Saturday 10 May 2014

Melampau !! Ustaz Bengang Ditegur, Ludah DalamMulut Pelajar. @inspirasiislami


Kejadian tersebut dikongsikan di akaun Facebook Oh! Media menerusi satu salinan laporan polis yang dibuat oleh penjaga mangsa.


GARA-GARA ditegur oleh seorang murid darjah tiga kerana meludah di tingkap, seorang ustaz bertindak meludah ke dalam mulut murid tersebut.

Menurut pengadu, anaknya kemudian balik ke rumah dalam keadaan menangis. Kejadian itu turut disaksikan oleh murid-murid lain.

Sebelum ini, beberapa kes hukuman yang tidak masuk akal oleh beberapa guru kepada pelajar pernah dilaporkan oleh media tempatan. Ia termasuklah mengarahkan pelajar makan rumput, menghentak kepala ke meja dan merotan muka pelajar.

Diharap selepas ini, tiada lagi hukuman keterlaluan dikenakan terhadap pelajar oleh segelintir guru kerana secara tidak langsung ia akan merosakkan nama baik golongan pendidik di negara kita.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment