Saturday, 6 October 2012

NGO Desak KDN Siasat Pembangkang Bawa Masuk Peguam Asing

KUALA LUMPUR: Enam badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat membawa masuk pihak asing mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan negara berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Mohd Taib berkatasiasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luarnegara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamahdi Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.

Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiranpeguam terbabit, yang tidak diketahui sumbernya.

"Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Jumaat.

Selain KWMM, NGO lain yang membuat laporan polis ialah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pada 3 Okt lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Mahfuz Omar, R. Sivarasa danTian Chua mengadakan sidang akhbar di Parlimen memaklumkan Anwar menyampaikansurat jemputan kepada Bourdon dan rakan peguamnya, Joseph Breham serta OliverMetzner untuk memberi taklimat di Dewan Rakyat. BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment