Tuesday 13 May 2014

GEMPAR !! BEKAS MB TERANGGANU TEMUI HJ HADI REALISASIKAN KERAJAAN PERPADUAN " @NajibRazak



Sejak dari semalam.. Pelbagai andaian dan tekaan serta analisis yang di lontarkan di laman Sosial berkenaan dengan kedudukan politik terkini di Negeri Terangganu. 

Congakan dan pengiraan ilmu hisab dilakukan untuk mengetahui parti mana dan siapa akan menerajui pemerintahan di terangganu ini. walhal pada awal ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman di dilantik bagi mengantikan ADUN Kijal Ahmad Said.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.
[ APALAH !! KES ANAK NAK NIKAH JER...SAMPAI BOLEH TERGADAI SEBUAH NEGERI ] 

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.


Apa pun.. KK harap akan berlaku suatu keajaiban berhubung kedudukan pentadbiran di Terangganu nanti.. APAKAH IMPIAN YANG UMAT ISLAM yang selama ini diharapkan akan tercapai.. APAKAH episod akan akan berlaku Kerajaan perpaduan diantara UMNO DAN PAS dapat direalisasiakan.....

No comments:

Post a Comment