Tuesday 13 May 2014

PANAS !! MB PAS Bakal Terajui Pentadbiran Negeri Terangganu ? @NajibRazak



Tentu PAS Terengganu suka, sebab jika Mat Said masuk PAS. Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.(Gambar Hiasan)

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Jika mereka menyokong Pas. Kemungkinan besar Pas akan berkuasa di Terengganu esok. Malah diberitahu ada 3 Adun UMNO akan keluar parti dan istihar bebas. Apa BN boleh buat? Adalah bubar DUN dan adakan PRN!!

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said telah meletakan jawatan dan diganti dengan ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

Memanglah tiada salahnya dan merupakan hak Najib untuk menukar mana-mana Menteri Besar atau pemimpin lain yang dikehendaki- nya. Beliau boleh menukarnya dengan apa saja alasan atau tanpa alasan sekali pun. Itulah kelebihan sebagai Perdana Menteri.

KK berpendapat akan ada kisah lompat melompat seperti yang berlaku pada Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment