Tuesday, 4 March 2014

SAYU !! PENUNGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MUAT NAIK STATUS DI #FBSEOLAH DUGA AJAL TIBA.


Status Arwah Mohd Anis sehari sebelum
kemalangan itu seakan-akan seperti petanda kedatangan ajalnya. Beliau merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Jabatan Imegresen, Alor Setar, Bahagian Forensik bersama-sama UPP di Sempadan Bukit Kayu Hitam.

" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin
esok orang lain yang akan memandikan aku.
Hari ini aku bahagia bersama orang di
sekelilingku, mungkin esok aku akan
bersendirian di sana. Andai kata hari hari
terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah
salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya 
aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.
" Tengku Joe.





KAU SATU DALAM SEJUTA : LELAKI ISLAM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PADERI KRISTIAN. @UMonline

Biskop Katholik Paul Tan Chee Ing (kanan) berkata, kenyataan itu menunjukkan standard luar biasa bagi seorang ahli politik Malaysia, lebih-lebih lagi memandangkan beliau sendiri seorang Islam.

Inilah akibat apabila nafsu mengusai !!


Monday, 3 March 2014

Pemimpin politik ditangkap khalwat ?



Jika benar seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berhubung penahanan Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi. ( gambar hiasan)
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam. 
Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju-T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik. 

Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan.


Siapakah geranganya... Mungkinkah ini "kifarah" yang diterima oleh oleh akibat perbuatanya sendiri.Apa-apa pun darimana "lubuknya" sekiranya "dipolan" didapati bersalah. perlulah menerima hukuman yang setimpal....

Sunday, 2 March 2014

"Maaf Jika Ini Menganggu Hari Mu....., Cinta akhirat adalah cinta yang sebenar-benarnya cinta.." #TentangDia

 

Terkadang kamu tak menyadari betapa berertinya seseorang dalam hidupmu hingga mereka meninggalkanmu, dan kamu merindukannya...
Kau yang ku sebut didalam doaku, kau yang menjadi makmum di hidupku.. kehadiranmu menyempurnakan imanku.... tanpanama

5 Fakta Dalam Menjalinkan Persahabatan Di Alam Maya |

Membina persahabatan di alam maya kini bukanlah satu fenomena luar biasa tetapi persahabatan ini adalah berdasarkan gambar yang anda paparkan kepada dunia melalui rangkaian sosial sepertiFacebook, Twitter, Instagram dan bermacam-macam lagi laman sosial yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini bererti, terdapat segelintir insan bergelar manusia diinternet mencipta persona diri yang berbeza dari kehidupannya secara realiti. Di bawah iniKatak Comel berikan 5 fakta dalam menjalinkan persahabatan di alam maya yang perlu anda tahu.

Anda akan mendapati sukar untuk mempercayai seseorang

Membina persahabatan secara online adalah perkara biasa tetapi persahabatan yang sebenar berkait rapat dengan kepercayaan terhadap seseorang. Amanah adalah faktor yang paling penting dalam mana-mana hubungan. Agak sukar untuk mempercayai rakan yang anda kenal di dalam talian. Tetapi terdapat manusia yang baik di dalam dunia maya, cuma peratusannya amat sedikit. Sentiasa selidik dahulu latar belakang seseorang jika anda benar-benar ingin menjadikan dia teman baik anda.

Anda tidak boleh mengharapkan sokongan

Anda tidak pasti sama ada rakan-rakan dalam talian boleh dipercayai atau tidak. Apabila anda berada dalam kesusahan, kawan-kawan biasanya akan membantu anda dan menyokong anda. Tetapi apabila ia datang kepada rakan-rakan dalam talian, anda tidak tahu jika mereka ada dengan anda jika anda benar-benar memerlukannya sokongan dari segi mental dan fizikal.

Niat yang boleh diragui

Anda tidak benar-benar pasti tentang niat di sebalik persona manusia di dalam talian. Mungkin dia seorang kawan yang baik, tetapi anda tidak boleh terlalu yakin dan terus mempercayainya. Mungkin dia ada niat yang salah, tambah lagi jika anda tidak pernah berjumpa dengannya. Kini terdapat banyak kisah penipuan di internet terutamanya penipuan wang. Terdapat warga asing yang menyamar untuk menipu wang anda, jadi anda harus berjaga-jaga.
Sehingga kini, warga asing ada yang mendalangi jenayah siber bukan sahaja licik menjerat wanita dan lelaki kesunyian dengan cinta, tetapi mereka juga bijak mempengaruhi golongan hartawan sehingga sanggup menyerahkan wang yang banyak kepada mereka apabila dipelawa menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Walaupun hanya berbual melalui laman sosial di Internet dan tidak pernah bersua muka, mangsa terdiri daripada ahli perniagaan atau golongan korporat dengan mudah diperdayakan sindiket awang hitam itu yang bijak bermain kata-kata dan memalsukan dokumen-dokumen penting.

Anda boleh kehilangan kawan sebenar

Terdapat risiko apabila anda begitu asyik dalam rakan-rakan dalam talian, anda mungkin berakhir memutuskan hubungan dengan rakan realiti anda. Anda harus sentiasa mempunyai kawan baik dalam dunia sebenar dan bukan hanya terperangkap dalam dunia rakan-rakan maya.

Anda mungkin berada dalam keadaan yang berbahaya

Mempunyai rakan-rakan dalam talian mungkin meletakkan anda dalam keadaan yang berbahaya. Anda boleh berakhir menjadi mangsa gangguan atau kehendak seksual. Oleh itu, anda perlu sedar dan berhati-hati tentang semua kebaikan dan keburukan mempunyai rakan-rakan dalam talian. Jika kamu sudah bertemu dia secara langsung, bukan bererti kamu terlepas dari bahaya rakan dalam talian. Kamu boleh saja bertemu dengan orang yang berniat jahat, mungkin dengan niat ingin merompak, membunuh, memperkosa, atau bahkan bertemu dengan psikopat. Berhati-hati terutama jika kamu adalah seorang wanita, jangan pernah bertemu sendirian dengan orang yang hanya kamu kenal melalui internet.

Kawalan Longgar !! Perlawanan #MASvsFILIPINA Di Cemari Insiden Nyalaan Suar !! #FAM @Khairykj @ASTROARENA


Ultras Malaya menyalakan suar menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia menentang Filipina di Stadium Selayang. Malaysia dan Filipina terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini malam Sabtu.


Barisan Pemain:

MALAYSIA: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mahalli Jasuli, Amiridzwan Taj Tajudin (Mohd Asraruddin Putra Omar), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Kapten) (Mohamad Fadhli Mohd Shas), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Nazrin Mohd Nawi (S. Kunalan), Safiq Rahim, Mohd Hafiz Kamal (Mohd Badhri Mohd Radzi), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Fakri Saarani), Bobby Gonzales (Baddrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah.
FILIPINA: Patrick Phillip Deyto, Robert James Gier (kapten)(Anton Edward Del Rosario), Juan Luis Guirado, Misagh Bahadoran (Jose Elmer Porteria), Philip James Younghusband (Kenshiro Michael Daniels), Ruben Doctora Jr (Patrick Reichelt), Christopher Robert Greatwich (Jason Nicolas Maria De Jong), Mark Andrew Hartmann, Jeffrey Christiaens, Martin Markus Steuble (Marwin Janver Angeles), Simone Rota. 


BERGEGAR !! Tahniah @cmlimguaneng berjaya #PenangBridge ? @NajibRazak



Dulu bila kerajaan sibuk nak buat jambatan kedua ini, mereka sibuk mencanangkan untuk membina terowong Pulau Pinang dengan kos lebih murah cuma RM1 bilion saja. Namun akhirnya si Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ketamadunan Pulau Pinang itu menyalahkan sistem Microsof Excel dan silap taip. Sekali lagi habuk pun tarak... [sumber]



Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam.


Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...

"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.

Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.

Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.


"Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan," katanya.

Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.


"...inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara," kata Perdana Menteri.-BERNAMA









Saturday, 1 March 2014

UPDATE !! KES LELAKI ROSAKAN PATUNG DEWA TOKONG DI KUALA KETIL, KEDAH @UMonline @PDRMsia


Seorang pemuda yang telah memecahkan patung dewa di Kuil Kim Seng , Kuala Ketil di tangkap. Gambar { klik Disini }

Lelaki Amuk Di Kuil, Tokong Pesakit Mental - 

Polis KULIM: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengamuk dan merosakkan patung di sebuah kuil di Kuala Ketil dan sebuah kuil serta dua tokong di Pekan Sungai Karangan, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer pada Jumaat adalah pesakit mental.


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 31 tahun itu pernah ditahan polis beberapa tahun lalu kerana melakukan perkara sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kulim, Baling dan Kuala Muda agar tidak mempercayai khabar angin atau membuat spekulasi mengenai insiden di kuil dan tokong itu.

Lelaki yang merupakan pesakit mental itu mengamuk dan merosakkan beberapa patung di empat rumah ibadat itu dari kira-kira 1 tengah hari hingga 5 petang, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati kerosakan yang dialami kuil dan tokong berkenaan tidak serius.

Ahmad berkata polis telah menempatkan anggota Pasukan Gempur Ringan (LSF)dan Cawangan Khas di lokasi sensitif di daerah Kulim, Baling dan Kuala Muda bagi mengawal dan memastikan tidak berlaku insiden tidak baik. 

- BERNAMA