Sunday, 28 July 2013

Penganut Syiah 'mula 'panas' pungkuq' #HanyaDiKedah @inspirasiislami #rakyatnews


Rakyat amat mengetahui bahawa Iran merupakan negara berfahaman Syiah yang terbesar.Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.

Menurut sumber, Ada ahli Pas di Kedah yang diakui amalkan Syiah. Bagaimanapun, tuduhan kaitkan fahaman itu dengan pemimpin Pas di negeri ini, disifatkan karut.

"Jangan buat tuduhan melulu. Kalau nak dakwa kena ada bukti. Jangan cakap saja, label dari pemerhatian sedangkan ini perkara serius, babitkan akidah orang," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan wujud beberapa pemimpin parti politik di negeri ini terlibat fahaman itu. Menurutnya, tuduhan itu jelas tidak berasas, selain tanpa bukti kukuh.
"Tuduhan itu berunsur politik semata-mata," katanya.

Klik untuk mengetahui lebih lanjut Isu syiah di Kedah :

  1. gempar-penyokong-syiah-dikesan di Kedah
  2. gempar-syiah-minta-dymm-ydp-agong.
  3. gempar-mat-sabu-bakal-dipecat-dari-pas.


Menurutnya, tuduhan itu juga membahayakan kesepakatan yang terjalin antara umat Islam yang berbeza fahaman politik, dan jika disalah tafsir boleh memecahbelahkan umat Islam.


"Setahu saya ada ahli Pas yang amal Syiah tetapi saya tegaskan, bukan daripada kalangan pimpinan tertinggi parti," katanya.

Phahrolrazi diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi, Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Ashiq Elahi yang bersedia mendedahkan nama pemimpin parti politik yang terlibat dengan kegiatan Syiah selepas pengharaman Syiah diwartakan.

Dakwanya, sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai pemimpin dalam parti politik tertentu amalkan Syiah dan membuka jalan kepada penyebaran fahaman itu di negara ini.

Katanya, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jakim.

Dalam pada itu, Phahrolrazi, yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, setakat ini, belum ada pemimpin parti itu yang mengisytiharkan diri sebagai pengikut Syiah, dan tohmahan yang dilemparkan mungkin ada kaitan dengan hubungan baik pemimpin Pas dengan pemimpin Iran.

"Tidak dinafikan ada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan ke Iran dan berjumpa pemimpin politik di sana atau hadir pada persidangan ulama. Tetapi itu tidak bermakna kita sokong atau amalkan Syiah," katanya.
Menurutnya, adalah tidak wajar membuat andaian sebegitu hanya kerana pemimpin Pas menjejak kaki ke negara Iran.

"Selama bergaul dengan pemimpin Pas di Kedah atau Pusat, saya tidak nampak aktiviti yang menjurus kepada amalan Syiah dalam kalangan pimpinan. Cara Syiah berbeza, kita boleh kenal pasti dan saya yakin tiada kalangan pimpinan parti terlibat," katanya.

Mengulas tohmahan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering kali dikaitkan dengan Syiah, Phahrolrazi berkata, ia lebih kepada propaganda politik.

"Sebelum ini, perkara sama dihebohkan, kini kembali selepas BN berkuasa di Kedah. Saya percaya kempen memburuk-burukkan Mat Sabu diuar-uarkan sejak beliau terpilih sebagai calon PRU13 di Parlimen Pendang," katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang rapat dengan pemimpin nombor dua Pas itu, beliau tidak pernah menyaksikan amalan Mat Sabu terpesong daripada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali.

KK: atau PAS sudah 'buat-buat' lupa ???????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[VIDEO] Kiss Abby Abadi Dan Farhan Di Kecam peminat. @abby_abadi112


Sejak berkahwin dengan Farhan atau nama sebenarnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu, Abby Abadi semakin rajin berkongsi gambar-gambar romantik mereka berdua di laman Instagram miliknya. 

Tidak cukup dengan itu, Abby turut memuatnaik sebuah video rakaman di laman Youtube yang memaparkan Farhan kelihatan begitu romantis mencium bahunya. Tidak lama selepas itu, peminat mula meninggalkan komen-komen kritikan yang nyata tidak senang dengan penyebaran video berkenaan. Lebih menarik, portal terkenal, MyNewsHub turut berkongsi video kontroversi itu kepada peminat di akaun facebook mereka. 




Menerusi akaun facebook mereka, peminat semakin rakus meninggalkan komen-komen berbentuk teguran serta kritikan yang pastinya pedas dibaca oleh Abby dan Farhan. Korang boleh baca sendiri sebahagian komen kritikan dan teguran yang ditinggalkan peminat menerusi akaun facebook MyNewsHub di bawah. Admin harap Abby dan Farhan dapat menerima semua kritikan itu sebagai perkara yang positif untuk tujuan memperbaiki diri.

Video Kiss Abby Abadi dan Farhan Di Kecam
sumber : Ceritaapakah

KK : Kita Doakan sahaja kebahgiaan mereka. Harap jangan ada lagi cerita "kurang enak" kisah Abby abadi.

Saturday, 27 July 2013

Finalis Ratu Cantik 'tak akan terlepas' harap Muka lawa akal tak der !! @inspirasiislami #rakyatnews #HinaIslam


Betul-betul kecoh al-kisah muka cantik tapi akal 'kureng' di laman-laman media sosial. Berita dari laman media melaporkan Empat peserta akhir pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World yang digugurkan sebelum ini mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Pada hari ini bernama melaporkan penafian dari JAWI. Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.

Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.

Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.

Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi._Bernama

Jika sebelum, Peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'Sara Amelia Bernard salah seorang peserta, mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu "lapuk" dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang. Baca selanjutnya di sini sara-amelia-bernard-miss-world-malaysia.


KK : Aku naik heran la.... awat ler depa jadi lagu tu... kalau hampa tak masuk pertadingan, hampa boleh 'mampus' ker... Banyak lagi ler keja lain..mukan cantik tapi..........lu pk lah sendiri..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#ramadhan : Ibu mahu pastikan semua anaknya kafir semula anuti Hindu. #rakyatnews


Sekarang ni.. Banyak isu-isu yang menyentuh senseviti agama, berlaku di Malaysia. Dari kes menghina agama sehinggalah pejuangan seorang ibu untuk mengkafirkan semula anaknya.

M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya - tetapi dia tahu perjuangan itu belum terhenti di situ saja. Guru tadika itu menarik nafas lega selepas kesemua anaknya mengekalkan agama Hindu hasil perjuangan selama empat tahunnya tetapi apa yang menghantui fikirannya adalah anak bongsunya yang masih bersama bapa mereka.

Indira berkata Tevi Darsiny, 16 dan Karan Dinish, 15, yang tinggal bersama dengannya gembira apabila krisis identiti mereka berakhir.Bagaimanapun, Indira amat merindui anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa, yang hanya berusia dua tahun ketika diambil oleh bapanya pada 2009.
Dia (suami) belum mengembalikan Prasana dan Indira tidak tahu cara bagaimana untuk menghubunginya.

"Amat menyaksikan untuk membayangkan anak perempuan saya mungkin muncul di depan saya dan tidak mengenali saya sebagai ibunya. Hati saya sakit."Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Saya tidak tahu cara hidup yang diamalkannya selama ini tetapi tidak kira bagaimana dia dibesarkan, saya mahukannya kembali. Dia anak saya dan harus bersama dengan saya," katanya pada Jumaat.
Indira berkata dia tidak tahu siapa yang menjaga Prasana kerana kali terakhir melihatnya sejak 2009.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi mengarahkan suaminya, K.Patmanathan, yang memeluk Islam dan menggunakan nama Mohd Ridzuan Abdullah supaya menyerahkan anak mereka kepada Indira yang diberi hak penjagaan penuh.

Pada masa itu, Mohd Ridzuan turut menukar agama ketiga anaknya kepada Islam.Selepas diperintahkan mahkamah untuk berbuat demikian, Mohd Ridzuan mengembalikan dua anaknya kepada Indira tetapi enggan menyerahkan anak bongsu mereka.

Kes hak penjagaan itu kini selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memberi hak penjagaan kepada Indira.

Indira berkata dia telah memfailkan prosiding permohonan menghina mahkamah terhadap suaminya.
Kali terakhir Indira melihat Prasana adalah ketika di mahkamah, apabila dia hanya berusia setahun setengah.

Indira berkata dia tidak tahu di mana Mohd Ridzuan berada atau sebarang cara untuk menghubunginya.

"Setiap 8 April, saya akan menghantar mesej selamat hari lahir kepadanya (Prasana) menerusi telefon bimbit Mohd Ridzuan. Namun mesej saya tidak pernah dibalas," katanya.
Tevi Darsiny turut menyuarakan hasrat untuk bertemu semula dengan adik perempuan bongsunya itu.
"Ibu saya, abang (Karan) dan saya sendiri amat merinduinya," kata Tevi.
Sementara itu, Tevi berkata dia amat gembira kerana diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama Hindu.

Kedua-dua mereka berkata telah melalui tempoh sukar untuk mengetahui diri mereka yang sebenar.
Mereka berkata turut berada dalam dilema mengenai sama ada untuk menghadiri kelas agama Islam.
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan perakuan memeluk Islam ke atas Tevi, Karan, dan Prasana sebagai terbatal dan tidak sah kerana pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan.
Indira berkata dia menjangkakan Mohd Ridzuan akan memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan mahkamah itu.

"Saya dan peguam sudah bersedia untuk mempertahankan keputusan tersebut," katanya.
Indira diwakili peguam K.Shanmuga, M.Kulasegaran dan N.Selva dalam kes tersebut.


MStar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !! "Tarian sumbang" dalam #KUIN rakyat Kedah perlu tahu siapa dalangnya. #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Info terbaru dari berita KUIN yang mendedahkan sikap 'hantu' yang sekarang begerak bebas dan Institusi pengajian itu, yang melancarkan serangan dan fitnah 'jahat' kepada kerajaan baharu Kedah. Projek KUIN dilihat sebagai simbol 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah selepas ianya diserahkan kepada BN untuk kembali memerintah.

Projek "Air Mata Rakyat" kerana ianya dibuat dalam keadaan menindas dan tidak mengambil kira soal kebajikan kakitangan di KUIN.

INSAN TULIS MENJAWAB ISU KUIN
Warkah email : Insan Tulis


Assalamualaikum


Saudara blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja ayat-ayat yang tidak berkenaan  timbul dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya. Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada KUIN.


1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)

Umumnya semua mengetahui bahawa kampus ini merupakan projek Kerajaan Negeri PR Kedah terdahulu pimpinan Ustaz  Azizan Abdul Razak. Projek yang menelan belanja hampir RM330 juta pada awalnya merangkumi prasarana asrama dan masjid. Namun apabila siap, kedua-dua kemudahan ini tidak ada. Tak mengapa, mungkin kos bahan binaan yang tinggi menyebabkan ada perkara yang perlu di ubah di saat-saat akhir. Tetapi isunya sekarang selepas siapnya pembinaan kampus ini (kononnya siap), bermulalah episod demi episod yang menyesakkan warga KUIN. Walaupun kedua-dua kemudahan ini belum siap, perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK sebelum pilihanraya seolah-olah ada unsur politik di sini. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah penempatan asrama kepada para pelajar KUIN dan pentadbiran terpaksa mencari kemudahan  asrama yang lain. Tidakkah ini menyusahkan para pelajar, pihak pentadbiran dan ibubapa. Sepatutnya, Kerajaan Negeri terdahulu menangguhkan perpindahan pelajar ke KKK sehingga kampus ini benar-benar siap. Mengapa ada pihak yang sanggup mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDA dalam merasmikan sebuah kampus yang belum siap sepenuhnya? Ini secara tidak langsung telah mencemar nama baik Baginda yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Ampun Tuanku.

Selain dari itu,  dalam pembinaan KKK ini,  kerajaan negeri terdahulu telah berhutang bank. Anggaran kos yang diperlukan untuk membayar hutang tersebut adalah sebanyak RM48 juta setahun selama 15 tahun. Ini belum termasuk belanja mengurus sebanyak RM20 setahun dan penyelenggaraan kampus sebanyak hampir RM4 juta setahun (api, air, potong rumput, syiling jatuh ka, aircond tersumbat ka,upah jaga kolam ayaq dan sebagainya). Jika dijumlahkan kesemuanya hampir RM72 juta dalam setahun dan dijumlahkan selama 15 tahun??? Hampir satu billion diperlukan!!! Tidakkah ini akan membebankan kerajaan negeri sedia ada. Berapa banyak rakyat yang boleh dibantu dengan jumlah yang sebesar ini? Percayalah sekiranya semua pelajar KUIN di Mergong berpindah ke KKK, yuran pelajar pasti akan dinaikkan sebanyak 300% kerana untuk membiayai sebuah kampus yang besar ini, jumlah dana yang sangat banyak diperlukan. Sememangnya KUIN memerlukan sebuah kampus yang selesa tetapi belum masanya ianya memiliki kampus sebesar ini. Para pelajar yang tidak berpuas hati dengan tidakkan kerajaan baru ini akan meninggalkan KUIN setelah tamat pengajian nanti. Tetapi bagaimana pula para pelajar baru selepas ini? Sudah tentulah mereka akan terbeban dengan hutang pelajaran yang berlipat kali ganda. Fikirlah dulu sebelum membuat tindakan kerana bukan sahaja anda yang rugi, malah adik-adik anda yang bakal mendaftarkan diri ke KUIN juga akan rasa bahangnya. Jangan terlalu emosi ketika membicarakan isu KKK ini sehinggakan mengabaikan pelajaran anda. Kampus Mergong pun kita tidak mampu berdikari, bagaimana pula untuk mengurus sebuah kampus besar seperti di KKK. Tindakan kerajaan negeri pada hari ini sangatlah tepat demi untuk mengurangkan kos operasi KUIN.


2. Pemecatan Dato' Latifah sebagai Pendaftar KUIN

Zulya dalam blognya baru-baru ini mempertikaikan pemecatan Dato' Hajah Latifah Hassan secara serta merta dan dianggap zalim. Tetapi persoalannya, mengapa pada ketika En. Najib (Pendaftar sebelum ini) ditamatkan perkhidmatan ketika Jamil berkuasa, Zulya tidak mengulas isu ini dan menyatakan kerajaan terdahulu bertindak zalim kepada kakitangan KUIN. Mengapa pada hari ini berkokok seolah-olah ayam jantan kehilangan  ayam betina dengan menyatakan kerajaan sedia ada zalim dan menyingkirkan mana-mana individu yang mereka anggap tidak sehaluan dalam pentadbiran? Yang peliknya, En. Najib pada ketika itu berumur 58 tahun manakala Dato' Hajah  Latifah berumur dalam lingkungan 60-an. Mengapa En. Najib diberhentikan dengan alasan sudah mencapai tahap umur pencen. Bagaimana pula dengan umur Dato' Hajah Latifah??? Pelik bukan?? Tambahan pula En . Najib telah berkhidmat di KUIN melebihi 15 tahun dan mengetahui isu KUIN dari segenap sudut. Manakala Dato' Hajah Latifah masih terkial-kial dalam memberi setiap respon berkenaan isu KUIN. Adilkah kenyataan yang dibuat oleh Zulya kepada kerajaan negeri hari ini  yang dianggap zalim? Alangkah indahnya Zulya ketika menjadi Ketua Penerangan  suatu ketika dulu mengulas isu KUIN ini dengan jelas dan terang tanpa ada apa-apa agenda.

3. Gaji Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB)

Terdapat banyak pihak menyatakan kerajaan negeri pada hari ini tidak membayar gaji pekerja IHSB. Persoalan diatas, atas dasar apakah gaji mereka ini perlu dibayar oleh kerajaan yang sedia ada. Sebelum berhujah berkenaan isu ini, IHSB perlulah membentangkan penyata kewangan mereka selama 4 tahun beroperasi. Apa yang telah dibuat? Setakat mana kejayaan yang telah mereka capai. Berapakah keuntungan dan kerugian yang telah dicatatkan? Tunjukkan dahulu siapa ahli lembaga pengarah IHSB. Selepas semua ini selesai, barulah boleh menyatakan bahawa KUIN tidak membayar gaji anda. Ini kerana gaji yang dibayar kepada IHSB adalah wang rakyat yang perlu dijaga dengan telus dan tulus. Tahukah pembaca sekalian, seramai 26 orang pekerja bawahan IHSB telah diserap masuk ke KUIN dengan gred jawatan N1/R1 dan sebagainya. Tahukah anda bahawa seluruh kakitangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal termasuk dapur, kuali, senduk, tong gas, tong sampah yang dahulunya di bawah IHSB diserap ke KUIN? Tahukah anda seramai 10 orang pensyarah  Kulliyyah Multimedia diserap masuk ke KUIN dengan melalui proses temuduga yang betul dan telus tanpa menggunakan kroni ? Mengapa tidak didedahkan semua ini? Adakah kerajaan hari ini bertindak zalim??? Jangan salahkan kerajaan yang ada hari ini, tetapi salahkan kerajaan yang meluluskan penubuhan IHSB tanpa perancangan yang betul dan rapi. Ini bukan soal balas dendam politik seperti diwar-warkan banyak pihak.

4. Status Badan Berkanun KUIN

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini dalam laporan akhbar Sinar Harian menyifatkan langkah KUIN menjadi badan berkanun sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan. Beliau turut menjelaskan bahawa "taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri. Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan. Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu  ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri." Ya benar pendapat beliau itu. Tetapi beliau kena ingat, tanpa tertakluk kepada peraturan kerajaanlah, KUIN semasa pemerintahan kerajaan terdahulu haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang.  Pengambilan kroni yang berleluasa, pemberian gaji sehingga RM35 ribu sebulan  tanpa prosedur yang betul, penambahan kursus yang tiada langsung pelajar dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana keputusan yang dibuat tidak mengikut peraturan kerajaan negeri sehinggakan KUIN menjadi nyawa-nyawa ikan. Sekiranya menjadi syarikat korporat, sudah tentulah yuran boleh dinaikkan. Bagaimana pula dengan pelajar nanti yang terpaksa menanggung jumlah yuran yang begitu tinggi. Tidakkah status badan berkanun ini akan menyebabkan kakitangan KUIN terbela pada masa hadapan? Fikirlah sebelum membuat kenyataan seolah-oleh KUIN hebat pada zaman pemerintahan anda.

5. Pengambilan pelajar bulan Julai 2013 sebanyak 500 ++

Adilkah kerajaan negeri yang baru memegang tampuk pemerintahan selama 2 bulan dipersalahkan kerana kemasukan pelajar yang merosot? Trend penurunan jumlah pelajar ke KUIN  telah berlaku sebelum ini lagi. Cuba lihat contoh yang diberikan oleh blog merah (Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900,Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600, Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri  900, Julai Intake 2013-Bilangan pelajar yang mendaftar diri 500 ). Tidak adil rasanya menyalahkan kerajaan yang ada pada hari ini. Berikan masa kepada PRO baru iaitu Ustaz Azki kerana pada zaman beliau menjadi PRO (sebelum 2009), KUIN terpaksa menolak permohonan pelajar kerana terlalu ramai ingin ke Universiti ini. Saya tidak mahu menyebut nama PRO sebelum ini yang gagal dalam mempromosikan KUIN ke luar. Biarlah pentadbiran baru merencanakan promosi yang akan dibuat.

6. Penutupan Kulliyyah di KUIN

Untuk pengetahuan pembaca, ini merupakan satu pembohongan yang ketara. Fitnah yang tidak akan dimaafkan oleh seluruh warga KUIN. Sesiapa yang menabur fitnah ini, pasti akan mencari seluruh warga KUIN di Padang Masyhar nanti. Takutlah anda semua kepada Allah dengan perkara ini. Sebenar-benarnya sehingga kini, tidak berlaku langsung penutupan Kulliyyah seperti yang difitnahkan sebelum ini. Yang ada hanyalah penggabungan Kulliyyah  di bawah satu bumbung. Diantara kulliyyah yang digabungkan menjadi satu ialah Kulliyyah KTSM, Kejuruteraan dan Multimedia. Ketiga-tiga kulliyyah ini telah bersatu untuk mengurangkan kos operasi KUIN. Janganlah kita mengurangkan pahala apabila membuat fitnah di bulan yang mulia ini.

 Adalah diharapkan dengan penjelasan ini akan menjernihkan keadaan KUIN yang tidak putus-putus difitnah. Gerakan Bersih KUIN (GBK) akan terus menegur kepimpinan baru sekiranya berlaku ketidakadilan terhadap warganya. Berilah masa kepada kepimpinan baru dalam merencakan KUIN sebagai sebuah universiti tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia secara amnya. Seperti kata dari Ustaz Azki, GBK tidak pernah dibubarkan.Sekian, terima kasih.

-Apabila Insan Tulis Menulis-
*Sekiranya keadaan selepas ini tidak berubah, saya akan menulis pula berkenaan KHI dan pekeliling yang tidak digunapakai di dalam KUIN.
-IT-

Sumber : http://beritakuin.blogspot.com

KK : rupanya dalam bulan yang Mulia (Ramadhan) perangai cai-cai PAS sama, kheja nak fitnah jer...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puihhhh !! Pasangan Porno cerita pengalaman berada dalam penjara. #rakyatnews #HinaIslam @PDRMsia


hai apa la nasib orang melayu ini ... Mana pii habis orang yang bercakap berdegar-degar nak bantu orang melayu...

Berkeras dengan umat Islam dan berlembut dengan kafir harbi. Hebat sungguh kuasa cengkaman Cina dalam Negara Tanah Melayu ini.


Mereka MENGAGUNG-AGUNGKAN puak Cinabeng yg di BERI MUKA melakukan penghinaan demi penghinaan terhadap Melayu dan Islam Dibebaskan Dengan Ikat jamin.

Try'  :- Baca disini


Bernama melaporkan Alvin Tan yang dipenjara selama lapan hari kerana tidak dibenarkan jaminan atas tuduhan mempersendakan umat Islam dan Ramadan, hanya menyatakan 'not bad' bagi menggambarkan pengalamannya di dalam penjara.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan jaminan manakala pasangannya Vivian Lee, yang sentiasa menundukkan kepala enggan memberi komen.

Pada 10 pagi, Alvin dan Vivian, yang masing-masing masih bergari diiringi beberapa anggota polis ke Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen/Majistret (Jenayah) bagi urusan jaminan dan kakitangan mahkamah membacakan syarat jaminan.

Kedua-duanya dilihat menandatangani dokumen jaminan sebelum beredar dari kaunter itu kira-kira 20 minit kemudian dan bergegas menaiki dua buah kereta yang menunggu di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Pada Khamis, pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan rakan perempuan mereka sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Sementara itu, peguam Chong Joo Tian ketika ditemui pemberita sejurus anak guamnya beredar berkata: "Mereka gembira dapat keluar dari penjara. Mereka perlukan masa untuk berehat".

Pada 18 Julai lepas, Alvin dan Vivian masing-masing ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Namun, semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan mereka masing-masing dijamin RM30,000 bersama empat syarat.

Empat syarat itu ialah pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan, dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam dan 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan. -


KK : Bukan bertujuan untuk menindakan serta mempertikaikan 'kuasa' mahkamah. Tetapi sekadar pandangan, luahan kekesalan banyak pihak terhadap keputusan itu. Kalau cinabeng yang 'kena' banyak pertubuhan dan macam lagi akan membela mereka, kalau melayu peduli apa,siapa pun tak bela, kena denda atau di penjara. Kerajaan yang adil?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 26 July 2013

Ramai keliru pasal @MukhrizMahathir dan #KUIN. #HanyaDiKedah #rakyatnews


Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan kerumitan di KUIN.

Pelbagai tomahan dan keburukan yang di jana oleh sekumpulan Pelajar dan pensyarah yang di dalangi oleh Pembangkang. Fitnah menjadi rutin seharian kumpulan ini bagi memberi gambaran "palsu" berhubung status KUIN.

Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.


"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, Khamis.


Menurutnya apa-apa pun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya kepada wartawan bernama.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya.

KK : Pelbagai rencana jahat bertujuan memburukan imej MB Kedah DPMM serta kejaraan Baharu. Insyaallah segala niat jahat 'ular air' yang bertapak dalam KUIN akan di atasi dan dipatahkan dengan kebijaksaan kerajaan Kedah dibantu oleh rakyat yang cintakan dan sayangkan Istitusi pendidikan agama di Kedah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.