Wednesday 1 August 2012

REMAJA 15 TAHUN PERKOSA NENEK YANG SEDANG TIDUR




Oklahoma - Seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, Trevon Isaac mengaku menggunting seluar dalam kemudian merogol neneknya, 59 tahun yang ketika itu sedang tidur.


Mangsa yang berusia 59 tahun memberitahu polis yang dia telah mengambil ubat untuk membantu dia tidur pada malam kejadian. Ketika dia bangun pagi, dia mendapati seluar dalamnya sudah hilang dan kemudian menemui seluar dalam itu disumbat di bawah katilnya. Pada petang hari berikutnya, si nenek ini kemudian tersedar dari tidurnya di atas sofa dan mendapati cucunya sedang menindih tubuhnya.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia kemudian memanggil anaknya yang merupakan bapa saudara kepada remaja itu untuk datang ke rumah dan kemudian memberitahu kejadian yang telah dilakukan cucunya. Remaja itu pun dihadapkan ke pihak polis. Menurut afidavit penangkapan, remaja itu mengaku kepada bapa saudaranya bahawa dia menggunting seluar dalam dan merogol neneknya dua kali, di tilam dalam bilik tidur dan di sofa. Mangsa menjalani ujian rogol di hospital yang disahkan positif.

Remaja tersebut telah dimasukkan ke penjara Oklahoma County atas tuduhan merogol. Ikat jamin untuk remaja ini telah ditetapkan pada nilai $ 25,000._

KK : apa dah nak jadi dengan manusia sekarang......

No comments:

Post a Comment