Wednesday, 11 June 2014

MENGGANAS ! @abby_abadi112 KENA FITNAH DERA SUAMI GUNA KUASA "CAKAR HARIMAU" @MyMeleTOP @zuanazmi



Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui.. Semoga kita ambil pengajaran dari kes mcm ni. Kisah abby sebagai seorang ikon PAS yang mempunyai pewatakan yang lembut dan tegas dengan prinsip sering menjadi selebriti undangan ke Program PAS dan NGO. Abby menganggap PAS merupakan sebuah pertubuhan dan tiket ke yang mempu merubah dan membawanya "kesyurga".



Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.

Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka & lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.
Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan

Screen Shot 2014-06-11 at 2.30.34 PM

Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah.
“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya”
“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya. 
SUMBER : 
http://www.rotikaya.com/bekas-suami-abby-abadi-saya-didera-secara-fizikal-mental/

Tuesday, 10 June 2014

Pemuda Kristian berdialog dengan @UAI di FaceBook.


Ustaz Azhar Idrus mempunyai begitu ramai pengikut tak kiralah di luarsana sataupun laman sosia. Dengan gaya sempoi dan bersahaja berjaya menarik minat pelbagai golongan untuk mendengar kepetahan dan lawak jenaka ketika berceramah.

Pengikut UAI ini bukan setakat yang beragama islam sahaja, bah kan meraka yang beragama kristian.. jom kita lihat apa yang "diconfiuskan" oleh lelaki kristian ini mengenai kisahnya dengan seorang perempuan islam disekolah.

Ilmu yang kita pelajari mungkin tak sehebat orang lain pelajari atau mungkin kita belum sampai ke bab itu. Islam tu datang dari hati dan akal fikiran untuk berfikir.

Gempar !! @NajibRazak "KEJAM" BAWA PULANG JEMAAH UMRAH. @azeezputera


Biarlah apa yang orang nak cakap dan anggap mengenai Kerajaan Malaysia . Pelbagai tuduhan dan persepsi yang dilontarkan oleh sabahgian rakyat Malaysia mengenai Kerajaan pimpinan Najib Razak. Persepsi "nakal" yang dicipta oleh Pembangkang hasil garapan pemimpin "sondomi" PR. Walaupun dikencam tetapi kerajaan Najib Razak tetap meneruskan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Prihatin kepada rakyatnya.




"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati- Datuk Seri Azeez



Kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.

Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.

"Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas.

"Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.

Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.

Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka.

Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah.

Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas.

"Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton.

Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan.

"Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.-BERNAMA


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, 9 June 2014

PANAS !! sampai dah tahap cium mulut ?

Sekarang rasakan apa itu malu?

Sekiranya membiarkan anak-anak yang masih dibangku sekolah tetlalu bersosial inilah padahnya. Mohon ibu bapa panta dan berilah perhatian yang khusus kepada anak-anak yang juga pewaris kita.

Andai dibiarkan tanpa perhatian akhir kita jualah yang menangung aibnya. Wechat, whatsaap, facebook, twitter, instagram an bermacam lagi media sosial yang membikin dan mwmbuatkan anak bangsa kita menjadi 'lara' dan 'inggeris' pelbagai aksi aca mat salleh membuatkan kita yang menontonya terkasima.

Pantaulah dan periksalah apa yang ada didalam 'gajet' mereka.. Jangan percaya walaupun 10% pada anak2 zaman sekarang.

Tak tahu erti malu kan ?

Sumber gambar fb.

Qaradhawi Dalam Menghalalkan Apa Aang Diharamkan (BABI) @realDrMAZA


Setiap Muslim diwajibkan untuk berhati-hati terhadap menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dengan berbagai makar dan tipu daya. Dan hendaknya dicamkan bahwa dia tidak akan selamat dari Allah atas segala makarnya, baik perkataan ataupun perbuatan. Ingatlah, Allah memiliki suatu hari di mana akan direndahkan orang-orang besar. Pada hari itu akan dibuka segala rahasia, akan diungkap segala isi hati, yang batil akan terlihat, yang rahasia menjadi terang, yang tertutup akan terbuka, yang tidak diketahui akan terlihat, segala isi hati akan dibongkar sebagaimana dibangkitkan dan dikeluarkannya segala isi kubur. Di sana berlaku hukum Allah berdasarkan tujuan dan niat sebagaimana telah berlaku hukum-Nya di dunia berdasarkan sisi zahir perkataan dan gerakan. Pada hari itu wajah-wajah akan menjadi cerah karena hati-hati mereka yang dipenuhi nasihat dari Allah, Rasul, dan Kitab-Nya dan dihiasi dengan kebajikan, kejujuran, dan keikhlasan kepada Dzat Yang Maha Besar dan Agung. Dan akan menghitam wajah orang-orang yang hatinya penuh dengan tipu daya, dusta, kecurangan, makar, dan rekayasa. Di sana para pendusta akan mengetahui bahwa mereka telah mendustai dirinya sendiri dan mempermainkan agamanya. Mereka tidak membuat makar kecuali hanya kepada dirinya sendiri dan mereka tidak sadar.” (I’laamul Muwaqqi’iin III:214-215)




Sambung baca disini:-  Bantahan Ke Atas @realDrMAZA

Sunday, 8 June 2014

Mangsa Patukkan Ular Tedung Terlantar di Hospital Sungai Petani. @azeezputera



Adik Shazuan Mohd Shukri berasal dari Kampung Binjul, Mukim Tawar Kuala Ketil Kedah.


" dah 11 hari dalam wad.. adik semoga cepat sembuh tiap2 hari call mak tanya pasal adik..semalam call..mak kata nampak tulang...ni bawu boleh tengok..sebelum ni mak duduk cerita ja.In Sha Allah tak lama sembuh la ni... nak upsr tahun ni..: "


sumber di bawah.


Saturday, 7 June 2014

121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah. @azeezputera


Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan Flynas.

Beliau berkata biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.

"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez berkata kumpulan jemaah yang terkandas itu akan dibawa menaiki bas dari Madinah ke Jeddah pukul 10 pagi esok dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan UMNO menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

"Jadi saya terus hubungi Flynas untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan UMNO," katanya.

Abdul Azeez berkata anggota keluarga jemaah yangvterkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawavpulang segera.

Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.

Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.

"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.

"Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya.
Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000.

"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati

"Lagipun kejadian seperti ini (jemaah terkandas) bukan pertama kali berlaku dan kalau tidak salah saya dalam tahun ini sahaja sudah hampir empat kali berlaku," katanya.

AstroAwani

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.