...

Sepasukan polis dilaporkan tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, di Laman Seri, di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi.


Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan kediaman berpagar (gated community) mewah itu, selepas seorang pegawai turun memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

Bagaimanapun, wakil media yang menunggu di luar kawasan itu tidak dibenarkan masuk.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas beliau sebentar telah menzahirkan semua yang perlu, cuma tidak menyebut sahaja kapal MH370 telah dirampas.

Mungkin beliau tidak boleh menyebut demikian selagi belum ada pihak yang tampil membuat sebarang tuntutan.

Kalau difikirkan lojik akal, tidak mungkin mana-mana juruterbang boleh tersasar begitu jauh dengan tidak sengaja.


Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan kapal terbang MAS MH370 tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat,” kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.


Siapa?



Sudah pasti kapal itu dilencong dengan niat dan rancangan yang teratur, cuma persoalannya apakah ia dilakukan oleh juruterbang atau ada pihak lain yang telah mengambil alih kapal terbang berkenaan.

Apakah ia kerja seorang atau kerja secara berkumpulan?

Dakwaan sebuah kumpulan dari China sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan itu sudah lama ditolak semua pihak baik secara bulat-bulat. Justeru persoalan siapa yang terabit masih terbuka.

Untuk kapal Boeing 777 dilencongkan, ia memerlukan seorang yang benar-benar memiliki pengalaman penerbangan yang banyak.

Kalau baru jadi juruterbang, mungkin ia tidak boleh dilarikan sebagaimana MH370 dilakukan yakni apabila hampir 8 hari ia hilang baru tindakan (hijacked) itu dapat disahkan.

Maknanya ia telah dilencongkan dengan begitu teliti sehingga pihak berkuasa terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk merumuskan secara tepat bahawa ia telah dirampas.

Beberapa pihak sebelum ini menuding jadi kepada kapten kapal, Zaharie Ahmad Shah terutama setelah diketahui beliau memiliki simulator sendiri di rumahnya.
Mynewshub pernah melaporkan sumber penyiasatan China menumpukan kepada kapten 

berkenaan kerana ingin mengetahui mengapa seorang kapten dengan 18,000 lebih masa penerbangan masih menggunakan simultor di rumahnya.

Pasukan berkenaan mengesyaki kapten itu berlatih untuk menurunkan kapal di laluan luar daripada landasan biasa.

Namun itu hanya rutin siasatan, kemungkinan besar beliau sendiri diugut dan menjadi mangsa tahanan kini. (BACA – Eksklusif: PasukanPenyiasat China Tumpu Kepada Juruterbang)

Mengapa?

Satu lagi persoalan, untuk apa kapal terbang tersebut dilarikan?

Kalau dilihat kepada sejarah rampasan-rampasan kapal seluruh dunia, kerap kali motifnya sama ada berkaitan dengan tuntutan wang atau menghantar mesej politik.

Namun, semua itu selalunya dilakukan dalam beberapa jam sahaja selepas kapal dilarikan.
Ini sudah masuk hari ke-8 dan masih belum kedengaran sebarang permintaan.

Justeru, misteri kehilangan MH370 masih jauh daripada selesai sebenarnya. Cuma satu aspek misteri sahaja yang terjawab iaitu ia tidak terhempas di Laut China Selatan dan dilarikan tetapi begitu banyak persoalan lain masih bermain di kepala.

Di Mana?

Apa pun, dengan kisah MH370 kini disahkan sebagai tidak terhempas di Laut China Selatan, maka kita mungkin boleh menarik nafas lega bahawa ada kemungkinan semua penumpang dan anak kapal tersebut masih hidup.

Cuma tidak diketahui di mana mereka berada. Apakah meraka berada di mana-mana pulau terpencil di Lautan Hindi ketika ini?

Apa pun, pastinya wujud sedikit sinar harapan kepada para keluarga dan rakan mangsa… mungkin doa kita semua sudah sampai sebahagiannya… sebahagian lagi akan sampai tidak lama lagi…amin. (MYNEWSHUB)

1 comment: