Thursday, 15 May 2014

#PRKTelukIntan Dyana Sofea Jadi Mangsa Kerakusan Pemimpin @dap ?




Dyana Sofea Mohd Daud, anak kelahiran Perak berbangga dapat berkhidmat untuk memastikan kemenangan calon DAP di Gelang Patah sekaligus berusaha mendekati pengundi Melayu yang membentuk 34 peratus saiz pengundi berdaftar.

Ketika ditemubual The Malaysian Insider baru-baru ini, Dyana, seorang peguam di ibu negara berkata peranannya amat penting bagi membantu DAP memasuki kawasan majoriti Melayu terutamanya di kawasan perkampungan, dan juga kawasan Melayu separa bandar.

"Salah satu peranan saya adalah memasuki kawasan Melayu dan menerangkan bahawa DAP sebenarnya ok.

"DAP bukanlah anti Melayu, anti Islam, mereka berjuang untuk apa yang kita percaya," katanya kepada The Malaysian Insider.



"Saya tidak merasakan bahawa saya sahaja satu-satunya Melayu di sini," kata Dyana, 26, yang bekerjasama di Bilik Gerakan DAP Gelang Patah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini di samping rakan-rakan kaum Cinanya.

"Kami berkongsi nilai, makanan dan kehidupan yang sama di negara ini. Kenapa kita tidak boleh bekerja bersama-sama," katanya.

Antara strategi yang dilakukan Dyana adalah berkempen ke pasar dan juga mengetuk pintu ke pintu di kawasan perumahan Melayu bagi mempromosikan Pakatan Rakyat (PR) kepada penduduk setempat.

Jelasnya yang turut bercuti tanpa gaji selama sebulan, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah seorang lelaki berumur menghampirinya ketika berkempen dan berkata:"Nanti kita kuburkan Kit Siang."

Bekas penuntut Universiti Tekonologi MARA (UiTM) itu bagaimanapun mengkaui persepsi DAP sebagai parti Cina masih lagi bermain di fikiran komuniti Melayu.


"Selepas 55 tahun mengalami "brainwash" stigma itu masih ada ... kami sedang berusaha untuk memecahkannya, dan ia sangat sukar.

Beliau turut mengakui, ibunya adalah orang kuat Umno, begitu juga rakan kongsi firma guaman yang diusahakannya, namun atas sikap profesionalisme, mereka mengetepikan pandangan politik dan boleh bekerjasama.

"Rakan kongsi saya turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dan Umno ... Ibu saya tidak menghalang apa yang saya lakukan, bahkan kadang-kala kami berkongsi pengalaman," katanya lagi.

M.....MELAYU memang mudah lupa. Mengundi DAP sama dengan mencucuk diri sendiri dengan senjata tajam. DAP mungkin cuba akan memberikan alasan kononnya mereka tidak mengamalkan perkauman... padahal 13 Mei 1969 merupaka tragedi yang tak akan MELAYU lupakan...


1 comment:

  1. dyana sendiri pun hanya mampu masuk uitm. Ramai lagi melayu yg lebih pandai dan hebat dari si dyana ni. Imagne kalau tak kerana dia tu melayu agak2 nya uitm pun tak bleh masuk. Dia ingat anak cucu dia boleh compete ker dgn bangsa cina yg kita tau memamng monopoli ke mana saja mereka pergi. cina dapat hidup di negara ni sebab Dalam islam at least kita tak dapat menindas bangsa lain kerana berdosa. Kalau bukan islam berkuasa dyana ni iingat anak cucu dia boleh survive ke? Melayu lain yg lebih hebat dan skillfull boleh hidup dimana saja termasuk luar negara. Kalau setakat si budak uitm perasan ni...cucu cicit dia Survive dalam museum melayu macam di singapura je lah jawabnyaaaa.

    ReplyDelete