Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Friday, 6 September 2013

Kental !! selepas Altantunya, Wanita ini pula di digosipkan dengan @NajibRazak ? #rakyatnews #1Malaysia



Siapa wanita ini? Beliau dikatakan mempunyai 'power' dalam membuat keputusan dalam jawatankuasa PEMANDU. Beliau dikatakan penasihat Perdana Menteri dalam memastikan KPI kementerian dalam negeri. 


Beliau bernama Farah Intan Burhanuddin yang mempunyai hobi yang agak liar. Lihat di bawah








Jika betul apa yang dikata, sesuatu tindakan perlu diambil dan apakah tiada orang lain yang lebih baik daripada Farah Intan Burhanuddin.

Jika tidak benar apa yang ditulis alhamdulillah selamat Malaysia. 
Sumber kat sini SEDAP EHHHH

Pohon lah kepada yang berkenaan dengar rintihan dan aduan akar umbi demi memastikan UMNO terus relevan... 

Thursday, 5 September 2013

PANAS !! " KONTROVERSI FARAH dengan PEMANDU " Malukan Najib ?


Amat memualkan jika diceritakan kepada rakyat berkenaan sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin. Sebelum kita teruskan dengan Kisah "Farah" ni.. Jom kita baca dan kenali dulu kisah "PEMANDU" ni...

Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.

Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.

Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.


Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?

Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.

Pegawai Rasmi : Seperti apa?

Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.
[ Di Sini ]


LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU

Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.

Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.

Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.

Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.


SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU

Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.

Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email di laman blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong BERSIH.

Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.

Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.

Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam PEMANDU.


KK : Kalau hampa nak baca kisah KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN ? individu dimaksudkan ialah ........ ?? BACA SELANJUTNYA
 [ Di Sini ]


Sumber Mynewpmshub.my

Saturday, 17 August 2013

Jangan Kibar Jalur Gemilang Hanya Untuk Simbolik - @NajibRazak @MukhrizMahathir #Merdeka56 #KEDAHAMANMAKMUR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mengibarkan jalur gemilang dengan pengertian sepenuhnya menunjukkan semangat patriotik serta melambangkan kedaulatan dan jati diri negara.

Selain itu tema Hari Kebangsaan tahun ini "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" membawa pengertian yang cukup mendalam, katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Zero di sini malam Jumaat.

"Oleh itu jangan kibarkan bendera tanpa pengertian yang mendalam. Pengertian mendalam perlu kita terjemahkan bukan hanya kibar Jalur Gemilang tetapi melalui tindakan kita dan perbuatan kita yang terbit daripada hati nurani yang cintakan negara kita," katanya.

Perdana Menteri berkata Jalur Gemilang telah berkibar selama 63 tahun sejak 1950 dan telah menyaksikan Malaysia berubah daripada sebuah negara kecil, miskin dan tidak dikenali untuk menghampiri ambang status negara maju.

"Kalau setiap daripada kita bernama rakyat, dan bergelar warga negara sanggup mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara pasti Malaysia akan menjadi sebuah negara maju," katanya.

Najib meminta rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa megah bahawa bendera negara adalah identiti jati diri rakyat Malaysia, lambang rakyat Malaysia yang bersyukur atas kejayaan negara serta lambang bahawa Malaysia ada penyatuan untuk negara yang kuat.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, barisan menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri dan Exco kerajaan negeri Kedah.

Lebih 50,000 orang membanjiri Dataran Zero bagi menyaksikan sendiri pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan di Kedah.-BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 7 July 2013

Bekas PM Abdullah Badawi Dirawat Di IJN Kerana Radang Kaki. @TengkuAdnanReal


Kita berdoa agar kesihatan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, kembali pulih dan dapat meneruskan kehidupan. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua.


Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat," katanya kepada The Star, ketika dihubungi pada SAbtu. Beliau turut mengesahkan Abdullah, dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.

"Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa merawatnya berada di sana," katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak sihat.
"Saya bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh," tulisnya di akaun twitter milik beliau. sumber

Tolong lah !! PM @NajibRazak dengar sikit rungutun orang bawahan ni"


Bagaimana Saifuddin boleh memperolehi maklumat maklumat eksklusif sebegini tepat..? Siapakah dari dalam pejabat Najib yang tergamak untuk membekalkan maklumat kepada Saifuddin..??

1. Lawatan Najib dan Rosmah ke Pameran Biotech di Bouston Amerika Syarikat.

2. Rosmah membawa 20 orang pengiring semata mata mahu “shopping handbag” dan akhirnya sebanyak 74 beg tangan dibeli…

3. 20 pegawai tersebut terpaksa membuat tinjauan dahulu sebelum membawa Rosmah membeli belah.

4. Urusan membeli belah di Los Angeles memerlukan kenderaan sebanyak 15 buah kereta.

5. Datuk Seri Najib membawa rombongan bermain golf di Bouston dimana kos “green fees” untuk kesemua 15 flights ditanggung oleh Menteri Kewangan Diperbadankan…



begitulah jika punahsihat yg dilantik memunahkan dirinya. Banyak betul citer punahsihat ni.. tapi yg paling sakit dijiwa bila memunahkan bangsa melayu... cina tak peduli.. melayu yg peduli.. melayu atas peduli cina..

Makhluk Pelingkup Segar Dari Ladang Ternak PMO Demi Memperkasa Perdana Menteri

Nak tau siapa sebenarnya siapa lelaki yang sedang "menghendap" DS Najib Razak ??? Beliau Setiausaha Politik Perdana Menteri kita adalah Datuk Shahlan Ismail. Apa tugasnya bersama dalam kem DS Najib Razak sebagai PENGARAH STRATEGIK. Apa yang lebih menarik dan begitu seronok untuk di bicarakan ialah Salah seorang adik kandung Shahlan pula adalah orang paling kanan Anwar Ibrahim. Siapa tidak kenal dengan nama Saifuddin Nasution Ismail…? 


KK :  Aku undi BN BUKAN KERANA NAJIB ATAU SAPA SAPA PUN. Aku undi BN demi SURVIVAL ISLAM DAN BANGSA KU "MELAYU". Please BN, hargai undi kami kerana kalau diperintah BN pun sama macam kena perintah parti BUKAN BN, pastinya BN akan berkubur suatu hari nanti. Aku percaya majoriti pengundi BN lain sama seperti aku.... Anonymous

Wednesday, 15 May 2013

Perlukah kita menyimpan "duri dalam daging" dalam pentadbiran Kerajaan ? #pascaPRU13 #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM


Mungkin ramai yang akan panas "pungkuq" serta akan mengutuk apa yang di paparkan ini. Kerajaan Barisan Nasional tak ler sekejam dan zalim untuk untuk menindakkan "periuk Nasi" dan rezeki Rakyatnya. 


Kupasan Menarik dari Blog Melayu Kedah Terakhir  Berkenaan dengan  PEMBELOTAN KAKITANGAN AWAM, PERLUKAH KITA MENYIMPANNYA LAGI? KK juga memang merasakan dan tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh segelintir Kakitangan Awam. 

Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Beliau telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.

Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. 

Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah. Kakitangan awam yang seleweng, tetapi pihak Kerajaan pula yang dituduh penyeleweng. Adilkah itu?

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam.

tertanya-tanya apakah tindakan drastik pihak Kerajaan BN sekarang terhadap kakitangan ini?

Inilah akibatnya bila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (yang diberi mandat untuk pengambilan kakitangan baru) tidak menapis sehabis-habis tapis calon-calon kakitangan sebelum diserap sebagai kakitangan Kerajaan.

Bagaimanakah pihak Kerajaan hendak meneruskan setiap agenda, setiap pembangunan, setiap perancangan untuk rakyat dan dalam masa yang sama agen-agen sulit pembangkang bagaikan mensabotaj setiap yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan?

Sebagai contoh KK paparkan kembali dimana seorang kakitangan awam begitu "aktif" menghentam kerajaan. Rakaman AUDIO Khutbah Jumaat di Sebuah Masjid.

yang telah di sampaikan.


Maaf kualiti audio kurang memuaskan

 (sila Gunakan earphone)

INI ADALAH #SIRI1

P/S: ANDA NILAILAH SENDIRI............... 

DENGAR DAN FIKIR [klik disini]


Saturday, 11 May 2013

Menunggu ucapan @NajibRazak #UMNO67 #BetterNation #NajibMyPM #pascaPRU13


APABILA Datuk Seri Najib Razak melangkah ke rostrum untuk berucap pada majlis sambutan ulang tahun UMNO malam ini, beliau mempunyai satu peluang yang besar untuk menunjukkan kebesaran jiwa dan wataknya sebagai pemimpin sebuah parti yang kini berdepan dengan realiti baru politik negara.

Inilah masa yang terbaik untuk beliau memberikan isyarat kepada UMNO tentang hala tuju parti itu sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang.Isyarat itu mungkin sudah beliau berikan dalam setiap perhimpunan agung tahunan parti selepas mengambil alih teraju kepimpinan UMNO daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.Tetapi perhimpunan malam ini yang kebetulan diadakan genap seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tentulah diperhatikan oleh banyak pihak terutamanya selepas rakyat memberikan petunjuk yang jelas melalui undi mereka pada Ahad lalu.

UMNO tidak kalah dalam PRU-13 dan kekal sebagai tunjang Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. UMNO yang bertanding 120 kerusi Dewan Rakyat mewakili BN menang 88 kerusi. Ini adalah satu peningkatan yang agak baik iaitu pertambahan sebanyak 9 kerusi berbanding pilihan raya umum pada 2008. Ketika itu, ia bertanding 117 kerusi.

Bagi pilihan Dewan Undangan Negeri pula, UMNO menang 242 daripada 339 kerusi yang ia ikut bertanding. Pada 2008, ia bertanding 338 kerusi dan menang 239.

Pencapaian UMNO yang terbaik ialah di Kedah. Ia menang 19 daripada 28 kerusi di DUN negeri itu dan bersama MCA yang menang 2 kerusi berjaya mengambil semula Kedah daripada Pakatan Rakyat. Sebagai perbandingan, pada 2008, UMNO hanya menang 12 daripada 28 kerusi DUN yang ditandinginya di negeri itu. Ia juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kedah dalam PRU-13 itu.

Tetapi sekiranya kita meneliti keputusan PRU-13 itu dengan lebih mendalam, kita akan melihat bahawa sebenarnya UMNO tidak juga menang sepenuhnya. Orang Melayu terutamanya di bandar dan di pinggir bandar menolak UMNO atau tidak memilih calon yang mewakili BN -- sekaligus bermakna mereka menolak UMNO sebagai parti yang menunjangi perikatan itu.

Malah bukan sedikit kawasan yang menunjukkan bagaimana ada orang Melayu yang memilih DAP. Kelompok pengundi ini telah membebaskan diri mereka daripada belenggu propaganda bahawa DAP adalah sebuah parti eksklusif orang Cina dan menerima bahawa ia merupakan sebahagian daripada pakatan yang boleh membela kepentingan orang Melayu.

Apakah sebabnya kelompok pengundi di bandar dan di luar bandar itu meninggalkan UMNO?
Inilah yang harus difahami dan didalami oleh barisan kepimpinan UMNO — bahawa pola pengundian dalam PRU-13 menunjukkan betapa orang Melayu kini merasakan bahawa mereka ada parti lain yang boleh diangkat untuk mewakili suara mereka.

Sokongan orang Melayu di negeri-negeri yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat UMNO dan benteng orang Melayu seperti Perlis, Terengganu dan Pahang mula beralih kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat juga menembusi Johor yang merupakan negeri kelahiran UMNO.
Malah kalau kita perhalusi secara khusus keputusan di beberapa kerusi yang mempunyai majoriti pengundi orang Melayu, kita akan nampak bagaimana peratusan undi kepada Pakatan Rakyat meningkat. Antara kerusi itu termasuklah Kangar, Paya Besar, Lenggong, Kepala Batas dan Pontian, dan ada banyak lagi kerusi seperti itu yang majoriti pengundi Melayu adalah antara sekitar 55 hingga 81 peratus.

Maka, adalah terlalu simplistik — dan salah sebenarnya — sekiranya kita mengatakan bahawa apa yang berlaku pada 5 Mei lalu adalah tindakan pengundi Cina semata-mata meninggalkan BN. Hakikatnya, ia adalah penghijrahan bukan saja orang Cina malah orang Melayu juga memilih Pakatan Rakyat.

Apa yang belum lagi berlaku adalah penghijrahan orang Melayu meninggalkan UMNO seperti mana yang dilakukan oleh orang Cina terhadap MCA. Keadaan itu tidak mustahil boleh berlaku dalam pilihan raya umum yang akan datang sekiranya UMNO sebagai  parti tunjang BN tidak menggerakkan perubahan yang menyeluruh untuk membentuk satu keyakinan baru terhadapnya.

Keadaan itu meletakkan Najib sebagai seorang pemimpin yang menerajui UMNO pada sebuah zaman yang cukup sukar. Sekiranya tempoh lima tahun selepas pilihan raya umum 2008 adalah zaman yang sudah begitu sukar, tempoh lima tahun akan datang ini lebih sulit lagi. Mahu tidak mahu, UMNO mesti berubah sekiranya ia mahu terus kekal relevan kepada orang Melayu — tidak ada kata dua.

Tetapi untuk melakukan perubahan itu, ahli-ahli UMNO tidak harus diberikan gambaran yang salah bahawa pengundi tidak memilih UMNO dan BN kerana orang Cina tidak mengenang budi atau orang Melayu tidak sedarkan diri. Adalah sangat tidak wajar untuk menyalahkan pengundi semata-mata tetapi tidak sedikit pun cuba untuk melihat ke dalam diri dan mencari apa silap sendiri.

Dalam konteks itulah, ucapan Najib pada malam ini dilihat cukup penting untuk kita perhatikan.


Sumber : AstroAwani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 10 May 2013

Ucapan @NajibRazak Untuk Rakyat Malaysia. #GE13 #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM


Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.

Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.

Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.

Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.

Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.

Najib Razak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 6 May 2013

#PRU13 : @NajibRazak Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri . #BetterNation #Transformasi #BNBagus



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Isnin. Najib sekali lagi menerajui kepimpinan negara selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad.
 

Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, pada pukul 4.10 petang Isnin.
Istiadat mengangkat sumpah itu disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM.
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir bersama Najib pada istiadat berkenaan.
Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.
Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad, BN kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.
Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN. Sumber : Mstar



Friday, 12 April 2013

Jom Bertindak Untuk Masa Depan kita ! #GE13 #PRU13 #BetterNation





Tarikh Pilihan Raya Telah Diumumkan - Jom Bertindak 

Untuk Masa Depan Anda!

Salam 1Malaysia,

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun membuat pengumuman menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 20 April ini, dan tarikh mengundi pula adalah pada 5 Mei 2013. Ini bermakna dalam lebih 3 minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi menentukan perjalanan negara kita seterusnya.

Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan, maka teruslah menyokong Barisan Nasional kerana sepanjang lima tahun yang lalu, kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia. Hari ini, anda sendiri dapat melihat sendiri hasil dan pencapaian kami. Tetapi, tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan batu asas yang telah dibina sepanjang lima tahun ini, kami yakin lebih banyak lagi yang boleh direalisasikan sekiranya kami diberi kepercayaan untuk meneruskan usaha kami ini, insyaAllah.

Dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa harapan, kami telah mengumumkan Manifesto yang merupakan Aku Janji kami kepada rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Manifesto tersebut boleh anda lihat dalam bentuk paparan grafik dan ringkasannya di laman web saya.

Manifesto ini hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya kami mendapat mandat dan sokongan anda. Oleh itu bertindaklah, kerana masa depan Malaysia terletak di tangan anda. Tunjukkan sokongan anda dan dapatkan Kit Tindakan anda hari ini. Juga jangan lupa untuk memuat turun Kit Tindakan Online, dan jadilah antara orang pertama untuk menghiasi laman sosial anda sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Terima kasih.

Jom bertindak!

Najib Razak


Thursday, 4 April 2013

Masa Depan Yang Lebih Cerah Untuk Malaysia- @NajibRazak #BNBagus #GE13 #PRU13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #Vote4BN #TolakPR


 

Salam 1 Malaysia,

Seperti yang anda semua telah sedia maklum, saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda berkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Saya juga telah menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya mereka menghadap Ketua Negeri masing-masing bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar pilihan raya umum dapat dilakukan serentak.

Hari ini juga, genaplah empat tahun saya mengangkat sumpah memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Dalam tempoh itu, saya bersama Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri telah berusaha keras untuk mencetus dan melaksanakan pelbagai pembaharuan berpandukan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Rakyat Malaysia juga dalam tempoh itu dapat menyaksikan sendiri pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi menerusi perlaksanaan Program Transformasi Nasional yang melibatkan Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik dan Sosial. Kejayaan perlaksanaan ini telah berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara.

Kerajaan selama ini sentiasa menjadikan rakyat sebagai satu keutamaan. Kami mahu rakyat sentiasa mendapat manfaat daripada setiap apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Sebab itulah, Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang membolehkan rakyat berbelanja barang keperluan harian pada harga lebih murah. Ini sekali gus mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang perlu menghadapi masalah kenaikan barang hari demi hari. 

Pelbagai lagi inisiatif yang telah diperkenalkan Kerajaan untuk membantu rakyat berbilang kaum di negara ini. Ini adalah kerana sikap kami yang prihatin serta sentiasa mendengar dan memahami kehendak rakyat.
 
Untuk itu, saya berharap anda dapat terus memberi sokongan kepada saya, untuk terus menabur bakti kepada anda dan negara. Marilah kita berganding bahu untuk sama-sama memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tercapai.
 
Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menentukan masa depan negara. Pilih lah pihak yang telah terbukti mampu mentadbir negara dengan baik. Saya harap Malaysia terus dapat mengecapi kemajuan demi kemajuan di masa akan datang.
 
Najib Razak http://www.1malaysia.com.my/

 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.