Khamis, 14 Mac 2013

Isu #LahadDatu : @tianchua mengaku tidak bersalah sebut Perkataan Hasut Isu Lahad Datu. @PDRMsia



Anggota Parlimen dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (tengah) diiring oleh Pegawai Polis selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan empat kenyataan berunsur hasutan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu di Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Khamis. 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.
Empat kenyataan itu ialah:
* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Yusaini Amir pula berhujah tujuan pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah itu juga munasabah.
Yusaini Amir berkata, segala bukti dan keterangan akan dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan dan pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk mengatakan tiada prima facie dalam kes itu.
Mengenai hujahan peguam bahawa Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan berhubung akta hasutan itu akan dimansuhkan, Yusaini Amir berkata akta itu masih berkuatkuasa dan selagi ia sah, akta itu tidak boleh dilanggar.
Sementara itu Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa kerana pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu berbaur politik.
Mohamad Sekeri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan kes.
Mohamad Sekeri berkata, akta hasutan itu masih belum dimansuhkan dan selagi belum dimansuhkan, akta itu masih terpakai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah