Showing posts with label prktelukintan. Show all posts
Showing posts with label prktelukintan. Show all posts

Sunday, 1 June 2014

Ishhh !! "Jangan Ganggu hidup keluarga @dyanasmd " #PRKTelukIntan


Tekanan yang dihadapi @dyanasmd bersama ibu Yammy Abdul Samat amat hebat sekali. Mengharapkan anaknya Dyana menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan sehinggakan memaksa yummy mengambil keputusan meninggalkan Pribumi Perkasa. Beliau memberi alasan Perkasa sudah lari dari landasan asal dan kini lebih mirip parti politik... tetapi bukan kah Umno juga parti politik. 


Agak nya bila beliau akan meninggalkan Umno pula ? 



Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .Blogger Desak #UMNO Pecat Ibu Dyana 

" U' i Takkan Tewas, I Masih Power U" @dyanasmd #PRKTelukIntan


"aahhhh semua itu karut dan ada sesuatu yang pelik dan tersirat, bagaimana semua ini boleh terjadi sebaliknya...


BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberiadvantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar.



Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.

Dipetik daripada sini

Saturday, 31 May 2014

Tahniah #BarisanNasional Menang di #PRKTelukIntan . @dapmalaysia @dyanasmd




Keputusan Pilihan Raya Kecil, PRK Teluk Intan.

DAP mempertaruhkan calon Melayu, Dyana Sofya manakala BN menampilkan Datuk Mah Sew Keong.

Keputusan tidak rasmi, BN meraih 20,157, Dyana, 199,19.

Beza, 238 undi.

Friday, 23 May 2014

@dyanasmd YANG KEHAUSAN ASAL BARANG JADI DUIT DAN KUASA @limkitsiang #PRKTelukIntan


Mampukah melayu bertahan... atau layu dek kerana hutang budi di balas budi...

Berapa ramai pemimpin DAP yang telah berjaya mereka Islamkan hasil dakwah pemimpin  PAS ? sekarang ini Orang melayu yang mungkin di pesong untuk menyong DAP..(GAMBAR HIASAN)



Di Teluk Intan,  Dyana Sofya. Dia pun sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina. Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.


Mungkin Dyana Sofya belajar dan pengetahuan tinggi tetapi apabila ditanya oleh wartawan dua soalan mudah "adakah kamu bersedia kalau terjadi pada Tunku Aziz akan terkena pada kamu" dan "apa yang terjadi pada Tunku Aziz ?" 

Tuesday, 20 May 2014

Panas !! (UiTM) UNTUK ISLAM TANAH MELAYU. #PRKTelukIntan #Dayana @datosahol


Malang UMNO, malanglah Melayu. Malang Melayu, malanglah Islam. Tangisan tidak lagi berguna, air mata tidak lagi berharga, anak cucu Melayu akan diperguna, akhirnya dibakul sampahkan selepas tiada berharga.

Hidup adalah satu perlumbaan, yang bijak mengatasi yang pandai, yang kurang pandai mengatasi yang kurang bernasib baik.

Warkah Terbuka dari Senior Dyana

"Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana..

Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu.

Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya.

Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu..

Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain.

Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu.

Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya.

Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "ladang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita.

Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri.

Deen Qassim
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam

Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

Thursday, 15 May 2014

#PRKTelukIntan Dyana Sofea Jadi Mangsa Kerakusan Pemimpin @dap ?




Dyana Sofea Mohd Daud, anak kelahiran Perak berbangga dapat berkhidmat untuk memastikan kemenangan calon DAP di Gelang Patah sekaligus berusaha mendekati pengundi Melayu yang membentuk 34 peratus saiz pengundi berdaftar.

Ketika ditemubual The Malaysian Insider baru-baru ini, Dyana, seorang peguam di ibu negara berkata peranannya amat penting bagi membantu DAP memasuki kawasan majoriti Melayu terutamanya di kawasan perkampungan, dan juga kawasan Melayu separa bandar.

"Salah satu peranan saya adalah memasuki kawasan Melayu dan menerangkan bahawa DAP sebenarnya ok.

"DAP bukanlah anti Melayu, anti Islam, mereka berjuang untuk apa yang kita percaya," katanya kepada The Malaysian Insider.



"Saya tidak merasakan bahawa saya sahaja satu-satunya Melayu di sini," kata Dyana, 26, yang bekerjasama di Bilik Gerakan DAP Gelang Patah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini di samping rakan-rakan kaum Cinanya.

"Kami berkongsi nilai, makanan dan kehidupan yang sama di negara ini. Kenapa kita tidak boleh bekerja bersama-sama," katanya.

Antara strategi yang dilakukan Dyana adalah berkempen ke pasar dan juga mengetuk pintu ke pintu di kawasan perumahan Melayu bagi mempromosikan Pakatan Rakyat (PR) kepada penduduk setempat.

Jelasnya yang turut bercuti tanpa gaji selama sebulan, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah seorang lelaki berumur menghampirinya ketika berkempen dan berkata:"Nanti kita kuburkan Kit Siang."

Bekas penuntut Universiti Tekonologi MARA (UiTM) itu bagaimanapun mengkaui persepsi DAP sebagai parti Cina masih lagi bermain di fikiran komuniti Melayu.


"Selepas 55 tahun mengalami "brainwash" stigma itu masih ada ... kami sedang berusaha untuk memecahkannya, dan ia sangat sukar.

Beliau turut mengakui, ibunya adalah orang kuat Umno, begitu juga rakan kongsi firma guaman yang diusahakannya, namun atas sikap profesionalisme, mereka mengetepikan pandangan politik dan boleh bekerjasama.

"Rakan kongsi saya turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dan Umno ... Ibu saya tidak menghalang apa yang saya lakukan, bahkan kadang-kala kami berkongsi pengalaman," katanya lagi.

M.....MELAYU memang mudah lupa. Mengundi DAP sama dengan mencucuk diri sendiri dengan senjata tajam. DAP mungkin cuba akan memberikan alasan kononnya mereka tidak mengamalkan perkauman... padahal 13 Mei 1969 merupaka tragedi yang tak akan MELAYU lupakan...