Friday 3 August 2012

Beregu China Umum Persaraan Setelah Disingkir Mengatur Perlawanan Olimpik London.



Yu Yang dan Wang Xiaoli ketika beraksi dalam Olimpik London

BEIJING - Beregu China, Yu Yang, 26 tahun dan pasangannya Wang Xiaoli disingkirkan penyertaannya dari Olimpik London apabila terlibat dalam mengatur perlawanan kelmarin telah mengumumkan persaraannya daripada sukan itu.

Yu Yang berkata menerusi mikroblog, Weibo, "Impiannya musnah dan ia adalah kali terakhir saya bertanding. Selamat tinggal Persekutuan Badminton Dunia, Selamat tinggal sukan badminton yang saya sayangi,"

Turut menerima nasib yang sama pada Rabu lalu, pasangan beregu dari Korea Selatan Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-na, Ha Jung-Eun dan Kim Min-Jung, serta Greysia Polii dan Meiliana Jauhari dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan atlet dari Malaysia terlibat dalam mengatur perlawanan.-sumber PjO
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment