Thursday, 3 April 2014

A. SAMAD SAID kena tipu ? - #MoveKajang #kelakar

Tu dia memang kena dah penipu kena tipu dengan penipu.

KK nak story sikit pasal orang tua "SASTERAWAN NEGARA" KK rasa hampa kenal kot Datuk A. Samad Said. KK dapat laporan yang orang tua BERSIH ni kena tipu dengan salah seorang Exco Selangor tentang pembelian dua buah lukisan yang berharga RM 8,000 sebuah untuk diberikan kepada "Mr. AL-JUBURI". Pada orang tua tu KK ucapkan PADAN MUKA KAU. Dulu hang dok sokong sangat sampai cium mulut dengan depa masa BERSIH dulu, hang tengok apa depa buat kat hang.

Tu la suatu ketika dulu orang hormat hang dan puja hang sebagai sasterawan negara. Tapi lepas hang pegi sokong BERSIH dengan PR orang dok kutuk hang. Tuhan tu kalau dia nak balas dia tak kira dah tuhan bagi cash je.

--- --- Sent by WhatsApp

SUBAHNAALLAH !! BALING BEGEGAR LAGI MOHON RAKYAT BALING TABAH. @SinarOnline @TVALHijarah #selawatperdana #PrayForMH370


Fonomena luar biasa berlaku di Derah Baling Kedah... Daerah Baling adalah antara Daerah yang paling "panas" pada bulan ini... Fenomena ini disebabkan akan berlaku 2 peristiwa besar dan bersejarah akan mengegarkan Daerah Baling.....


DENGKI dan KHIANAT ini antara kerja yang dilakukan "binatang peliharaan" pemimpin Pembangkang.... kalau manusia yang berakal memang tak sanggup nak merosakan dan mencemarkan premis dan harta benda awam... 

KK tak ulas bab "beruk-beruk" reformasi... Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Jom kita sama-sama menunjukkan semangat cinta kita pada Allah dan Rasul Selawat Perdana "Malam Cinta Allah & Rasul" adalah satu program berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Pada warga Baling dan seluruh rakyat Negeri Kedah, Marilah kita berqasidah memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulnya pada 5hb April ini. Sabtu ini di Ketuai Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid & @ustazfathulbari Bertempat di Pekan Baling, Kedah Dataran Sebelah KFC.


Wednesday, 2 April 2014

Kenaikan Harga Petrol RON95 Sebanyak 30 SEN Tengah Malam Ini ? @Sinaronline



Kenaikan Harga Petrol RON95 Sebanyak 30 SEN Tengah Malam Ini. ... subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam ini...

INI PENJELASAN.....nya

Tiada kenaikan harga RON95 tengah malam ini


Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu.


Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

KISAH SEBELUM BERLAKUNYA TRAGEDI #MH370 SETAHUN YANG LEPAS.


Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.


EKSKLUSIF: SETAHUN SEBELUM BERLAKUNYA TRAGEDI MH370 (WAJIB BACA) | Bismillahir Rahmanir Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1.       Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2.       Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3.       Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.


Sergei Glazyev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glazyev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glazyev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas. 

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glazyev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka. 

Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glazyev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glazyev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.

Berbeza dengan Sergei Glazyev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

 
Apabila Sergei Glazyev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.

Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.

Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankanAncshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.
Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus. 

Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia. 

Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu. 

Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.

Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’. 

Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’. 
Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.

Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras. 

Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.


Oleh : Imran Haaz

Tuesday, 1 April 2014

MISTERI #MH370 : BOMOH TAK SALAH_ @ustazazharidrus




SERAM !! PUSARAN AIR TERJUN DI KEPULAUAN LAUTAN HINDI.



Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.



Selawat Nabi, bukan puja Nabi ? #SelawatPerdana


Penulisan Dr Ridhuan Tee dalam akbar Sinarharian banyak mendapat perhatian di laman-laman sosial. Pelbagai pendapat di lontarkan mengenai penulisan di bawah ini...

Saya ucapkan tahniah atas inisiatif menganjurkan Selawat Perdana Putrajaya, Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul, dengan tema Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, yang sedang menjelajah seluruh negara masa kini, yang dijayakan hampir seratus peratus oleh pendakwah seberang.

Saya tidak pasti sama ada ia telah menjadi ‘fenomena’ ataupun tidak, di kalangan anak muda, seperti rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis. Saya juga tidak mahu termasuk dalam golongan ‘membidaahkan’ program yang sebegitu baik ini, dalam mendidik hati-hati manusia.

Sejujurnya, program ini amat baik untuk sebagai ‘hiburan’ altenatif kepada masyarakat. Tetapi, agak stereotaip. Jika tidak diberikan penambahbaikan, sekali itulah sahaja. Ia sukar untuk menarik perhatian buat kali kedua, kerana semuanya sama, termasuk tazkirah yang disampaikan sebelum ini,    

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah;

Pertama, penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah SWT.

Pada hemat saya, perkara ini patut diperbaiki. Majlis ini sepatutnya membawa kita mengingati Allah, kemudian baharulah utusanNya, Rasulullah SAW, seperti mana temanya, Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul. Dalam kata lain, utamakan Allah dalam segala hal. 

Kita memang diminta dan dituntut berselawat ke atas Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW, barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Ini tidak termasuk mendapatkan syafaat Baginda di akhirat nanti.

Cuma, persoalannya, Selawat Perdana terlalu ‘over’ menonjolkan Rasulullah SAW. ‘Lagu-lagu’ Cinta Rasul yang disampaikan seperti Qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap ‘pemujaan’ terhadap Nabi.

Adakah Rasulullah mahukan kita memuja Baginda? Sudah tentu tidak. Nasib baiklah Baginda tidak meninggal gambar atau foto Baginda. Jika tidak, saya bimbang, kita akan menyembah Baginda seperti agama lain. 

Memang tidak dapat dinafikan, kita memang dituntut mencontohi Nabi dalam apa jua keadaan dan cara hidup Baginda, tetapi janganlah terlalu berlebih-lebihan sehinggakan mengidolkan Baginda. 

Kita perlu ingat, perkara yang utama dalam Islam adalah akidah. Sebab itu rukun Islam dan rukun iman disusun sedemikian rupa. Rukun iman misalnya, pertama Percaya kepada Allah, diikuti dengan mengimani yang lainnya termasuk kepada para Rasul. 

Begitu juga dengan rukun Islam, pertama mengucap dua kalimah syahadah, diikuti kedua adalah solat. Kalimah Syahadah adalah paling utama.

Solat bukan penanda seseorang itu telah beramal dengan Islam, jika akidah tidak betul. Misalnya, soal mentauhidkan Allah SWT, Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. 

Bersolatlah dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia. Sebab itu, akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain.  Kenalkan manusia kepada Allah SWT, sebelum kenalkan kepada PesuruhNya iaitu Baginda, Rasulullah SAW.

Kedua, nawaitu menganjurkan program ini hendaklah betul. Jika benar malam perpaduan atas nama Islam, lakukanlah, tanpa ada agenda politik tersirat dan tersurat. 

Saya difahamkan semua pemimpin pembangkang mahu hadir dalam Selawat Perdana Perdana. Tetapi PRK Kajang telah menguburkan segala-galanya. Kita lebih sibukkan PRK. Tak apalah, mungkin kita boleh buat kedua kalinya. 

Apapun, pengalaman yang dilalui pada malam tersebut, selaku ‘pendakwah-pendakwah Astro Oasis, Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku, begitu pahit sekali.

Jadual kami telah disusun oleh pihak Astro Oasis bermula jam 7.00 hingga jam 9.00 malam. Malangnya semua tidak menjadi. Seolah-olah ada tangan-tangan yang tidak mahu kami menonjol.

Pihak penganjur seolah-olah sengaja melambat-lambat jadual kami. Pentas, lampu dan sistem pembesar suara (sound system) tidak bersedia. Program kami hanya bermula selepas jam 8.00 malam, itupun dalam keadaan begitu kelam kabut.

Selepas azan Isyak, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan program seperti yang dijadualkan. Kesihan pendakwah yang datang dari jauh tidak dapat memberikan persembahan. 

Pihak yang mendakwa dirinya penganjur mahu mengambilalih. Persoalannya, siapakah ‘penganjurnya’? Apa tujuan mengadakan program ini. Ikhlas kerana Allah atau apa?

Sejujurnya, apabila kami dijemput oleh oleh pihak Astro, dengan niat yang murni untuk menghimpunkan semua pemimpin umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Kami menjadi begitu teruja dan bersemangat sekali. 

Atas nama Islam, kami menerima jemputan tersebut. Kami lakukan kerana Allah.

Tidak ada keinginan langsung mahu bersaing dengan stesen tv yang mahu berhijrah. Kami sudah ada ‘trade mark’ sendiri. Tidak perlulah terasa terancam dengan kehadiran kami di situ. 

Kepada stesen TV yang mahu berhijrah, buatlah kerja kerana Allah, bukan kerana yang lain. Hodoh sangat melihat stesen TV mahu menonjolkan diri, siapakah yang lebih Islamik, sedangkan pengisiannya hanya biasa sahaja. 


Apapun sekalung tahniah daripada saya kerana telah menjayakan majlis ini. Walaupun targetnya setengah juta tidak kesampaian, dapat limapuluh ribupun kira jadilah.   
(Sinar Harian 31 Mac 2014)


Antara Komen...

Bagaimana hendak cinta Allah?ialah dengan mencintai Nabi terlebih dahulu..
kalau tak cinta Nabi,jadilah seperti golongan khawarij yang tidak ada kasih sayang sesama makhluk dan umat Islam tetapi lebih percayakan orang kafir.ataupun menyembah Allah tetapi dalam masa yang sama terdapat patung latta dan uzza dan berhala lain seperti arab jahiliyah sebab tiada panduan.