Showing posts with label info tempatan. Show all posts
Showing posts with label info tempatan. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Suspek Dikehendaki @PDRMsia Kerana Bolos Dari Lokap . #rakyatnews #1Malaysia


Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat :-

Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585.

Anggota Polis Ditahan Dipercayai Bebaskan Tahanan Lokap

Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.

"Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula Selasa, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Rabu.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap.

Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek.

Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah.

BERNAMA.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 23 January 2013

Penternak Kambing Menawarkan Haiwan Itu Dengan Harga RM1 Seekor Untuk Bayi Yang Dilahirkan Pada Hari Lahir Nabi Muhammad (SAW) #1Malaysia @inspirasiislami


Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital awam negeri Johor sahaja.

 Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.

“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.

Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.

Friday, 11 January 2013

Gempar : sentiasa berwaspada ketika di stesen minyak

gambar hiasan


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Klik Button "Share" jika anda rasa info ini berguna


sumber dari FB FP mohonshare

Tuesday, 8 January 2013

Hacker Ditangkap setelah Hidup Mewah dari ketika usia 20 tahun.



BANGKOK - Seorang penggodam komputer warga Algeria yang diburu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana mencuri berjuta-juta dolar dari beberapa buah bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai kehidupan mewahnya ditangkap di sini, kata polis Thailand semalam.
Lelaki tersebut, Hamza Bendelladj kelihatan tenang walaupun mengetahui bahawa dia bakal diekstradisi ke AS.
"Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan wang tersebut, dia menjawab wang itu digunakan untuk melancong dan menjalani kehidupan mewah seperti menaiki penerbangan kelas pertama serta tinggal di kediaman mewah," kata Ketua Polis Imigresen, Phanu Kerdlabphol.
Menurutnya, pihak FBI menjejaki graduan sains komputer itu selama tiga tahun selepas dia mula menggodam bank-bank AS ketika berusia 20 tahun.
"Dia telah menggodam komputer beberapa buah bank AS dan pernah mencuri transaksi berjumlah AS$10 juta (RM30.4 juta) dari sebuah bank," tambah ketua polis tersebut.
Pemuda itu ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini kelmarin selepas dia tiba dari Malaysia untuk menyambung penerbangan ke Kaherah. - AFP

Thursday, 3 January 2013

Tiada had harga telefon pintar untuk rebat RM200 @NajibRazak #1malaysia



KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut semalam.

Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

Menurutnya, pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Tinjauan di laman web PKB di https://komunikasibelia.skmm.gov.my semalam mendapati hampir 8,000 belia telah mendaftar untuk mendapatkan rebat tersebut.

Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam reaksi segera semalam menyambut baik keputusan kerajaan melonggarkan syarat pembelian telefon di bawah skim itu.

Naib Presidennya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keputusan itu membuktikan kerajaan telah mendengar dan memenuhi kehendak golongan muda.

"Kelonggaran itu bermakna generasi muda ada lebih banyak pilihan model telefon pintar untuk dibeli.

"Namun MBM sekadar mengingatkan mereka membeli mengikut kemampuan dan elak daripada pembaziran," katanya.

Menurutnya, pemilikan telefon pintar 3G membabitkan kos lebih tinggi seperti bayaran bulanan untuk pakej jalur lebar mudah alih dan sebagainya.

sumber- Kosmo

Thursday, 20 December 2012

[INFO TEKINI ] Kes Gaduh Di Sungai Petani : 36 Ditahan Terlibat .



ALOR SETAR: Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.
Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapayang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya padasidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini Khamis.
Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blogdan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Mudaterutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkanmaklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.
Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawabmenyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.
Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yangbetul kepada masyarakat setempat.
Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak mudadan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.
Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.
"Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberikerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepatdalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apafakta," katanya.
Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segeramenghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dansensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugatketenteraman awam.
Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.
"Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal,masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuilatau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad. BERNAMA

Monday, 17 December 2012

MELATAH !!! SEBUAH DOKUMENTARI DARI #UITM LENDU. @datosahol



Pemenang dokumentari terbaik festival Filam dan Video Pelajar Malaysia ke-8. Mari lihat! Dihasilkan oleh Aznam Anuar Ameera Syaerah, Naim Yusoff, Izyan Liyana, Saidati Adha, Hafiz Kamaruzaman, Nora Nabila, Syahirah Jamaludin, Nurul Nabila Huda dari UITM Lendu Melaka.


Sumber @SayaAzhar:

Sunday, 16 December 2012

Panas !!! Gambar "Panas" Ibrahim Ali tersebar.#Perkasa

 Nak tengok tak Gambar Presiden PERKASA yang paling "Comel" semasa Belia.


 GAMBAR IBRAHIM ALI SEMASA MUDA BELIA


Datuk Paduka Ibrahim Ali adalah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari jajahan Pasir MasKelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa.
Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir PekanTumpatKelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. Ada ramai keturunan Siam di sekitar kampungnya. Menurut sejarah, Pattani , Songkhla , dan Narathiwat dimiliki oleh kerajaan Kelantan sebelum diberikan kepada Thailand selepas perang. Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi siam.
Reputasi dan kredibiliti Ibrahim Ali terjejas selepas gagal menghadiri Perhimpunan Bersih 2011 pada 9 Julai 2011 walaupun sebelum itu telah mengugut untuk membawa rombongan seramai 15 ribu ahli Perkasa untuk melawan peserta perhimpunan Bersih. Beliau juga telah menasihat kaum Cina supaya menyimpan bekalan makanan dengan berkata "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan". Mysinchew.com kemudian melaporkan bahawa beliau mengancam orang-orang Cina. Setelah ucapan demi ucapan berapi-api yang diberikan beliau, beliau tidak pula muncul pada hari yang dijanjikan. Setelah dihubungi media, beliau mendakwa yang beliau tidak sihat serta sebelum itu, tidak mendapat kebenaran isterinya.


Laporan asal Twitter @FadiahNadwa