Sunday 11 May 2014

" Muslimah Bertudung Labuh Sebagai Pelacur Kelas Atasan" @inspirasiislami



Panas !! di Alam Maya, Media sosial hangat berhubung Isu Muslimah ini. (GAMBAR HIASAN) Apa tidak seorang bekas mufti pun terlibat sama.. di bawah kenyataan Bekas Musfti tersebut yang membidas tuduhan Abu Amru...

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku. "Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu. Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.- Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin 



Menjawab Isu Analogi Muslimah Yang Menjadi Demonstran Seumpama Pelacur. 

Bismillahhirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kebebasan Bersuara Dalam Prinsip Demokrasi

Analogi dalam facebook saya dilihat menjadi sebuah isu peringkat nasional. Dikomentari oleh Dr Maza, Wan Azizah dan banyak lagi. Isu ini mula hangat apabila Mantan Mufti Perlis mengkritik dalam akhbar maya, Malaysia Insider dan kemudiaan tabloid Harakah pun menyiarkan kembali. Sebenarnya ada dua alanogi yang telah saya cipta khusus untuk para demonstran yang turun membantah kerajaan pada 1 Mei 2014 berkenaan cukai GST.






Kesimpulan


Sesungguhnya analogi yang saya lakukan itu memiliki dasar pada sisi manhaj, kemudian didokong oleh dalil naqli serta petunjuk para sahabat. Juga perbuatan demonstrasi bukanlah akhlak Islami serta ia adalah maksiat disamping keluarnya kaum wanita telah mencemarkan maruah mereka dan maruah keluarga mereka.

Dalam akal budi melayu, terlalu banyak perumpamaan yang dilihat kasar dan kesat, namun para budayawan bangsa ini menerima apa adanya. Para pembangkang termasuk Dr Maza akhirnya menggunakan alasan akal budi Melayu iaitu ‘bahasa kesat’ sebagai tameng membantah analogi ini.

Mereka tidak akan mampu menjawab pada sisi dalil naqli tetapi meruntun kepada isu emosi semata-mata. Walhal dalam masa yang sama mereka adalah golongan manusia yang suka mencela dan mencaci kerajaan. Inilah salah satu keajaiban yang dimiliki oleh Dr Maza dan pembangkang secara umumnya.

Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman

No comments:

Post a Comment