Showing posts with label pas kedah. Show all posts
Showing posts with label pas kedah. Show all posts

Friday, 2 May 2014

VIDEO !! Tokoh Pendakwah Kedah bantu beri penerangan Berkenaan GST . #BantahGST #HanyaDiKedah






 Realiti yang berlaku semalam semasa perhimpunan #BantahGST. 


Anugerah Tokoh Pendakwah Kedah oleh Sultan Kedah 



Sunday, 2 June 2013

Terkini !! berkenaan Kejutan diterima bekas MB Azizan Razak #HanyaDiKedah.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.

Isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah berkata, ini kerana Azizan perlu berehat panjang dan lebih banyak tidur selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.

"Saya dikejutkan dengan berita ini menerusi panggilan telefon rakan-rakan yang ucapkan tahniah," katanya, sambil ucap jutaan terima kasih kepada Tuanku Abdul Halim.

"Saya terharu kerana jasa dan pengorbanan Azizan dihargai pihak istana yang mengurniakan gelaran Tan Sri. Ini menunjukkan Azizan tetap diingati ramai pihak walaupun sakit dan tidak lagi menjadi menteri besar," katanya.

Menurutnya, penghargaan ini menunjukkan ramai pihak menyenangi kepimpinan Azizan, termasuk pendekatan beliau dalam menerajui Kedah selama lima tahun lalu.

"Azizan memang mesra dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Beliau selalu bincang isu rakyat dengan pemimpin setempat walaupun tidak sealiran dalam politik," katanya.

Bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan adalah penerima pertama dari kalangan pemimpin Pas.

"Dijangka Azizan akan mendapat khabar gembira ini apabila dimaklumkan oleh isteri beliau, esok (hari ini) selepas beliau lebih segar. Beliau masih letih setelah rawatan dialisis buah pinggang," katanya.

Azizan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.(Sumber)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 21 February 2013

Azizan Razak sudah tahu siapa dalang disebalik protes 11 DUN. #TukarKedah @1malaysia

Penentangan dan gerakan yang mahu melihat karear politik AZIZAN RAZAK selaku Menteri Besar Kedah dan juga Pesuruhjaya PAS negeri kedah suda sampai kekemuncaknya. Mungkin semua sudah sedia maklum, siapa dalang disebalik gerakan ini.... 


Sebahagian ahli PAS mengadakan demonstrasi mendesak Azizan melepaskan jawatan di Markas PAS, Kota Sarang Semut, dekat Yan, semalam. - Foto Lim Poh Chin
Sebahagian ahli PAS mengadakan demonstrasi mendesak Azizan
 melepaskan jawatan di Markas PAS, Kota Sarang Semut, dekat Yan, semalam.

 BH

11 kawasan desak Menteri Besar lepas jawatan kerajaan, parti



Yan: Kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi dipertikaikan, kali ini membabitkan ahli 11 daripada 15 PAS kawasan mahu beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS negeri.

Desakan disuarakan oleh kira-kira 50 ahli PAS yang sebahagian besarnya Ketua Unit Peti Undi (UPU) kerana mendakwa Azizan gagal mentadbir dan menyelesaikan kemelut dalam demonstrasi aman ketika mesyuarat khas Dewan Ulama PAS negeri, di Markas PAS di Kota Sarang Semut, dekat sini semalam. Kumpulan itu mendakwa mereka ahli dari 11 kawasan PAS, terutama Jerai dan Jerlun.

Tolak kepimpinan Azizan

Seorang daripada mereka Asri Ahmad, yang juta Ketua UPU cawangan Megat Dewa di Jerlun, mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada penyokong PAS di Kedah menolak kepimpinan Azizan
.

Apa-apapun kali ini tamparan hebat buat Azizan Razak bagi menghadapi kehadiran PRU13 ini. Pasti musuh yang paling hebat bukanya datang dari pihak UMNO/BN tetapi dari Kem PAS itu sendiri. Sekiranya Azizan Razak tidak dapat mengenali "musuh dalam selimut" yang selama ini mengatur serta menyusun pelbagai strategik yang boleh menumbangkan parti itu sendiri. 


Gerakan "menjatuhkan" Azizan Razak memang sudah di rancang... Korang mesti dapat agak kan siapa "mastermine" tu...... sebelum ini pun "dia" pernah berperang dengan Azizan Razak.

Monday, 4 February 2013

Gempar !!! Azizan Razak bakal adakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO #BuburDunKedah #IM4U


Apakah Azizan Razak sengaja mengundang tindakan Majlis Syura ?


Kesangguppan MB Kedah untuk turun ke Program yang di anjurkan oleh PM dan kerjaan Persekutuan  menjadi tanparan hebat kepada Puak PAS. Jika diamati, samalah dengan    isu pemecatan Ustaz Hassan Ali dan juga Ustaz Nasha yaang menyertai program Kerajaan Persekutuan.



Tindaka Azizan Razak turun di kencam hebat "penganut" syiah Khalid Mohd Ismath yang juga penyokong tegar Mat Sabu. Ini merupakan "peluru" yang akan digunakan oleh "geng sabu" dan juga "geng  IR Pharorazi" untuk menjahanamkan karier Azizan Razak sebgai MB dan juga Pesuruhjaya PAS.

Thursday, 17 January 2013

Soal Jawab agama bersama Rektok #KUIN Jamil ceramah perdana di Kuala Ketil. Semua staf KUIN di jemput Hadir. #TukarKedah.


Rektor KUIN jamil dipanggil memberi ceramah agama, sedangkan apa berlaku dan sedang bergolak berkenaan dengan KUIN pun si polan ni tak dapat 'handle'. Aduhai jamil !! Watak yang kau main memang sebijik macam watak dalam filem madu 4.

Jamil-jamil, masa kau kat pentas ceramah agama, aku harapkan ada la... Soalan terbaik untuk kau jawab. Jangan nak lari pulak kahhhhh-kahhhhh...

Ok... terkini Jamil akan berada di cerama pedana di, Taman Bidara, Kuala Ketil, Baling. Pada 19 Jan 2013.
Jam 9.00 malam.

Dari sumber yang di laporkan oleh blog berita KUIN, Memang benar kata ramai kakitangan KUIN bahawa Jamil menjalankan pemerintahan ala Hitler. Jika kebajikan kakitangan diabaikan , kini giliran pelajar pula.

Pelajar kampus Stargate diarhkan berpindah ke kampus Kuala Ketil walaupun belum mendapat kebenaran operasi daripada pihak Kementerian Pengajina Tinggi kini dalam dilema.

banyak email pelajar telah dihantar kepada pihak admin mengadu nasib mereka di Kuala Ketil.

Antara aduan mereka :

- KUIN langsung tidak membuat taklimat menyeluruh tentang proses perpindahan kepada pelajar terutamanya yang berkaitan penginapan dan asrama....

- Mereka terpaksa menyewa rumah yang lebih mahal daripada Taman Wira gara-gara buat kampus tetapi tida disediakan asrama

- Keselamatan pelajar siswi yang menyewa rumah amat membimbangkan , apatahlagi dengan isu gensterisme yang belum selesai.

- Pelajar seolah-oleh dibiarkan begitu sahaja tanpa dibantu untuk mendapatkan asrama sedangkan pada tahun lepas janji manis mengatakan , masalah asrama di KUIN Alor Setar akan selesai setelah berpindah ke Kuala Ketil... namun semuanaya hanyalah janji manis ..

P/S : Layak kah Jamil 'pembohong' berada di pentas ceramah perdana.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 28 December 2012

'Abang Jamil' memang cekap menipu macam dalam filem Madu 3 #TukarKedah


Hebat !! Begitulah watak Jamil dalam filem Madu tiga. Lakonan Allhyarham P Ramli. Habat memutar belit serta pandai menipu, mencari helah untuk berkahwin.
Macam juga si Jamil memang kaki putar dan penipu. Jamil mungkin rasa bangga kerana kononnya dapat anugerah di Qotar. Kalau orang Qotar tahu perangai Jamil yang sebenar mungkin langsung tak mau tengok muka Jamil macam kami kakitangan KUIN . 
Jamil palsu memang pandai tipu sehingga mahkamah tinggi pun dia boleh tipu, takat pak Arab Qatar  biasa jer lah.
Jamil mungkin akan dapat satu lagi anugerah dalam tahun 2013 yang akan diberikan oleh rakyat Malaysia.


ISU IJAZAH QURANKUIN TAK DIIKTIRAF , NASIB 7 GRADUAN KUIN DAPAT PERHATIAN NAJIB



Tujuh graduan Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat terbabit menerima ijazah pada konvokesyen Kuin Oktober lepas dalam dilema kerana tidak diterima dalam sektor kerajaan apabila ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA.

Shamsul Bahar berkata GPMS Kedah yakin dengan keprihatinan dan bantuan Perdana Menteri, polemik isu ini dapat diselesaikan dan pihaknya juga bersedia membawa pelajar berkenaan menemui Najib.
Wakil graduan berkenaan yang hadir pada sidang akhbar itu tetapi enggan namanya disiarkan berkata pengurusan fakulti tidak jujur dan ikhlas apabila memanggil beliau seorang sahaja untuk menerangkan ijazah mereka tidak mendapat pengiktirafan MQA selepas majlis konvokesyen selesai.
"Sepatutnya kami (semua lelaki) yang merupakan kumpulan pertama berjayamenamatkan pengajian dengan jayanya dipanggil, bukan saya seorang.
"Sekarang lebih jelas apabila saya dimaklumkan pihak pengurusan bahawapeluang ijazah kami untuk mendapat pengiktirafan MQA adalah 50-50 kerana adapensyarah tidak berkelayakan mengajar kami.
"Saya juga dimaklumkan proses permohonan untuk mendapat pengiktirafan itu yang dibuat oleh pengurusan fakulti sejak bulan lepas mengambil masa kira-kira tujuh bulan lagi," katanya dengan nada pilu.

Beliau berkata rakan-rakannya kini ada bekerja dengan pihak swasta, menjaditenaga pengajar di Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, menjadi pemandu teksi diKuala Lumpur dan bekerja kedai serbaneka untuk meneruskan kehidupan mereka. 
Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Monday, 8 October 2012

Lucah Terbuka 24jam !! MAJLIS PERBANDARAN DAERAH KULIM tak wat KERJA ke ? #TukarKedah


Depan Kedai

Terima kasih [MC] Kedah Ke KL  kerana tolong Update Kisah Lambakan DVD/VCD lucah di Pekan Kulim, Kedah. Apalah daya KK TANPA SOKONGAN TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN untuk BERJUANG seorang Diri, sudah menjadi Tanggungjwab  KK  sebagai  RAKYAT MALAYSIA yang sayangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA.Walaupun hanya secebis mahupun setitik sahaja INFO ini, apa yang KK bongkarkan melalui pertolongan Troopers KK . Moga ada tindakkan serta TINDAK BALAS dari Pihak yang berkenaan.

Sebuah kedai DVD lucah yang beroperasi secara terbuka di bandar Kulim. Kedai DVD ni, di buka 24 jam, ia sangat terkenal di bandar Kulim ni, malah sangat terkenal di kalangan pengemar DVD lucah sebagai kedai "24 jam". Bak kata orang, nak DVD lucah apa pun boleh cari kat sini.

Lokasinya, di area simpang 4, Taman Selasih, Kulim. Untuk rujukan, kedai tu terletak, di belakang KFC (dulu kat situ ada bank RHB bank). Malah kedai DVD tu berdekatan dengan Pusat Karaoke Gemilang. Kedudukannya agak terbuka, dan bukan tersembunyi. Malah penggemar DVD lucah, boleh masuk pilih diruang khas hampir 500 jenis DVD/VCD di pamerkan. Banyak tuu.. 500 jenis DVD lucah wooii!!


Kedai DVD ni juga menjual DVD/VCD cetak rompak yang lain. Melayu ada, omputih ada, jepun ada, cina ada dan pelbagai DVD lain. Kiranya penjualan kedai DVD ni seolah-olah berlesen. Kedai DVD original pun tak berani jual DVD lucah. Tapi kedai ni jual DVD lucah secara terang-terangan. Apakah kedai DVD ni ada 'lesen besar' untuk menghalalkan perniagaannya?

Sebuah kedai DVD cetak rompak yang beroperasi 24jam, dan menjual DVD lucah secara terbuka. Boleh beroperasi tanpa gangguan dari pihak berkuasa. Pelik kan? Berapa banyak 'wang' yang disedekahkan kepada 'kepala' penguatkuasa untuk mendapat 'lesen besar' berkenaan?

MPK tidur ka? tak buat kerja ka? atau dah kenyang makan duit?

Ahli Majlis penuh dengan puak Pas. Puak ni yang dok komplain pasal UMNO/BN dulu, tapi bila duduk atas kerusi empuk ahli majlis, puak ni lagi teruk dari UMNO dulu. Haram apa satu kerja pun tak buat. Sampaikan kedai DVD lucah pun boleh buka sesuka hati serupa ada lesen lagi.

Lepas Pas Kedah jahanamkan Sungai Petani dan Alor Setar, kini mereka nak bawa maksiat datang ke Kulim pulak.. ohh.. jahanamlah negeriku yang tercinta ni.

Oitt!! Rakyat Kedah, sampai bila nak tengok benda ni berterusan? Takkan nak biar puak Pas ni buat suka hati mak bapak depa saja? Tak reti-reti nak kaleh kerajaan negeri?

Inilah malaikat yang tak dikenali, depan malaikat, belakang rupanya syaitan besar!!.