Thursday, 25 April 2013

Artis sokong #BN salah ker ? @ADPadiputra #PRU13 #GE13 #TolakPR


Kesedaran golongan artis ini untuk sebuah perjuangan adalah sangat-sangat diperlukan kerana nasib dan masa depan industri seni hanya akan berubah kalau mereka sendiri yang bangun untuk membuat perubahan tersebut dan bukan mengharapkan orang lain untuk melakukannya.
Kini tiba masanya kita meletakkan golongan insan seni pada tahap sepatutnya kerana kita juga adalah penyumbang kepada pembentukan negara melalui hasil karya kreatif yang dilakukan.
Kita juga mempunyai pengaruh dan kuasa untuk mencorakkan senario politik tempatan.



3,000 penduduk meriahkan Ziarah Syukur di Kampung Kubang Palas.


Program Ziarah Syukur bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang semalam mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 3,000 penduduk tempatan bagi memeriahkan majlis.

Seramai 13 artis tempatan terlibat dalam program itu antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof, Mariani Ismail, Norlia Ramli, Hail Amir, A.R. Badul, Kismah Johar, Noniswara Baharudin, Kuza, Sheera Iskandar, Farawahida Razali, Salma Mentor dan Yantzen.

Penganjur program, Datuk Seri Zaienal Abdidin Omar berkata, pihaknya tidak menyangka penduduk setempat memberi sambutan meriah terhadap golongan artis yang turun padang membantu kempen BN di kampung tersebut semalam.

Katanya, antara program yang dijalankan semalam ialah program bicara seni yang menampilkan ahli panel seperti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syeb Hashim, Aziz Sattar, Mustapha Maarof dan Norlia Ramli.

"Selain itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan penyanyi Hail Amir yang membawa penonton mengimbas nostalgia lalu melalui lagu-lagu malar segar dendangannya.
"Pelawak A.R. Badul juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton sambil membawa mesej berguna agar pengundi bijak membuat pilihan memilih kerajaan pada hari mengundi nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, golongan muda turut tidak ketinggalan mengikuti program tersebut dan pihaknya yakin mesej yang ingin disampaikan supaya mengekalkan pemerintah sedia ada dapat disalurkan kepada mereka.

"Saya yakin pengundi semakin bijak sekarang dan kita pula bantu mereka memilih dengan betul."Hiburan yang diadakan bukan sekadar hiburan kosong tetapi hiburan bermesej untuk semua," jelasnya.

Tambahnya, artis-artis itu juga akan bertemu peminat mulai pukul 4 petang ini di lokasi seperti di hadapan Hong Leong Bank Serdang, Kulim, Mydin Alor Mengkudu (4 petang, Khamis), Perkampungan Keda Sungai Tiang, Pendang (4 petang, Jumaat) dan lokasi terakhir di padang bola udang Kerpan, Jerlun, Sabtu ini pukul 4 petang.

No comments:

Post a Comment