Tarikh Pilihan Raya Telah Diumumkan - Jom Bertindak
Untuk Masa Depan Anda!
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun membuat
pengumuman menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13
pada 20 April ini, dan tarikh mengundi pula adalah pada 5 Mei 2013.
Ini bermakna dalam lebih 3 minggu lagi kita sama-sama akan dapat bertindak bagi
menentukan perjalanan negara kita seterusnya.
Sekiranya keamanan dan kemajuan yang anda inginkan,
maka teruslah menyokong Barisan Nasional kerana sepanjang lima tahun yang lalu,
kami sudah pun membuktikan yang program transformasi telah berjaya membawa
kemajuan kepada Malaysia. Hari ini, anda sendiri dapat melihat sendiri hasil
dan pencapaian kami. Tetapi, tanggungjawab kita masih belum berakhir.
Dengan batu asas yang telah dibina sepanjang lima tahun ini, kami yakin lebih
banyak lagi yang boleh direalisasikan sekiranya kami diberi kepercayaan untuk
meneruskan usaha kami ini, insyaAllah.
Dalam meneruskan tradisi menepati janji membawa
harapan, kami telah mengumumkan Manifesto yang merupakan Aku Janji kami kepada
rakyat untuk tempoh pentadbiran seterusnya. Manifesto tersebut boleh anda
lihat dalam bentuk paparan grafik dan ringkasannya di laman
web saya.
Manifesto ini hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya
kami mendapat mandat dan sokongan anda. Oleh itu bertindaklah, kerana masa
depan Malaysia terletak di tangan anda. Tunjukkan sokongan anda dan
dapatkan Kit Tindakan anda hari
ini. Juga jangan lupa untuk memuat turun Kit Tindakan Online, dan
jadilah antara orang pertama untuk menghiasi laman sosial anda sebagai tanda
sokongan anda kepada saya. Terima kasih.
Jom bertindak!
Najib Razak
No comments:
Post a Comment