Wednesday, 26 March 2014

Kenapa tragedi #MH370 jauh lebih rumit dari Tanjung Kupang? #PRAYFORMH370 #AL-FATIHAH


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Hamzah Abdul Majid mengakui bahawa insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 lebih rumit berbanding dengan tragedi MH653 milik MAS yang terhempas diTanjung Kupang.

Mengimbas kembali insiden 4 Disember 1977 itu, Hamzah berkata antara tugas DCA ketika itu adalah untuk membuat siasatan dan membuat analisa supaya ia tidak berlaku lagi. Namun, situasi berbeza dengan insiden MH370 setelah misi SAR masuk ke-18 pada Selasa. Tanpa bangkai pesawat, rumusan tidak dapat dibuat.

"Peristiwa MH370 jauh kebih rumit berbanding peristiwa di Tanjung Kupang. Di Tanjung Kupang kita tahu di mana kapal terbang itu terhempas. Tetapi MH370 kita tidak tahu ia di mana,” katanya.
Tambah beliau, ketika kejadian di Tanjung Kupang, DCA terus menubuhkan pasukan siasatan, mengawal kawasan dimana pesawat terhempas dan menyelamantkan kotak hitam

“Tugas untuk mencari dan mengeluarkan kotak hitam itu adalah tugas DCA. Sebaik sahaja kita dapat keluarkan kotak hitam itu, kita terus hantar ia ke Amerika Syarikat,” kata beliau.
Walaupun tragedi MH653 dan MH370 akan mencatat memori pahit dalam industri penerbangan namun Hamzah berkata pengangkutan udara adalah paling selamat dan MAS adalah salah satu syarikat yang dihormati.

Katanya, apa yang dipelajari dari insiden MH653 adalah bukan kesalahan teknikal tetapi berkaitan tentang keselamatan di lapangan terbang.

"Kita harus memperketatkan keselamatan di lapangan terbang. Bermula dari insiden itu, kita telah memperkenalkan beberapa langkah keselamatan," kata Hamzah.


MISTER #MH370 : Malu sangatkah menyebut kebesaran Allah di hadapan menumpang? #PRAYFORMH370 #AL-FATIHAH


Kita tahu mereka berslogan "customer always the king" sehingga kita lupa kepada Empunya kita "King of the kings...." pemilik segala kerajaan dilangit dan dibumi.... kembalilah kelandasan kita.... kalu asyik ikut landasan orang lain kita akan menjadi sesat tak dapat dikesan...


(Sinar Harian 24 Mac 2014)

Perjalanan menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal MAS akan melakukan perkara yang sama. Rupanya tidak, anak kapal tidak diingatkan untuk membesarkan Allah. Di manakah jati diri kita?

Apakah selama ini MAS tidak mengajar atau melatih anak-anak kapalnya (Islam) apabila menyampaikan maklumat, paling kurang menyebut Bismillah,  dan Alhamdulillah? Kenapa semua ini tidak dijadikan prosedur dan panduan?

Malu sangatkah menyebut kebesaran Allah di hadapan menumpang? Kenapa tidak belajar dari pengajaran MH370? Tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat MAS. Segala-gala akan diperiksa. Luar dan dalam ‘dirabanya’. Paling ‘sakit hati’ barang yang dibawa kena scan dua kali. Sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat. Keselamatan lebih penting dari segalanya. Kenapa sebelum ini, keselamatan kita begitu longgar? Kenapa bertindak ‘action oriented’? Apapun hati merasa lega, setelah berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan Allah, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah Allah pun langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH 370. Meskipun begitu, saya boleh rumuskan insiden ini merupakan konspirasi terancang pihak Barat dan Yahudi yang mahu memusnahkan Islam dan negara berideologi komunis yang tidak sehaluan dan memberi ancaman mereka.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian daripada insiden ini adalah,

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan hari ini. Tidak mengapa, saya rela menanggal dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanahair tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Setakat ini keselamatan negara kita begitu longgar. Tidak mustahil negara lain tahu kekuatan pertahanan dan keselamatan kita. Apatah lagi, insiden ini telah ‘menelanjangkan’ rahsia keselamatan dan pertahanan yang kita ada.

Kedua, semua anak-anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala ‘keseronokan’ dalam kapal yang dianggap sebagai kerjaya ‘glamour’.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Maka tidak perlulah kita jamu peminum arak dengan arak. Alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati Allah (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, Salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat paramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika paramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam.

Amat menjengkelkan lagi apabila pakaian paramugari yang singkat dan jarang. Lebih kelakar pakaian paramugari penerbangan tambang murah, yang hanya diselaputi kebaya putih yang begitu jarang sehingga nampak yang tersurat dan tersirat. Peliknya semua penerbangan ini, bos-bos yang menjaganya adalah orang Melayu (Islam).

Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa untuk mencari keredhaan Allah selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti, baru nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk sungguh rasanya. 

Tuesday, 25 March 2014

MISTERI #MH370 : Saya Melihat 2 Pesawat Terbang di udara. #AL-FATIHAH #PRAYFORMH370


MIMPI MH370 (mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi..)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

Sumber : Darul Manzil


MISTERI #MH370 TERJAWAB : Kapten Nik Huzlan nafi buka laman peminat di #Facebook


Susulan misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu, Terjawab Disini populariti bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut meningkat.

NIk Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan merupakan ahli panel yang sering dijemput oleh Astro AWANI untuk berkongsi pandangannya untuk masyarakat memahami apa yang sebenarnya mungkin berlaku kepada pesawat Boeing 777- 200 itu.

Mungkin ingin mengambil kesempatan daripada popularitinya, sebuah laman peminat tiba-tiba muncul di Facebook atas nama Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan.

Nik Huzlan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau menafikan terlibat membuka laman peminat itu dan mengaku beliau tidak ada kena-mengena serta tidak pernah menulis apa-apa di laman itu.

"Ini boleh menimbulkan salah faham bagi sesiapa yang melawat page tersebut. Saya juga mendapati ada sejumlah gambar peribadi saya yang telah diposkan. Saya kurang selesa dengan keadaan itu," tulisnya.

Walau bagaimanapun, Nik Huzlan berterima kasih kepada orang yang membuka laman itu yang beliau percaya dilakukan dengan niat yang baik.

"Saya hanya ada satu laman FB yang dulu dinamakan XR Rider, dan baru ditukarkan kepada nama "Nik Huzlan"," katanya lagi.

Beliau juga berharap pihak yang membuka laman peminat itu dapat berhubung segera dengan beliau 
"supaya isu ini dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin."

Dalam diskusi terbaru dengan Astro AWANI, Nik Huzlan mengulas mengenai salinan transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph.

Beliau menganggap transkrip itu, berdasarkan pengalamannya jadi juruterbang, sebagai meragukan dan satu 'jenaka'.- BeritaAwani

Inmarsat Perjelas Bagaimana IaMerumuskan #MH370 Terhempas. #AL-FATIHAH #PRAYFORMH370


Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan, semalam.


Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.


Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah
dimatikan.


Isyarat seperti itu biasanya digunakan untuk menyeragamkan maklumat masa. Dengan mengkaji aliran ‘ping’ berkenaan, Inmarsat memutuskan bahawa kapal itu telah terbang lebih 5 jam selepas meninggalkan ruang udara Malaysia dan berkemungkinan telah mengambil dua laluan.


Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat Chris McLaughlin berkata kepada The Telegraph; “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan,”. Walaupun Inmarsat menyampaikan maklumat itu kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mac, ia terus mengkaji data yang ada.


Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain- lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

Maklumat itu bersama anggaran kelajuan MH370, memperkecilkan kawasan pencarian kepada 3 peratus daripada keluasan koridor selatan.


“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ otomatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak – kami andaikan ia 450 knots,” kata McLaughlin.

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap.” tambahnya.

Analisis itu telah diserahkan selepas ia dinilai oleh rakan industri penerbangan yang lain di UK dan oleh Boeing, lapor Sky News. Punca kapal itu terhempas bagaimanapun masih misteri- MYNEWSHUB

VIDEO : DETIK CEMAS ROMPAKAN DI SUNGAI PETANI !! TAHNIAH @PDRMsia #Polis207


Rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan kedamaian negara.  Suasana keamanan yang kita nikmati pada hari ini sebahagian besar datangnya daripada usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan terutamanya polis. Mereka menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Marilah sama-sama kita memupuk semangat setiakawan, mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan sesuatu yang bersifat perpecahan dan sentiasa bersedia menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana dan penuh rasa mahabbah. Percayalah, kekuatan PDRM dan rakyat merupakan pemangkin kepada benteng keselamatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.

SELAMAT HARI POLIS 207.....

Post by Balai Polis Sungai Petani.


Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB), dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.

Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.
Hari Polis disambut setiap tahun pada 25 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis. 

MEMANG HARAM JADAH PUNYA @tianchua SEMUA YANG KERAJAAN BUAT TAK KENA ? @NajibRazak #MH370


Inilah "posting" KK yang paling Haram jadah untuk makhluk yag tak kenang dek untung.... Makhluk ini paling disayangi oleh sesetangah pemimpin kerajaan.... memang dasar tak kenang budi... tu masih lagi ada sesetengah pemimpin kita yang sanggup mamafkannya...

tian-chua-insiden-lahad-datu

Di kala semua orang melahirkan rasa sedih… ibu kepada anak mangsa menangis… air mata mengalir… babi ini mempersoalkan mengapa Najib membuat mengenai MH370 kepada media dan kenapa tidak mengikut cara Perdana Menteri Australia, Tony Abbott yang mengumumkan perkembangan MH370 dalam Parlimen.




Kau apa hal Ah Beng? Nak sangat ikut bontot mat salleh tu apasal? Biarlah dia buat cara dia… kita bukan kuli Australia kena ikut cara diaorng dalam semua hal.


Ini hal yang lebih besar kepada jiwa dan hati rakyat kita… kapal kita dan rakyat kita lebih ramai yang terlibat… adalah lebih baik rakyat kita dimaklumkan dahulu sebelum Ahli Parlimen.



Kalau Najib umum di Parlimen kang…pusing cakap apasal rakyat tidak dimaklumkan dahulu pulak… memang itulah modus operandi orang cam Tian Chua yang akan cari salah dan pusing memusing semua benda.


Salah ke Najib beritahu kepada rakyat? Walaupun berat dan sedih… beliau telah berbuat demikian kerana kita semua mahukan satu jawapan.

Apa babi seekor ni tak reti ke nak doakan (kalau dia ada agama) kepada para penumpang?