Saturday 24 May 2014

"DNA BABi DALAM COKLAT SUSU CADBURY DAIRY MILK' @dsjamilkhir @JakimOfficial @PPIM4U


BENARLAH apa yang tersebar alam media sosial mengenai DNA babi terdapat dalam Coklat Cadbury.


Pengguna muslim terutamanya kini berasa was - was untuk menggunakan atau memakan produk coklat milik syarikat Cadbury berikutan tersebarnya salinan laporan ujian makmal yang mendakwa produk tersebut tercemar dengan bahan Porcein ( DNA Babi) .

Jakim adakan mesyuarat tergempar


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.


Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini."

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.


JAKIM.

Sumber

No comments:

Post a Comment