Tuesday 5 March 2013

Update: ATM Gempur #LahadDatu : @NajibRazak, Malaysia Pertahankan Maruah dan Kedaulatan. @@HishammuddinH2O @PDRMsia #Pray4Sabah #DemiRakyat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
sedang memaklumkan Perdana Menteri menerusi panggilan telefon
mengenai perkembangan operasi berterusan oleh pasukan keselamatan Malaysia, berdasarkan gambar yang diambil daripada
akaun Twitter milik Hishammuddin


Kenyataan PM :
Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tindakan pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 7 pagi ini: 
SEJAK pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 
Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 
Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. 
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka. 
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.




LAHAD DATU: Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu:

10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.


10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.


10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.

11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.

Kronologi ATM Gempur seawal pagi baca [SINI]

No comments:

Post a Comment