Showing posts with label info banjir. Show all posts
Showing posts with label info banjir. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

BIAR BETUL !! PENGUATKUASA @JPJ_Malaysia SAMAN LORI MISI KEMANUSIAN #OPSBANJIR @HishammuddinH2O


Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.” Itu kata penyelaras bantuan mangsa banjir, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?


“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untuk mangsa banjir.

Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya  tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ. Cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan budi bicara langsung dalam membantu mangsa  banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya.

-MalaysiaGazette

Sunday, 8 December 2013

Angkuhnya !! PENGANUT PR INI ? @n_izzah #Banjir


Sifat dan sikap tak kenang dek untung. PENGANUT PR. sebenarnya kita ini tak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan.


Info cucu tok selampit.

Ngeri !! Jelmaan "SETAN" MUNCUL DALAM TRAGEDI BANJIR DIPANTAI TIMUR. @shaberyc @TengkuZaihan


Gempar !! Kisah ini amat mengerunkan kita.... Bagai kemunculan "entiti" yang sangat kita ketahui pembohongan dan penipuan mahafiraun nya....



Allah S.W.T telah memberikan pertolongan melaluinya untuk di sampaikan kepada rakyat. Kita bersyukur kerana kita mendapat pemimpin yang begitu prihatin kepada rakyat, Smoga Allah S.W.T  .. SEDANGKAN PUAK-PUAK yang macam "gambar diatas" suka sangat memfitnah....



Ada segolongan PAS yang layak di laknatullah telah spin untuk menghuru harakan keadaan. Pegawai gerakan banjir macam nak mati menolong mangsa banjir tanpa mengira siapa termasuk laknatullah PAS ni. Rupanya dibalas dengan politik yang jelik dari mereka.

Sebenarnya semua adalah pembohongan. Malah nama sekolah yang dilawati MB pun tak dapat disebutkan dengan betul dalam fitnah mereka.

Seorang pegawai memberitahu:

Assalam tn. Respon statement yg di dakwa. 

Tiada kenyataan tersebut dibuat oleh MB semasa lawatan di Sekolah Banggol Paya Berenjut. MB sebut perlu bersabar ini ujian.

Isu makanan tak cukup langsung tak timbul. Mangsa (orang-orang PAS) yg malas masak. 



 
Bantuan cuma lewat sampai kerana petugas bomba, polis, pej daerah juga mangsa banjir. JKKK main peranan walaupun rumah dan kereta ditenggelami banjir. Ada JKKK yg warga emas sanggup kayuh sampan bawa mangsa...

Org kampung saling bekerjasama bantu membantu sehinggalah pasukan unit amal p*ki*** yang datang dgn 4x4 dan bawa bot fiber halang lalulintas...

Bantuan polis dan agensi lain 300%. Anggota polis harung air untuk bertugas. Bot pejabat daerah bawa pertugas perubatan, ADO dan makanan karam di Sg Pinang hanya bergantung di tali bot selama setengah jam hingga di bantu rakan yg lain. 

Saya bertugas DCC banjir. Respon oleh semua agensi tip top kecuali pada permulaan ekoran mangsa berpindah serentak. 

Contohnya di Bandar Baru Bukit Mentok, penduduk 1,500 orang bot hanya ada lk 50 buah untuk seluruh Kemaman. 


Mangsa juga sombong dan terlalu manja. Kawasan Mak Cili terdiri dari golongan berada tak mahu pindah awal konon rumah dua tingkat dan banjir tak besar. Bila air dah tinggi TNB potong api semua panik. Talian telefon hancur.

Sepatutnya mangsa juga perlu berdikari dan beli la makanan yg sedap...stok makanan mangsa banjir ialah beras, gula, kopi, susu dan wajib ada sardin.
 

Selepas lawatan TPM di Sekolah Menengah Banggol, MB pergi ke Giant beli semua jenis susu tepung bayi ekoran permintaan seorang ibu yg keputusan bekalan susu. MB masuk semula ke Sekolah Menengah Banggol walaupun lutut dia masih sakit.


Barangan di kedai memang kurang sebab byk jalan utama Kemaman - Kuantan terputus. Petrol bukan tiada, tetapi tak boleh pump sebab elektrik terpaksa dipotong bagi elak renjatan.
 
P*k*m*k yg upload isu ini memang anjing PR yg suka menyalak dan menjilat. Maaf tuan2 hati tgh panas walau baru naik dari air hantar makanan. 

Terima kasih. 


Monday, 24 December 2012

AMARAN !!!!!! Bagi Penduduk Pantai Timur.

Gambar hiasan.
Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Di Kelantan, Terengganu Dan Pahang.


KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada Isnin.

Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh serta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan di sini.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning di beberapa kawasan di Pahang seperti daerah Jerantut, Maran dan Bera serta beberapa daerah di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka akan mengalami hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sehingga Rabu ini.

Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut kenyataan itu.

Portal JMM pula menyatakan beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang manakala hujan sementara dijangka berlaku di Kudat dan Tawau, Sabah.

Amaran peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam, amaran peringkat jingga ialah hujan monsun sederhana yang berlaku untuk beberapa jam dan amaran peringkat merah pula ialah hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.